Menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14) akan datang, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka akan membuat 'perubahan' untuk memastikan BN kekal berkuasa.
Akhbar berbahasa Inggeris The Star yang memetik sumber berkata, perubahan yang akan dilakukan termasuk menukar menteri besar di empat negeri- Pahang, Terengganu, Kedah dan Negeri Sembilan.
"Perdana Menteri perlu pemimpin baru untuk menerajui jentera di negeri tersebut," kata sumber itu yang dipetik sebagai berkata.
Spekulasi mengenai perubahan dalam jentera kerajaan Umno telah giat diperkatakan selepas Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob baru-baru ini berkata mungkin tidak akan mempertahankan kerusi DUN Pelangai yang telah disandangnya sejak 1986.
Adnan membuat kenyataan itu beberapa hari selepas dia mengejutkan Dewan DUN dengan meletakkan 'pen di antara jari di kakinya' bagi menolak khabar angin kononnya beliau tidak sihat.
Di Kedah pula, The Star melaporkan, perancangan Najib untuk menukar menteri besar itu ekoran kesihatan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang kerap ke hospital.
Begitu juga dengan Negeri Sembilan, Menteri Besarnya Datuk Seri Mohamad Hasan turut mempunyai masalah kesihatan ketika beliau dikatakan sakit semasa menghadiri Mesyuarat Agung Umno bahagian Rembau.
Ulasan saya, semua pihak jangan panik! Berita yang ditulis oleh Malaysiakini berdasarkan kolumnis mingguan The Star, Joceline Tan. Ia adalah pandangan peribadi penulis dan bukannya berita yang dilaporkan oleh The Star.
Gambaran yang diberikan oleh Malaysiakini seolah-olah ia adalah berita rasmi dari akhbar The Star. Setiap hari Ahad, bila saya baca The Star, saya tidak miss membaca analisis mingguan Joceline Tan. Tulisannya tidak berpihak kepada sesiapa jadi ramai yang panik bila membaca tulisan Joceline Tan semalam.
Berdasarkan keadaan semasa, kemungkinan tiga MB yang sakit, Ahmad Bashah, Adnan Yaacob dan Mohamad Hassan akan digugurkan dalam PRU akan datang. Adnan Yaacob sendiri sudah buat keputusan tidak mahu bertanding lagi dalam PRU akan datang.
Walaupun tidak bertanding dalam PRU akan datang, beliau tetap akan mengetuai jentera PRU Pahang. Apabila BN membentuk kerajaan semula, barulah beliau akan menyerahkan baton jawatan MB kepada orang baru sama ada Datuk Shakar atau Datuk Shaharudin Moin atau Datuk Sheikh Fauzi.
Oleh itu tidak mungkin jawatan MB bertukar sebelum PRU sama ada di Pahang, Kedah atau Negeri Sembilan. PRU mungkin dipercepatkan pada bulan Mei 2017, maka tidak mungkin Razif Abdul Rahman digugurkan sebagai MB. Dalam tempoh lapan bulan, apa yang MB baharu dapat buat untuk hadapi PRU akan datang? Oleh itu biar Razif membuktikan kepada PM bahawa Umno Terengganu di bawah kepimpinannya lebih baik keputusan PRU daripada hasil keputusan Ahmad Said 17-15 pada PRU 2013.