Ahad, Januari 31, 2010

PERKASA SELAMATKAN MELAYU?


Nampaknya orang Melayu tidak boleh lagi bergantung pada UMNO. Maka orang Melayu perlu mencari wadah baru untuk meneruskan perjuangan bangsa. Mereka tidak berharap pada PAS. PAS kini sudah lari jauh dari perjuangan asal. Dulu PAS kata tak boleh berkawan dengan orang kafir kini PAS boleh berpeluk pula dengan DAP.

Orang Melayu juga tidak berharap pada PKR yang memperjuangkan semua kaum. Maka mereka mencari alternatif baru iaitu sebuah NGO bernama PERKASA yang akan mempertahankan hak-hak orang Melayu.

Di majlis pelancaran PERKASA Negeri Selangor semalam, Presidennya, Datuk Ibrahim Ali menyeru orang-orang Melayu yang kecewa dengan UMNO supaya menyertai PERKASA. Biar semua orang Melayu bersatu dalam PERKASA.

Tun Dr Mahathir Mohamad yang melancarkan PERKASA Negeri Selangor semalam berkata suasana yang ada pada hari ini sama dengan suasana pada tahun 1946. Pada tahun 1946, orang Melayu bimbang dengan kedudukannya yang terancam maka orang Melayu bersatu. Suasana yang ada pada hari ini, kata Dr M ahathir, sama bila orang Melayu mula bimbang kedudukan mereka tergugat.

Maka berkumpulnya orang melayu dalam PERKASA menunjukkan bahawa PERKASAlah yang berjuang hak-hak orang Melayu. Dalam pada itu Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas (Bebas) menyeru orang Melayu jangan bakar kelambu b ila marh pada nyamuk. Bila tiba pilihanraya, orang Melayu kena mengundi UMNO supaya tunjang BN itu kuat.

Bila UMNO kalah banyak kerusi kepada PKR dan PAS, menyebabkan orang bukan Melayu dalam MCA, MIC, Gerakan tidak menghormati UMNO lagi. Sebab itu kalau marah kepada UMNO sekalipun, bila tiba pilihanraya, orang Melayu kena beri undi kepada BN supaya BN dapat kembali menjadi kerajaan yang gagah (menang dengan majoriti dua pertiga) pada pilihanraya umum 13 nanti.

Yang Dipertua PERKASA Sabah, Musli Oli yang turut diberi peluang berucap mengatakan Dr Malathir yang menyelamatkan peribumi Sabah apabila UMNO masuk ke Sabah pada tahun 1991. Orang peribumi Sabah tertekan di zaman pemerintahan PBS. Jadi apabila PBS keluar dari BN, maka langkah Dr Mahathir mengembangkan UMNO ke Sabah adalah untuk menyelamatkan peribumi Sabah.

Beliau yang dapat peluang berucap buat keli pertama di hadapan Dr Mahathir turut berseloroh, "Sudah 22 tahun saya dengar ucapan Dr Mahathir, hari ini Dr Mahathir dengar ucapan saya pula".

Sesungguhnya pelancaran PERKASA Selangor amat meriah yang dihadiri kira-kira 3 ribu ahli PERKASA dari seluruh Selangor. Tahniah kepada YDP Perkasa Selangor, Sdra Abdullah Mansor. Selangor merupakan negeri terakhir yang dilancarkan PERKASA. Kini PERKASA bertapak di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Apakah PERKASA akan jadi parti politik suatu hari nanti apabila UMNO kalah pilihan raya pada pilihanraya umum akan datang? Masa akan menentukannya.