Isnin, Ogos 29, 2011

BENARKAH TIADA RASUAH DI PULAU PINANG?



Dalam perutusan sempena hari raya aidilfitri, bukan main Lim Guan Eng kawan baik Mat Sabu berkata kerajaan Pakatan Rakyat bukan anti Melayu, bukan anti Islam, bukan anti Cina, bukan anti India tetapi hanya anti rasuah sahaja.

Benarkah tiada rasuah di Pulau Pinang? Kawan saya pernah masuk tender MBPP (Majlis Bandaraya Pulau Pinang) dan beliau mengadap Exco DAP minta tolong melalui seorang rakan lamanya yang juga seorang peguam yang menyokong DAP.

Bila Exco suruh jumpa MBPP, MBPP kata tender itu sudah ditutup dan sudah dibuat keputusan. Itu yang peliknya belum sempat masuk tender, ia sudah ditutup. Kalau tiada elemen rasuah macam mana perkara ini boleh berlaku?

pada masa yang sama Exco berkenaan minta juga dana jika kawan saya itu mendapat tender. Ini bermakna DAP dua kali lima dengan BN bila minta dana. Bukankah ini namanya rasuah juga? Lim Guan Eng bolehlah temberang anti rasuah tetapi pada hakikatnya rasuah masih berleluasa di dalam agensi kerajaan negeri. Lu percaya tak Guan Eng?


Kerajaan negeri Pulau Pinang, menyedari masih ada segelintir yang cuba menyempitkan ajaran Islam dengan memburukkan orang lain serta menimbulkan fitnah dan memainkan sentimen perkauman.

Namun Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam perutusan Aidilfitrinya, berkata, Pakatan Rakyat yakin Islam yang sebenar menggalakkan umatnya bersahabat dengan sesiapa sahaja yang berhati ikhlas secara penuh kasih sayang tanpa rasa curiga antara satu sama lain.

Justeru, katanya hanya dengan menghayati dan mengamalkan ajaran agama yang mengajak kepada kasih sayang, perpaduan dan saling faham-memahami antara satu sama lain dapat meruntuhkan tembok perkauman.

“Walau pun ada segelintir orang mahu menyempitkan ajaran Islam dengan memburukkan orang lain serta menimbulkan fitnah dan memainkan sentimen perkauman, kerajaan negeri yakin bahawa Islam yang sebenar menggalakkan kita semua untuk bersahabat dengan penuh kasih sayang tanpa rasa curiga antara satu sama lain.

“Itulah sebebnya kerajaan negeri Pakatan Rakyat mengulangi jaminan bahawa ia bukan anti-Cina, anti-Melayu atau anti-India tetapi hanya anti-rasuah sahaja,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Menurut Lim, hanya dengan menghayati dan mengamalkan ajaran agama yang mengajak kepada kasih sayang, perpaduan dan saling faham-memahami dapat meruntuhkan tembok yang selama ini memisahkan rakyat semata-mata kerana perbezaan kaum, agama dan cara hidup.

“Harapan saya ialah untuk melihat ibu-ibu tidak lagi menangis kerana melihat anak-anak kelaparan, bapa-bapa tidak lagi mengeluh kerana tidak mampu menyediakan keperluan keluarga, anak-anak tidak lagi kecewa kerana tidak mempunyai buku, pakaian dan barang permainan.

“Dan warga emas, ibu tunggal serta orang kurang upaya tidak lagi meratap kerana dipinggirkan oleh orang-orang yang menjadi tempat mereka menaruh harapan,” katanya.

Menurutnya, usaha meringankan beban rakyat, khususnya di Pulau Pinang, boleh dilihat dalam program sosial seperti penghapusan miskin tegar, penghargaan warga emas, sumbangan pelajar institute pengajian tinggi awam (IPTA) dan program anak emas, bantuan kepada sekolah-sekolah Agama Rakyat dan para huffaz serta program kebajikan yang memakan perbelanjaan lebih RM40 juta setahun.

“Inilah erti Syawal yang saya harap dapat mengukuhkan semangat kita semua untuk tidak melupakan mereka yang amat memerlukan bantuan, sumbangan dan kasih sayang kita.

“Dengan sedikit tenaga dan keupayaan kurniaan Tuhan, kami telah dan akan terus berusaha untuk melaksanakan yang terbaik untuk semua, terutamanya mereka yang benar-benar memerlukan.

“Marilah kita terus kekalkan kerajaan (Pakatan Rakyat) berjiwa rakyat yang martabatkan rakyat,” katanya lagi.

Menurut Lim yang juga ahli parlimen Bagan dan ADUN Air Putih, kerajaan negeri Pakatan Rakyat terus berusaha menunaikan kewajipan kepada rakyat dengan urustadbir CAT – cekap, akauntabel dan telus – yang berlandaskan prinsip “amar maaruf nahi mungkar”.

“Pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab cuba mainkan sentimen perkauman dengan momokan bahawa kontraktor Melayu akan rugi kerana tidak dapat berdaya saing dalam sistem tender terbuka.

“Hakikatnya ialah 100 peratus kontrak Jabatan Perairan & Saliran bernilai RM35.6 juta dan 99.5 peratus daripada kontrak JKR bernilai RM124.2 juta diberikan kepada kontraktor Melayu.

“Nyata sekali bukan kontraktor Melayu yang tidak dapat berdaya saing tetapi kontraktor bersifat kroni yang tak berguna. Inilah matlamat kerajaan Pakatan Rakyat berjiwa rakyat dengan martabatkan rakyat tanpa kira kaum, agama dan fahaman politik,” katanya.