Rabu, Oktober 28, 2015

RAFIZI TAK FAHAM KONSEP LEBUH RAYA BERTOL

Ahli parlimen Pandan, Rafizi Ramli pelik juga tak faham dengan konsep lebuh raya bertol.  Dia bertanya dalam satu forum bajet alternatif pembangkang di Kuala Lumpur malam kelmarin kenapa di Sarawak boleh buat lebuh raya tanpa tol tetapi di Semenanjung tidak boleh.

Lebuh raya Pan Borneo sejauh 1,090 kilometre akan siap pada tahun 2021 dengan kos sebanyak RM16.1 billion tidak ada tol  dan ia sama taraf dengan jalan persekutuan di Semenanjung.

Bukannya senang nak buat lebuh raya. Memerlukan belanja yang besar. Sebab itu kerajaan tidak mampu membina 18 lebuh raya di Semenanjung. Sebab itu timbul konsep penswastaan di mana swasta bina lebuh raya dan ia memerlukan konsesi dari kerajaan selama beberapa tahun untuk mengambil  balik wang yang dibelanjakan membina lebih raya dengan keuntungannya melalui kutipan tol.

Kalau satu lebuh raya makan belanja yang besar, cuba bayangkan banyak mana yang perlu dibelanjakan kerajaan membina 18 lebuh raya mungkin melebihi RM100 billion. Sehubungan dengan itu bukannya kerajaan mampu mengeluarkan duit sebanyak itu semata-mata untuk bina lebih raya kerana duit rakyat juga perlu dibelanjakan untuk bina sekolah, hospital dan sebagainya.

Lebuh raya Pan Borneo bukannya projek swasta maka kerajaan terpaksa mengeluarkan wang sebanyak RM16.1 billion untuk membinanya. Apa salahnya kerajaan bina sendiri Pan Borneo kerana Sabah dan Sarawak adalah fixed deposit BN. Inilah tanda terima kasih kerajaan BN kepada pengundi Sabah dan Sarawak yang menyelamatkan nyawa BN.

Tanpa Sabah dan Sarawak dalam Malaysia, sudah lama BN tumbang di Malaya. Jadi apa salahnya bina lebuhraya bernilai RM16.1 billion tanpa tol asalkan undi kembali kepada BN. Tak guna bina LRT dan MRT bernilai RM80 billion di Lembah Klang sedangkan pengundi Lembah Klang tidak mengundi BN. Mereka tidak tahu bersyukur pun kepada kerajaan BN yang membina LRT dan MRT yang memudahkan mereka ke tempat kerja tanpa mengharungi kesesakan jalan raya.