Yang peliknya rakyat Malaysia tidak pernah mengenali siapa Nurulhidayah tetapi oleh kerana Malaysiakini tiada modal, maka twitter Nurulhidayah yang memuatkan gambar vape dijadikan bahan berita. Apa motif Malaysiakini menyerang anak TPM itu.
Bukan mudah Malaysiakini mahu menyerang Dr Ahmad Zahid Hamiidi maka Malaysiakini yang tiada modal itu menyerang anak TPM yang kononnya memalukan keluarga mereka. Kalau benar Nurulhidayah menghisap vape apa salahnya kerana itu hobi peribadinya. Orang yang menghisap vape biasanya berhenti merokok. Jadi alternatif kepada orang yang merokok ialah menghisap vape kerana bukannya mudah mahu berhenti tabiat merokok.
Bagi saya, menghisap vape lebih baik dari menghisap rokok. Adakah wartawan perempuan di Malaysiakini amat suci sehingga tidak ada yang menghisap rokok? Kalau ada, kenapa isu anak TPM menghisap vape dijadikan bahan berita?
Yang lucunya bukan Nurulhidayah memuatkan gambarnya sedang menghisap vape sebaliknya dia hanya menunjukkan gambar vape sahaja. Tak tahulah apa motif Malaysiakini memuatkan berita remeh temeh seperti ini kerana nampaknya Malaysiakini sudah ketandusan idea.
Kalau anda sudah tiada idea, tutup sahajalah Malaysiakini. Orang membuka Malaysiakini bukannya mahu membaca berita remeh temeh seperti ini tetapi mahu membaca berita yang boleh membangunkan bangsa. Tetapi mana ada berita yang membangunkan bangsa dalam Malaysiakini? Sebaliknya Malaysiakini lebih suka berita yang memecahbelahkan kaum di Malaysia. Kerana itulah agenda Malaysiakini supaya Malaysia menjadi negara yang huru hara.