Isnin, Julai 25, 2016
JANGAN BUAT SPEKULASI SAMAN SIVIL BERKAITAN 1MDB
KEMAMAN, 23 Julai (Bernama) -- Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menasihatkan masyarakat terutamanya pembangkang supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung saman sivil dikemukakan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat berkaitan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Beliau berkata adalah tidak adil dan wajar untuk menghukum dan mendakwa seseorang itu bersalah dengan membuat andaian dan persepsi sendiri memandangkan ia masih dalam siasatan.
Katanya selain itu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri sudahpun menyatakan pihak kerajaan Malaysia akan memberi kerjasama dan maklumat serta apa-apa keperluan supaya keputusan dibuat berdasarkan kepada prinsip-prinsip keadilan.