Semalam Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Muhyiddin Yassin mewakili Timbalan Perdana Menteri, Najib Razak menutup Persidangan Eksekutif Muda Perkhidmatan Awam 2009 di Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya.
Kenapa Najib pilih Muhyiddin sebagai wakilnya sedangkan ada Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang jaga perkhidmatan awam boleh mewakili Najib dan membaca teks ucapannya? Oleh itu bila Naib Presiden yang sedang bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO dipilih membaca teks Najib, maka perwakilan UMNO kena fahamlah dengan mesej ini.
Padahal MITI tidak kena mengena dengan perkhidmatan awam. Najib boleh pilih Menteri Pembangunan Luar Bandar, Muhammad Muhd. Taib yang juga calon Timbalan Presiden, tetapi Najib lebih suka Muhyiddin mewakilinya. Oleh itu sudah sah Najib mahu Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden UMNO yang baru.
Tambahan pula dua setiausaha poliitiknya, Fatmi dan Shafie mencalonkan Muhyiddin untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO melalui Kota Bharu dan Wangsa Maju. Dengan peristiwa semalam saham Muhyiddin melonjak naik menjelang akhir Mac depan.