KUALA LUMPUR : Datuk Azih Muda mengekalkan jawatan Presiden Ceupacs buat penggal kedua dalam mesyuarat agung Ceupacs di sini semalam.
Beliau menang dengan majoriti 694 undi mengalahkan Haji Ahmad Shah. Datuk Azih mendapat 939 undi manakala Haji Ahmad Shah mendapat 245 undi. Terdapat 17 undi rosak manakala 1,201 perwakilan layak mengundi dari 13 buah negeri.
Manakala Haji Adnan Mat memenangi jawatan Setiausaha Agung Ceupacs dengan majoriti 574 undi. Beliau mendapat 876 undi manakala lawannya Ku Azmi mendapat 302 undi dan terdapat 23 undi rosak.
Mesyuarat agung selama dua hari itu dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Azih yang merupakan pegawai Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) merupakan anak Terengganu pertama yang menjadi Presiden Ceupacs.