Memaparkan catatan dengan label mahdzir khalid. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mahdzir khalid. Papar semua catatan

Khamis, November 29, 2018

ORANG BARU GANTI MAHDZIR BUKAN AHMAD SAID BUKAN IDRIS JUSOH



KUALA TERENGGANU: Sebaik saja Mahdzir Khalid menyatakan hasrat untuk melepaskan jawatan sebagai pengerusi Umno Terengganu, dua pemimpin negeri itu terus disebut-sebut bakal mengambil alih jawatan itu.

Menurut sumber dalaman Umno, dua pemimpin itu ialah Ahmad Said dan Idris Jusoh - dua nama yang masing-masing pernah memimpin Umno negeri dan menjadi menteri besar.

Namun sumber itu berkata Ahmad yang lebih dikenali dengan panggilan Mat Said kemungkinan besar sekali lagi mengetuai Umno negeri berbanding Idris.

"Idris dan Ahmad ada kelayakan untuk mengemudi Umno Terengganu dan disebut-sebut untuk menggantikan Mahdzir.

"Tetapi hampir pasti Ahmad yang akan dipilih untuk kembali menerajui Umno Terengganu tahun depan," katanya

Beliau tidak menafikan kemampuan Idris untuk merampas kembali Terengganu daripada PAS seperti yang dilakukannya pada 2004, tetapi berkata Ahmad lebih diperlukan jika mengambil kira keadaan politik semasa.

Ahmad sebelum ini pernah menyatakan kesediaannya untuk sekali lagi memikul tugas itu jika dipilih pucuk pimpinan parti.

Nama pengganti Mahdzir akan diumumkan dalam masa terdekat selepas surat pelantikan ditandatangani presiden parti, Ahmad Zahid Hamidi.

Untuk rekod, Umno Terengganu sebelum ini pernah mengalami pergolakan dalaman yang membabitkan beberapa tokoh utama parti di negeri itu.


Pada 24 November lalu, Mahdzir yang juga naib presiden umno berkata mahu melepaskan jawatanitu dan berharap ia akan diserahkan kepada pemimpin tempatan.

Beliau dilantik ke jawatan itu untuk menggantikan bekas menteri besar Ahmad Razif Abd Rahman yang tewas dalam pemilihan parti peringkat bahagian tahun ini.

Lantikan Mahdzir adalah sebahagian daripada penyusunan semula Umno ketika Ahmad Zahid Hamidi mula menjadi presiden.

Selain beliau, dua lagi naib presiden Umno, Mohd Khaled Nordin dan Ismail Sabri Yaakob masing-masing dilantik mempengerusikan Umno Perlis dan Selangor.

Ulasan saya, bukan Ahmad Said atau bukan Idris Jusoh yang mengetuai Umno Terengganu. Tetapi orang baru seorang ADUN. Namun demikian namanya terpaksa dirahsiakan takut ada sabotaj di saat saat akhir. Tunggu Zahid Hamidi buat pengumuman bulan hadapan.

Rabu, Jun 06, 2018

KKMM DIMINTA AMBIL TINDAKAN KEPADA NETIZEN YANG KRITIK YANG DIPERTUAN AGONG



ALOR SETAR 6 Jun - Kerajaan menerusi Kementerian Komunikasi dan Multimedia digesa supaya mengambil tindakan sewajarnya terhadap mana-mana pengguna media sosial yang tidak menghormati peranan Yang di-Pertuan Agong berikutan isu pelantikan peguam negara baru-baru ini.


Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kebebasan bersuara melalui pelbagai medium dan platform yang perlulah dipraktikan secara berhemah.


"Perkara itu bersesuaian dengan salah satu prinsip Rukun Negara iaitu Kesopanan dan Kesusilaan yang menjadi amalan kita bersama selama ini.

"Sebagai rakyat yang menyatakan taat dan setia kepada raja dan negara, kita perlu yakin dengan kebijaksanaan baginda dan Majlis Raja-Raja dalam seiap proses serta keputusan melibatkan kepentingan negara," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Baru-baru ini, segelintir pengguna media sosial meluahkan rasa tidak puas hati mereka seolah-olah mengkritik peranan Yang di-Pertuan Agong kerana mencampuri urusan berkenaan.

Melalui komen-komen di media sosial, para penyokong terbabit meluahkan rasa tidak puas hati mereka seolah-oleh mengkritik peranan Yang di-Pertuan Agong kerana dikatakan mencampuri urusan berkaitan pelantikan peguam negara.

Keadaan itu menimbulkan polemik dalam kalangan netizen dengan ada dalam kalangan mereka menganggap sebahagian daripada kritikan dilemparkan itu bersifat melampau.


Jumaat, Mac 30, 2018

MAHZIR KHALID PENGETUA SEKOLAH TERMUDA

KUALA LUMPUR, 29 Mac (Bernama) -- Dilantik sebagai pengetua sekolah paling muda di negara ini pada usia 29 tahun merupakan antara fakta menarik yang terkandung dalam buku 'Mahdzir Khalid: Kita Semua Serupa' yang dilancarkan hari ini.

Buku tulisan Zinitulniza Abdul Kadir ini turut mencatatkan jatuh bangun Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid seawal penglibatannya dalam politik sehinggalah bergelar menteri Kabinet.

Majlis pelancaran buku terbitan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) itu disempurnakan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia di bangunan Parlimen di sini hari ini.

Turut hadir Mahdzir sendiri, Pengerusi ITBM Datuk Budiman Ahmad Zohdi dan Pengarah Urusan merangkap Pegawai Eksekutif ITBM Mohd Khair Ngadiron.

Dalam ucapannya, Mohd Khair berkata buku itu turut menyelitkan kisah Mahdzir yang pernah digugurkan sebagai calon kerusi Dewan Undangan Negeri pada 1995, dua jam sebelum penamaan calon, dan tempatnya digantikan dengan calon lain.