Jumaat, November 18, 2016

KALAU DI ERA MAHATHIR, MARIA CHIN SUDAH DITAHAN DI BAWAH ISA



KUALA LUMPUR 16 Nov. - Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah masih berdegil mahu meneruskan perhimpunan Bersih 5.0 di ibu negara pada Sabtu ini meskipun diberi amaran keras oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

MARIA CHIN ABDULLAH

Maria yang dihubungi berkata, dia tidak akan berganjak dan menukar pendiriannya biarpun dihalang pihak berkuasa dan badan bukan kerajaan (NGO) beberapa kali sebelum ini.

Malah, beliau tu­rut menafikan ke­nya­taan Khalid bahawa notis yang diberikan pihaknya tidak lengkap.

“Sebelum ini, kami telah menghantar dua notis ia­itu pada 28 Oktober dan terbaharu 9 November lalu. Kami tahu polis tidak akan mengeluarkan permit biarpun ia hanya demonstrasi aman untuk menuntut demokrasi.

“Saya harap dia (Datuk Seri Jamal Md. Yunos) dan kumpulan baju merahnya tidak akan buat kacau-bilau dan menimbulkan sebarang provokasi seperti di Lumut dan lokasi-lokasi konvoi lain kerana kami berhimpun secara aman,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Khalid memberi amaran keras dan tidak akan ter­agak-agak mengambil tindakan tegas terhadap peserta Bersih 5.0 dan Gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Gerakan Merah Malaysia (GNGMM) sekiranya ingkar Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 pada Sabtu ini.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, beliau mem­persoalkan tindakan pihak berkuasa untuk menggunakan gas pemedih mata semasa perhimpunan Bersih kali ini.

Katanya, penggunaan gas itu tidak wajar digunakan dalam perhimpunan melibatkan orang awam sekali gus berjanji akan melakukannya secara aman.

“Saya yakin dengan kerjasama pihak polis perhimpunan itu akan berjalan dengan baik. Bersih tidak mahu kejadian perhimpunan Bersih 3.0 berulang. Semua itu sudah dibangkitkan kepada mereka (semasa pertemuan) sebelum ini,” ujarnya.

Ulasan saya, kesilapan Najib yang terbesar ialah menghapuskan akta keselamatan dalam negeri (ISA). Kalau di era Dr Mahathir, Maria Chin sudah kena tahan di bawah ISA kerana menganjurkan perhimpunan haram.