Khamis, Februari 11, 2016

KENAPA PEMIMPIN DAP TAK HORMATI PEMIMPIN PAS

Akhirnya terbongkar sebab kenapa pemimpin DAP tidak hormati pemimpin PAS. DAP konsisten dengan perjuangan mereka tidak mahu PAS melaksanakan hukum hudud kerana perlembagaan negara tidak mengizinkan perlaksanaan hukum hudud. DAP kata negara ini negara sekular dan bukannya negara Islam.

Mereka hairan kenapa PAS mahu hukum hudud sedangkan pemimpin PAS sendiri tidak berpegang kepada cara hidup Islam. Sewaktu PAS memerintah Terengganu dari tahun 1999 hingga 2004, PAS juga mengamalkan rasuah dengan meminta komisen daripada mereka yang memohon kawasan balak. Jadi DAP melihat pemimpin PAS sama dengan pemimpin Umno mengamalkan rasuah.

Malah pemimpin DAP terkejut menjelang PRU ke 13, video lucah yang melibatkan bekas Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali tersebar. Bagaimana pemimpin PAS boleh terjebak dengan video lucah macam video lucah Presiden MCA, Dr Chua Soi Lek. Jika pemimpin PAS berpegang teguh kepada ajaran Islam sudah tentu pemimpin PAS tidak terbabit dalam video lucah.

Sebelum ini Mat Sabu ditangkap khalwat tetapi apabila Mat Sabu meninggalkan PAS, DAP sudah memaafkan pemimpin utama Parti Amanah itu.Oleh kerana Mat Sabu sudah tidak bersama PAS, maka Harakah menyiarkan kembali kisah khalwat Mat Sabu sedangkan Mat Sabu didapati tidak bersalah oleh mahkamah syariah. Paling terbaru ahli parlimen PAS dari Temerloh tidak bayar  menonton filem lucah di Jerman sudah tentu mengejutkan orang ramai.

Tidak sangka pula ulama muda buat onar di luar negara. Nak tengok filem lucah di dalam negara malu tetapi bila tengok di luar negara tidak nayar itu yang meninggalkan isu. Nasrudin Hassan Tantawi secara lantang mengkritik Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. Lim Guan Eng membawa kes itu ke mahkamah tetapi merekla selesai kes itu di luar mahkamah.

Oleh kerana Nasruddin terus mengkritik Lim Guan Eng, maka isu beliau tidak bayar tengok filem lucah di Jerman ditimbulkan oleh ahli parlimen DAP, Zairil Khir Johari. Zairil yang ikuti rombongan itu bersama Nasruddin dan beberapa ahli parlimen BN pada Januari 2014.

Macama mana pemimpin DAP nak hormati pemimpin PAS yang kononnya berjuang untuk Islam sedangkan ulama muda seperti nasruddin pun menonton filem lucah. Jika beliau bayar tidak timbul isu tetapi bila dia tiada duit nak bayar maka Zairil yang tolong bayarkan untuknya. Inilah politik. Bila sealiran tidak timbul isu ini, bila tidak sealiran maka isu yang sudaj dua tahun berlalu diungkitkan semula.

Kita tunggu sama ada PAS mengambil tindakan disiplin kepada Ketua Penerangnnya itu kerana ia memalukan imej ulama apabila ulama menonton filem lucah sampai diketahui seluruh dunia.