Nampaknya angka yang diberi polis pun bercanggah kerana setiap DUN menyediakan enam buah bas. Setiap negeri mempunyai jumlah DUN yang berbeza. Di Terengganu ada 32 buah DUN. Satu bas boleh muat 40 orang. Ini bermakna 7,680 orang. Katakan kita ambil 7,680 orang dari satu negeri, ini bermakna di Malaya ada 12 negeri, maka jumlah yang datang dengan bas 92,160 orang. Itu berasaskan negeri Terengganu yang ada lapan parlimen sahaja.
Maka dengan jumlah parlimen yang banyak di Malaya, memang logik kehadiran hampir 200,000 orang. Itu tidak termasuk yang datang dengan kereta. Jadi di mana logiknya hanya 35,000 orang yang hadir.
Kita tak perlu pertikai jumlah kehadiran Baju Merah. Yang penting mesej sudah sampai kepada bukan Melayu bahawa negeri ini ada tuannya. Seperti kata TPM, Dr Ahmad Zahid Hamidi, orang Melayu tidak akan berdiam diri sebaliknya bangkit mempertahankan maruah bangsa mereka apabila dicabar.
"Apabila maruah kita (orang Melayu) dicabar, adakah kita mahu terus ditolak ke dinding dan kita berdiam diri. Jangan harap itu berlaku, kita akan bangkit menjaga maruah dan sahsiah kita," katanya ketika berucap merasmikan Seminar Keselamatan dan Pengurusan Sempadan anjuran Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok semalam merujuk kepada Himpunan Rakyat Bersatu anjuran Persatuan Seni Silat Kebangsaan (Pesaka) dan disertai ahli 250 badan bukan kerajaan (NGO) lain di Padang Merbok, Kuala Lumpur Rabu lalu.
Walaupun perhimpunan Baju Merah dianjurkan oleh NGO, Umno juga yang dituduh orang. Malah PM, Najib Razak dituduh memberi cek sebanyak RM3 juta kepada penganjur yang dinafikan oleh pengerusi NGO Melayu, Jamal Mohd Yunos.
Kalau betul PM beri dana kepada mereka, kenapa mereka perlu jual t shirt baju merah kepada peserta? Sebanyak 100,000 helai t shirt berjaya dijual kepada para peserta. J
adi ke mana hilangnya cek RM3 juta itu?