Semalam bekas Menteri Kemajuan Tanah dan Wilayah, DatoSeri Adib Adam,81 tahun, meninggal dunia kerana sakit tua.
Pada tahun 1983-1986 Saya bekerja dengan FELCRA sebagai pegawai tadbir. Pada mulanya sebagai penolong pengarah pembangunan peneroka. Pada pertengahan 1984 saya ditukarkan ke pejabat tugas tugas khas sebagai PRO FELCRA. Ofis saya depan bilik Ketua Pengarah [DG] mustapha juman walaupun ketua penolong pengarah saya adalah Mohd nor Ibrahim.
Ketika bertugas sebagai PRO apabila menteri melawat rancangan Felcra saya yang buat ucapan menteri. Setiausaha akhbar [SUA} beliau call suruh tulis teks. Ada SUA edit balik teks ucapan yang saya tulis. Tapi SUA pun sibuk maka menteri baca 100 persen ucapan yg saya tulis
Semasa Adib Adam jadi menteri setiap minggu semua PRO agensi di bawah kktw miting dgn encik Ariffin Omar SUA jadi pengerusi Semua PRO hadir felda felcra risda ketengah kejora keda kesedar jengka hadiri miting itu
Setiap bulan kktw anjur lawatan bersama menteri.jadi kami semua PRO turut serta dalam rombongan naik bas Felda ke seluruh negara
Jadi kami amat rapat dgn semua PRO Setiap kali lawatan Adib Adam ingat namaku. Satu hari dalam satu majlis kementerian Adib Adam tegurku di hadapan DG mustapha juman. Itu yang DG bengang dengan aku
Pada 2.5.1985 aku ambil cuti bersambung. 1.5 cuti Hari pekerja Dan 3.5 cuti hari wesak. Aku ambil cuti pd 2.5 pasal bapa saudaraku nikah
Cutiku diluluskan oleh KPPku. Pada hari yg sama Adib Adam melawat ibu pejabat Felcra di Jalan Bonus, Masjid India, Kuala Lumpir.
Pagi itu DG cari aku. KPP jawab Zabidi bercuti.: Mengamuk DG kerana aku PRO tiada di ofis semasa Adib datang ke ofis.Dia terus tukarku ke unit audit dlm tempoh 24 jam selepas selesai lawatan menteri. Aku masuk ofis pagi isnin kawan seofis beritahu DG mengamuk masa u tak ada masa adib Adam melawat
Aku jawab sepatutnya DG marahi KPP ku yg luluskan cutiku. Kerana adib Adam aku ditukar 24 jam
Aku terus hantar notis 1 bulan letak jawatan. Tapi aku dipujuk bekas pengarah pembangunan peneroka, mokhtar harun supaya jangan berhenti. Mokhtar bawaku jumpa DG dan suruh aku minta maaf dengan DG,
DG beri dua pilihan sama ada mahu nak kekal di unit audit atau ke Ipoh bekerja di bawah Dahlan Abdul Ghani pengawal wilayah utara
Aku pilih ipoh. Ramai yg takutkan aku bahawa Dahlan garang maki staff depan org ramai. : Aku tanya pegawai tadbir utara apa kelemahan Dahlan. Dia jawab Dahlan takut bini. U gi selalu rumahnya bawa family dan buat baik dengan bininya
Tip Jaafar Md Jan menjadi. Aku sorang tak dimaki Encik Dahlan. Dia kata mu pandai zabidi buat baik dengan bini aku. Dia puji sokmo mu orang baik. Hahaha
Takziah kepada keluarga Adib Adam. Arwah adalah seorang yang peramah tapi dia tak dipilih calon BN pada PRU 1990. Dia ditawarkan jadi calon parti semangat 46 tapi beliau menolaknya kerana mahu kekal dlm Umno
Aku pernah temui beliau di riverside PWTCsebelum PKP. Lama kami berbual dan dia tanya DG aku
Aku jwb mahkamah lepaskan Kes dia seleweng duit felcra rm40 juta nak beli bank di Afrika di zaman Annuar Musa jadi menteri
Entah bomoh jawa mana dia gunakan sedangkan dia sign cek rm40 juta. Aku pernah jumpa DG di majlis hariraya FELCRA sebelum PKP, Terkejut dia aku pergi bersalam dengannya.
Alfatihah buat adib adam.