Khamis, September 21, 2017
2,050 ORANG PELAJAR BERMALAM SERENTAK DI 32 BUAH MUZIUM
KUALA LUMPUR: Jumaat lepas Program Perdana Bermalam di Muzium memecahkan Malaysia Book of Records kerana mempunyai peserta teramai sebanyak 2050 orang diadakan serentak di 32 buah muzium di seluruh negara.
Program bermula jam 3 petang Jumaat 15 September dan berakhir pada jam 2 petang Sabtu 16 September dengan pelbagai aktiviti menarik yang disertai para pelajar sekolah menengah dari usia 14 hingga 17 tahun.
Program Bermalam di Muzium bermula pada tahun 2005. Ia telah diadakan sejak 12 tahun lalu dan inilah kali pertama ia diadakan serentak di seluruh negara.
Ia merupakan acara sempena bulan kemerdekaan dan ia merupakan acara wajib setiap tahun. Syabas kepada Muzium Negara yang berjaya menyemaikan semangat cintakan muzium kepada para pelajar.