Lima ekor Melayu dalam DAP tidak beradab apabila mengecam Jabatan Mufti Pahang mengeluarkan khutbah yang mendakwa DAP sebagai "terang-terangan menentang Islam".
Pegawai Khas Pengerusi DAP Johor, Sheikh Omar Ali berkata, tuduhan berkenaan bukan saja tidak berasas malah berbentuk fitnah.
"Saya mencabar Jabatan Mufti Pahang
mengeluarkan bukti kukuh yang menjadi asas kepada mereka menuduh DAP sebagai parti memusuhi Islam," katanya.
Dalam teks khutbah disediakan Jabatan Mufti Pahang semalam, pada salah satu perenggannya dimuatkan kenyataan: "Dewasa ini kita melihat perpecahan umat islam di negara kita terutama bangsa Melayu begitu ketara. Perpecahan ini kerana mengutamakan parti politik melebihi perpaduan dan persaudaraan Islam seperti parti Umno, PAS, PKR dan ditambah parti baru yang dinamakan Gerakan Harapan Baru (GHB) malahan ada di kalangan umat islam yang menyertai Parti DAP yang terang-terangan menentang Islam. Sepatutnya umat Islam bergabung dan bersatu suara walaupun berlainan dasar politik mereka".
Khutbah adalah salah satu bahagian dalam sembahyang dan jemaah tidak dibenarkan bercakap atau berkata-kata ketika ia dibaca khatib.
Kata Sheikh Omar, beliau akan memanjangkan perbincangan mengenai isu tersebut kepada pimpinan parti dan mempertimbangkan jika perlu mengambil tindakan undang-undang terhadap Jabatan Mufti Pahang.
Sementara itu sekumpulan ahli Melayu DAP juga semalam mengeluarkan kenyataan mengecam khutbah berkenaan.
Menurut mereka, DAP sebagai parti politik menjunjung perlembagaan sebagai asas pembentukan negara ini serta mengiktiraf dan menghormati Islam sebagai agama rasmi.
"Isu menentang Islam adalah fitnah politik semata-mata.
Kenyataan itu antara lain ditandatangani Ahli Jawatankuasa DAP Selangor, Edry Faizal; Ahli Jawatankuasa Wanita DAP Selangor, Young Syefura Othman; Setiausaha Publisiti Pemuda DAP Subang, Numan Saadan dan ahli DAP Bukit Bendera, Izmil Amri.
Mengulas isu ini, banyak bukti yang menunjukkan DAP menentang Islam. Ketika DAP memerintah Pulau Pinang pada tahun 2004, DAP tidak membenarkan pembesar suara masjid yang mengalunkan azan di Pulau Pinang mengganggu majoriti penduduk Cina.
Selama ini BN memerintah Pulau Pinang isu azan tidak timbul langsung.Adakah ini bukan menentang Islam? Kalau benar DAP menghormati Islam, kenapa sewaktu PAS dalam Pakatan Rakyat, Lim Guan Eng tidak melantik ADUN PAS tunggal di Pulau Pinang sebagai Exco Agama.
Kononnya kerajaan Pakatan Rakyat kenapa PAS tidak berada dalam barisan Exco. Adakah kerana Lim Guan Eng takut dengan label Islam yang ada pada PAS? Satu lagi bukti DAP menentang Islam ialah menentang hukum hudud yang mahu dibawa oleh PAS sebagai usul persendirian dalam Dewan Rakyat.
Kalau benar hukum hudud boleh menakutkan penjenayah kenapa DAP takut? Adakah DAP suka negara ini dipenuhi dengan penzina, peminum arak dan pencuri?
Oleh kerana menentang hukum hudud, DAP sanggup menyingkirkan PAS dari Pakatan Rakyat. PAS hanya berhasrat melaksanakan hukum hudud di Kelantan untuk umat Islam sahaja, kenapa DAP takut. Adakah ini tidak menentang Islam?
Tindakan lima ekor Melayu dalam DAP mempertikaikan khutbah merupakan satu lagi bentuk penentangan DAP terhadap Islam.