Memaparkan catatan dengan label lrt. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label lrt. Papar semua catatan

Rabu, September 07, 2016

PENGGUNA LRT KESAL MASALAH SERING BERULANG

KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- Ribuan pengguna perkhidmatan Light Rapid Transit (LRT) terkandas berikutan masalah teknikal yang menyebabkan keseluruhan perkhidmatan dari laluan Gombak hingga Putra Heights terjejas bermula 7 pagi tadi.

Paling terkesan, warga kota yang menggunakan LRT untuk ke tempat kerja.

Seorang pengguna, Farhana Azmi, petugas di Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) berkata beliau keluar rumah di Pantai Dalam pada 10 pagi untuk masuk ke pejabat pukul 11 pagi dengan menggunakan perkhidmatan LRT di Stesen Kerinchi.

Kebiasaanya, beliau akan tiba pada 10.30 pagi di Stesen Ampang Park dan meneruskan perjalanan dengan menaiki teksi ke pejabat.

"Tiba di Stesen Kerinchi, saya dengar pengumuman menyatakan perkhidmatan tren menghadapi masalah teknikal dan tren bergerak perlahan. Setiap tren berhenti di setiap stesen berikutnya lebih lima minit daripada waktu biasa. Tiba di Stesen Bangsar, tren berhenti paling lama kira-kira 20 minit, sebelum penumpang diarahkan keluar berikutan tren itu telah diberhentikan," katanya kepada Bernama.

Pengumuman yang dibuat menyebut pengguna boleh menunggu atau boleh mendapatkan kembali bayaran di kaunter.

"Saya tanya staf di situ, mereka kata tak pasti bila perkhidmatan akan disambung semula. Saya terpaksa naik teksi untuk ke pejabat dan tiba lewat hampir setengah jam di pejabat disebabkan jalan yang turut sesak," katanya.

Farhana yang merupakan pengguna tetap pengangkutan awam turut melahirkan rasa terkilan kerana masalah sebegitu sering berlaku tetapi kali ini perkhidmatan LRT tergendala paling lama.

Beliau turut menggesa papan makluman diletakkan di setiap pintu masuk stesen untuk memaklumkan pengguna mengenai masalah yang berlaku kerana ramai pengguna yang tertanya-tanya berikutan ia hanya dibuat menerusi makluman suara.

Laman twitter rasmi @AskRapidKL menerima pelbagai maklum balas termasuk luahan rasa tidak puas hati dan terkilan pengguna sejurus selepas ia mengumumkan masalah teknikal yang berlaku, berikutan masalah LRT tergendala sering berulang.

Seorang pengguna, kimbles@kimberly_g menulis 'You can't delay the LRT each time it rains. RapidKL its' probably time to step up'.

Seorang lagi pengguna, dingdong dingdong @dingdongb3ll berkata 'finally arrived office.took me 2h20m from Jelatek to KLCC. add 20 more minutes i'll be arriving Busan from Seoul, same duration.

Laman facebook Rapid KL turut hangat dengan soalan pengguna.

Nabihah Othman menulis "What....x settle2 lg ke? dan Rapid KL menjawab: "Maaf. Masih dalam proses baik pulih. Kami akan beri perkembangan terkini apabila perkhidmatan kembali normal. Maaf atas kesulitan".

Seorang pengguna Kamel Alias, menulis di laman facebook RapidKL 'I feel pity to those yang missed their flight, interview, appointment, masuk keje lambat, kena fired dengan boss, terlepas exam, stucked in train for few hours, kena marah sampai bergaduh dengan boyfriend / girlfriend sebab lambat janji dating... KL ni tak payah kena attack terrorist, bagi hujan sikit terus chaos...

Lee Tze Shern pada kira-kira 11 pagi tadi bertanya 'Still problem? When will be okay? dan dijawab pihak Rapid KL :"Hai. We are still rectifying the issue. Will update once the service resume back to normal. Apologize for the inconvenience caused."

-- BERNAMA

Rabu, Disember 30, 2009

LRT DENGAN 800 PENUMPANG DILANCAR


Didorong oleh hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk melihat mutu pengangkutan awam dipertingkatkan sejajar dengan konsep Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, Syarikat Prasarana Negara Berhad, pengendali sistem Rel Transit Ringan (LRT), pada Rabu memperkenalkan tren baru yang mampu membawa lebih ramai penumpang.

"Ini adalah hadiah Tahun Baru kami kepada orang ramai," kata pengarah urusan kumpulan Prasarana, Datuk Idrose Mohamed, kepada pemberita yang turut menaiki tren baru itu dari Kelana Jaya ke Bangsar.

Tren yang mempunyai empat koc itu mampu membawa 800 penumpang berbanding 400 penumpang yang dibawa oleh tren dua koc sekarang. Diwaktu puncak, ia boleh membawa sehingga 950 orang.

Suri rumah, Teo Joo Pheng, 51, adalah penumpang pertama tren baru itu apabila beliau naik di stesen Kelana Jaya pada 10.30 pagi untuk ke Pasar Seni di pusat bandar.

"Saya guna LRT kerana ia lebih mudah daripada mengharungi kesesakan lalulintas dan masalah mencari tempat letak kereta jika saya memandu," kata Teo, yang kelihatan agak terkejut dengan kehadiran wakil-wakil media selepas Idrose bersalaman dengan beliau.

Idrose berkata penggunaan tren baru itu dipercepatkan setelah Perdana Menteri mengarahkan supaya mutu perkhidmatan pengangkutan awam dipertingkatkan selepas beliau turun padang menaiki tren LRT pada 25 lepas.

"Kami menempah 35 set tren yang mempunyai empat koc ini. Tiga daripadanya memulakan perkhidmatan hari ini manakala yang lain belum tiba dan sesetengahnya sedang diuji," katanya.

Tren tanpa pemandu itu adalah versi terbaru daripada jenis Bombardier yang reka bentuknya dibuat di Kanada manakala 65 peratus pemasangannya dibuat di Mexico dan 35 peratus di Malaysia.