Saya ingin minta maaf kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman dan Pegawai Khas MB, Haji Mustapha Abdul Rahman mengenai rundingan sulit di Mekah.
Dua bulan lalu kawan saya Haji Pa telah menunaikan umrah di Mekah. Kebetulan TPM turut menunaikan juga umrah di bulan Ramadhan tersebut di mana Zahid tiba seminggu kemudian daripada Haji Pa. Maka Haji Pa masukkan gambar beliau dengan TPM dalam Facebooknya.
Pada masa yang sama saya mahu uji kebenaran kata kata orang bahawa ada seorang kawan saya yang tak boleh simpan rahsia. Maka saya uji beliau dengan mereka cerita kononnya ada rundingan sulit di Mekah yang mahu Haji Pa jadi MB Terengganu selepas PRU akan datang. Cerita ini memang tidak masuk akal tetapi kawan saya percaya 100 peratus. Untuk menguatkan hujah saya, saya beritahunya jangan cerita kepada sesiapa.
Seperti mana saya jangka dari awal, rahsia sulit itu akhirnya sampai ke teingan kawan saya yang lain pula. Sudah sah kawan saya itu tidak dapat simpan rahsia. Kawan saya tanya saya mengenai kebenaran cerita tersebut. Saya kata tak logik langsung cerita tersebut kerana cerita itu adalah rekaan saya semata-mata.
Ada orang yang menuduh saya melaga-lagakan Haji Pa dengan MB. Sata tidak sangka cerita rekaan saya ini dianggap serius oleh kawan saya dan beliau sebarkan cerita rekaan saya itu kepada semua kawan-kawannya, Saya ingin menafikan bahawa cerita rundingan sulit di Mekah adalah tidak benar. Oleh itu saya minta maaf kepada Zahid, Razif dan Haji Pa kerana cerita rekaan itu diletupkan oleh kawan saya kelmarin dengan tujuan untuk mengesahkan cerita tersebut. Saya amat kesal kerana nama mereka bertiga dilibatkan dalam cerita rekaan ini. Oleh itu saya mohon maaf.