KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengajak semua umat Islam bersatu dan kurangkan perbezaan pendapat.
Katanya, kita kena fokus kepada akar untuk menyelesaikan masalah ekstrism, radikal dan keganasan.
"Kita kena tegas dalam soal ini dan tidak harus berkompromi dalam isu ini," tulisnya dalam buku cenderahati Haflah Zikir Perdana Sedunia 2017
Beliau memuji langkah yang diambil oleh Oxford Centre for Islamic Studies (OCIS) dan Centre for Advance Studies on Islam, Science and Civilization, UTM (CASIS) menganjurkan persidangan kedua meja bulat mengenai Toleransi dan Moderasi Dalam Masyarakat Islam Kontemporari tiga tahun lepas.
Dr Zahid menambah ajaran tradisi islam mengutuk keras sebarang bentuk ekstrimi
sme,radikal dan keganasan.
"Sebagai umat Islam kita kena gunakan segala sumber dan bekerjasama dengan semua pihak untuk menghalang trend ini," katanya.
Katanya, kerajaan telah menahan 240 individu yang terlibat dalam DAESH sejak Februari 2013 yang mana 90 orang terdiri daripada 70 lelaki dan 16 wanita terlibat di Syria.
"Malaysia agak berjaya mengatasi masalah ekstrimisme ini dengan kerjasama JAKIM yang sentiasa memantau kegiatan mereka," katanya lagi.
Katanya lagi, malaysia amat bertuah kerana dalam masyarakat berbilang kaum dan agama masalah ekstrisme tidaklah ketara.
"Kita tidak ada konfrontasi antara orang Islam dengan bukan Islam di negara ini kecuali ada tiga insiden iaitu Peristiwa 13 Mei, Memali 1985 dan Kampung Medan Petaling Jaya 2001," katanya.