Malam tadi lebih 10,000 orang hadiri majlis sambutan hari raya di Paya Berenjut,Kemaman yang dihadiri oleh MB Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman.
Sambutan ini amat menakjubkan kerana Ketua Umno Bahagian Kemaman, Datuk Seri Ahmad Said masih lagi tidak puas hati kepada MB seperti mana diluahkan dalam ucapannya di majlis pecah tanah bangunan rumah kedai Umno di Dusun Nyior Sabtu lalu. Yang datang sekitar 500 orang pada majlis tertsebut menunjukkan ahli Umno Kemaman sendiri pun sudah bosan dengan tindakan tanduk ketua bahagiannya itu.
Ini buktikan MB dapat sokongan rakyat Kemaman walaupun ketua bahagiannya masih berdendam dengan Ahmad Razif yang mengambilalih jawatan MB pada dua tahun lalu. Jika orang Kemaman tidak suka dengan Razif, mereka tidak datang ke majlis Razif.
Sebaliknya mereka mahu dengar ucapan Razif setelah beliau diserang oleh Ahmad Said Sabtu lepas. Berdasarkan sambutan malam tadi, saya ucapkan tahniah kepada Pegawai Pembangunan DUN, Datuk Mohamad Awang Tera yang berjaya mengumpulkan orang ramai. Beliau dibantu oleh pegawai khas MB, Haji Mustafa Abdul Rahman yang menjaga DUN Kijal.
Dalam persiapan seperti ini, Mohamad selaku bekas ADUN Chukai sepatutnya menjemput juga pegawai khas MB, Tok Mulu Mat Dalam Awang dalam mesyuarat persiapan. Kita harus ingat peranan Mat Dalam yang berani menentang Ahmad Said dalam pertandingan ketua bahagian pada tahun 2013.
Ahmad Said seorang MB yang ada kuasa tapi Mat Dalam selaku ahli umno cawangan biasa berani menentang Ahmad Said. Mat Dalam kalah tapi kemenangan Ahmad Said itu tidak bermakna kerana akhirnya beliau kehilangan jawatan MB.
Mat Dalam orang pertama MB lantiknya sebagai pegawai khas setelah Razif dilantik MB. Oleh itu di masa akan datang Mohamad Awang Tera hendaklah panggil Mat Dalam berbincang untuk menawan kembali DUN Chukai. Sebagai bekas penghulu yang rapat dengan akar umbi, Mat Dalam ada kelebihannya.
Buktinya ketika Razif melawat Kemaman kali pertama sebagai MB pada tahun 2014, Mat Dalam dapat kumpul ramai orang ketika MB lawat pasar Chukai. Sebaliknya tahun lepas ketika Bulat masih PPD DUN Chukai, tidak ramai yang datang ke pasar tersebut ketika MB melawat pasar.
Oleh itu untuk tawan DUN Chukai, Mohamad Awang Tera jangan abaikan peranan Mat Dalam.Marilah kita bersatu demi Umno. Lupakan persengketaan lama kerana PRU14 semakin hampir. Bagi saya, sudah sampai masanya MB beri kuasa kepada Mat Dalam kerana sebagai pegawai khas yang tak ada kuasa tidak bermakna sama sekali.
Mat Dalam mengenali Ahmad Said sejak di bangku sekolah lagi. Orang seperti beliau yang mampu menundukkan Ahmad Said. Ini bukanlah bermakna saya menonjolkan Mat Dalam sebagai calon ketua bahagian untuk menentang Ahmad Said pada tahun 2018. Calon ketua bahagian boleh difikirkan kemudian. Yang penting kita mahu tawan semula orang orang Ahmad Said supaya menyokong Razif. Peranan Mohamad Awang Tera dan
Haji Pa lebih kuat jika Mat Dalam juga diberi kuasa untuk menawan DUN Chukai.