Isnin, Ogos 30, 2021

TUN SAKARAN DANDAI DALAM KENANGAN

 



Saya mengenali Tun Sakaran Dandai ketika beliau masih ahli parlimen Semporna pada tahun 1986-1990. Saya pernah wawancaranya di parlimen pada tahun 1987 ketika bertugas dengan akhbar watan.


Selepas wawancara, beliau pesan supaya akhbar Watan jangan kutuk Presiden Usno, Tun Datu Mustapha. Arwah adalah timbalan president Usno.


Pada tahun 1990 apabila PBS keluar dari BN, arwah dilantik menteri tanah dan koperasi yang dikosongkan oleh Tan Sri Kasitah Gadam.


Saya sibuk di Kota Kinabalu jarang ikuti majlis arwah apabila beliau balik  ke Sabah. 


Beliau seorang yg tenang dan jarang keluarkan kenyataan yang controversi yang menyebabkan Watan kurang minat membuat liputan majlis beliau.


Apabila saya balik ke Kuala Lumpur pada tahun 1991, ada kawan nak temui arwah. Saya terus bawaknya ke pejabatnya di Wisma Tanah di Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Kebetulan hari itu arwah tidak sibuk tanpa buat temujanji terus kawan saya dapat temuinya arwah. Seronok kawan saya dapat jumpa menteri tanpa buat temujanji.


Ketika arwah di kementerian tersebut saya selalu temui setiausaha politiknya, Shafie Apdal dan Setiausaha Akhbarnya, Taufik Abdullah.


Apabila Taufik letak jawatan setiausaha akhbar beliau rekomen nama saya untuk gantinya kepada Shafie Apdal. Shafie setuju dan suruh saya lapor diri pada 21 Mac 1994 tetapi saya tak sempat lapor diri kerana arwah dilantik Ketua Menteri Sabah pada 17 Mac 1994.


Beliau dipanggil balik ke Sabah apabila PBS tumbang selepas Datuk Lajim Okin menyertai Umno.


Pada tahun 1985 arwah dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah. Beliau adalah ahli politik yang tidak controversi. 


Walaupun anak saudaranya menerajui parti Warisan, arwah tetap bersama Umno hingga ke akhir hayat. 

Kesetiaannya kepada Umno menyebabkan anaknya Nasir kalah bertanding sebagai calon BN kepada calon Warisan pada pru 2018. Takziah kepada keluarga arwah. Al fatihah