Sabtu, Mac 02, 2019

TOLAK PH "KERAJAAN MANDUL"

SEMENYIH: Para pengundi Semenyih diminta memberi mesej yang jelas esok (hari ini) dengan menolak PH kerajaan mandul.

Menurut ahli majlis tertinggi Umno, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mereka perlu tolak " kerajaan mandul" kerana sudah sembilan bulan menang tetapi PH tak dapat buat apa -apa.

"Orang lain nikah sembilan bulan dapat anak tetapi PH dah sembilan bulan memerintah tetapi tidak ada projek besar yang dibuat PH. Ini samalah dengan kerajaan mandul," katanya ketika berucap di PDM Bandar Rinching yang dihadiri bossku Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ceramah malam ini merupakan ceramah terakhir BN sebelum hari pengundian hari ini. Kira kira 1,000 orang menghadiri ceramah tersebut yang mana Badan Perhubungan Umno Terengganu menjadi ayah angkat kepada PDM tersebut.

Shabery mendakwa sepanjang dua minggu jentera BN berkempen di PDM tersebut kesedaran para pengundi untuk kembali kepada BN semakin kuat.

"Insya Allah BN berjaya merampas kembali kerusi DUN Semenyih," tegas beliau sambil disambut tepukan gemuruh para hadirin.