Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Rich Heritage, Dato Azir bin Abu Samah (baju hitam) skim itu sudah diperkenalkan pada tahun 2015 dan formula yang diperkenalkan itu terbukti mampu memberi pulangan yang menguntungkan kepada ahli yang menyertai skim tersebut.
"Bagi saya, ia bukan satu pelaburan tetapi program berkongsi ekonomi," katanya kepada blog catatanzabidi dalam satu pertemuan eksklusif di sebuah hotel terkemuka Khamis lalu. Beliau yang turut disertai isterinya Datin Narita Ismail berkata pada tahun lepas ia telah menarik 100,000 orang ahli.
"Tetapi oleh kerana rakan kongsi saya tamak, maka saya tarik diri dan saya buat sendiri skim ini pada tahun ini dengan modal minima bagi individu yang mahu menyertai skim ini sebanyak RM350<" ujar beliau. Rich Heritage yang menggunakan lesen offshore sedang berunding dengan pihak berwajib supaya skim ini dapat diterima oleh pihak kerajaan sebagai wadah untuk menambah pendapatan rakyat.
Katanya, dengan modal sebanyak RM350, setiap orang akan mendapat keuntungan yang dibayar setiap bulan pada 10 haribulan. Ia ibarat main kutu dan bukannya secara pemasaran bertingkat (multi level marketing).
"Saya tidak anggap skim ini sebagai skim saya tetapi saya anggap ia sebagai membina satu komuniti untuk berkongsi ekonomi," katanya yang berhasrat skim ini diterima oleh semua lapisan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
Azir yang berusia 43 tahun berasal dari Johor bangga selepas buat majlis penerangan di Ipoh tiga hari lepas, seorang taukeh Cina sanggup menyertai skim itu dengan modal sebanyak RM500,000. Semakin besar seseorang itu melabur, semakin banyak pulangan yang diterima setiap bulan.
Beliau berharap skim ini dapat membantu siswazah yang menganggur malah pelajar universiti kerana syarikat membayar keuntungan setiap bulan,. Beliau bersyukur kerana skim ini diterima oleh pesara sebagai punca pendapatan tambahan.
"Oleh itu saya menyeru setiap rakyat Malaysia menyertai skim ini kerana ia mampu menjana pendapatan keluarga. Saya sasarkan skim ini dapat menarik 500,000 rakyat Malaysia pada tahun ini," tegasnya yang akan membuat road show di seluruh negara secara agresif.
Katanya lagi, syarikat akan beroperasi di Bukit Jelutong, Shah Alam mulai bulan April ini dan mempunyai pejabat di setiap negeri. Untuk permulaan, Rich Heritage akan memperkenalkan satu produk minyak wangi pada 12 Mac ini dengan melantik seorang artis Indonesia yang popular sebagai duta produk.
"Kami melantik artis Indonesia sebagai duta produk kerana kami mahu skim ini bukan sahaja diterima di negara kita malah di Indonesia yang pasarannya lebih besar," ujarnya lagi.
Katanya, banyak skim yang bagus di negara ini untuk menjana ekonomi rakyat tetapi banyak skim yang gagal apabila penganjurnya tamak, tidak jujur dan tidak ikhlas.
Azir menjelaskan pada mulanya skim seperti ini bagus dapat membayar dividen kepada ahli tetapi apabila duit sudah banyak maka penganjur gelap mata dan tamak, maka sebab itulah banyak skim ditutup dan membuatkan orang ramai serik untuk melabur.
Beliau memberi jaminan Rich Heruage tidak akan menipu rakyat kerana nawaitu mereka untuk membantu rakyat mengurangkan beban kos sara hidup yang ditanggung mereka.
"Saya cipta formula ini bukan untuk kaya tetapi untuk kongsi ekonomi dengan komuniti kerana orang sekarang malas jual produk maka formula ini memang betul dapat menjana ekonomi masyarakat," katanya lagi.
Dengan tiga strategi beliau berkata Rich Heritage akan menerangkan hala tuju syarikat, mengadakan perjumpaan hi tea mingguan, mengadakan makan malam bulanan untuk peserta yang mendapat pencapaian yang tinggi dan memperkenalkan produk baru dari masa ke semasa.
Bagi menyertai skim Pakej Gold, modal bagi individu ialah RM3500. Di bulan pertama anda dapat RM800, di bulan kedua anda dapat RM800 juga. Di bulan ketiga anda dapat RM800 juga tetapi di bulan keempat dikira bulan matang anda dapat RM6000 tolak RM3500.
Ini bermakna pada bulan keempat anda mendapat RM800 campur RM800 campur RM800 campur RM2500 anda dapat RM4900. Pakej ini untuk satu tahun sahaja dengan modal RM3500 anda dapat RM14,700. Untuk keterangan lanjut sila hubungi Kit 0192006788 (whatsapp sahaja) atau layari website www.richheritages.com