Rabu, Ogos 12, 2015

MISTERI RM2.6 BILLION TERJAWAB

Ramai orang tanya ana siapa yang menderma RM2.6 billion kepada PM kita, Najib Razak. Ana tersenyum simpul kerana ana tahu siapa orangnya tetapi ana tak mahu jawab nanti najib marah kepada ana beritahu rahsianya.

Siapa orang Arab yang baik hati itu menderma sekian banyak duit. Kalau Muamar ghadafi masih hidup, mungkin Presiden Libya itu yang menderma kepada Najib. Tetapi Ghadafi sudah mati. Agaknya siapa orang Arab yang bermurah hati itu?

Kenapa pula dia tak derma kepada Umno. Kenapa dia suruh masukkan dalam akaun peribadi najib. Adakah dia takut duit itu Umno sapu dan Najib tak rasa satu sen pun. Maka dia fikir biar saja masuk akaun Najib. Kalau najib tak mahu masuk akaun dia, dia buat syarat dia tak nak derma.Biar najib dapat guna duit itu bila Rosmah nak shopping satu kontena di luar negara.Biar najib dapat guna duit itu untuk majlis perkahwinan anaknya.

Betul juga seperti kata anak Najib, orang yang menghentam ayahandanya tidak fikir tentang kestabilan politik negara. bila mereka terus hentam Najib, Ringgit Malaysia terus jatuh hingga ke paras yang paling rendah.

kalau di negara lain, Menteri Kewangannya sudah letak jawatan tetapi Najib bukan sahaja tidak letak jawatan tetapi masih jelajah negara membuat cerita kononnya SPRM sudah membersihkan namanya. Sepatutnya bukan najib yang isytiharkan dirinya bersih. Biar Peguam Negara yang isytiharkan najib bersih seperti kata peguam.

Ini susahnya bila PM bukan seorang peguam. Maka dia isytihar diri sendiri sudah bersih kerana SPRM kata itu bukan duit 1MDB tetapi duit derma dari Timur Tengah. Masa WSJ dan sarawak report siar berita ini, najib diam membisu.

Kenapa najib tidak beritahu dari awal duit itu duit derma dan tunjuk bukti surat dari orang Arab itu supaya rakyat tidak tertanya-tanya. Bila dah sahih duit derma, baru dia berani kata duit itu untuk CSR dan sebagainya. kalau untuk CSR pun kenapa masuk dalam akaun peribadi. kenapa tak masuk akaun Umno. Adakah najib tidak percaya kepada Husni hanazlah?

Sebab itu dalam mana-mana organisasi presiden kena lantrik bendahari yang dia percaya. Ada sebuah NGO, presidennya melantik kawan baiknya sebagai bendahari. Maka bila presiden nak guna duit untuk peribadi pergi ke Indonesia, bendahari sign cek. Sekali sekala bolehlah bendahari tolong presiden guna duit NGO untuk peribadi, tapi kalau setiap bulan pergi Indonesia susah juga bendahari nak cover presiden. maka bendahari yang tidak patuh arahan presiden itu pun dipecat.

Mungkin najib tidak mahu Husni jadi seperti  bendahari NGO tadi maka lebih baik masuk dalam akaun peribadi najib. Setiausaha agung MCA, ong ka Chuan perli najib hari ini. Dia kata MCA masuk derma dalam akaun parti dan bukannya akaun peribadi. Baru dilantik menteri MITI kedua, sudah berani perli najib.


 Sudah jauh ana meleret. Tadi ana nak beritahu di mana najib dapat duit sebanyak RM2.6 billion.Sebenarnya jangan beritahu najib rahsia ini. Nanti najib marah kepada ana.

 Sebenarnya duit RM2.6 billion itu bukan duit derma tetapi duit tarik. Enta pernah dengar duit tarik? Kawan ana, Eric Harison di taiping pernah guna delima merah untuk tarik duit di Kuala Terengganu. mereka buat dengan seorang ustaz seramai 10 orang. Maka setiap orang dapat RM1.5 juta. Banyak mereka dapat sebanyak RM15 juta. Eric masukkan duit itu dalam bank tetapi bank beku. Bila Eric jumpa orang bank negara beritahu duit tarik, orang bank Negara tidak percaya. Dia kata mana ada duit tarik kerana lengkap dengan nombor siri.

najib pun begitu. Dia dapat RM2.6 billion itu melalui duit tarik. Sebab itu Najib tidak dapat beritahu nama pendermanya. Oleh kerana dia seorang PM, maka bank negara tak beraai bertindak kepada najib walaupun pengasas Ambank, Husain najadi banyak kali melaporkan wang masuk yang banyak kepada bank Negara.

Begitulah ceritanya. jangan ketawa kepada ana kerana inilah teorinya bahawa wang yang masuk dalam akaun Najib itu bukannya duit derma tetapi duit tarik. Bertuahlah Najib, sekali buat terus dapat duit tarik sedangkan kawan saya Anuar said dari Kota Tinggi buat duit tarik tiap bulan tidak pernah menjadi pun. Sekali lagi sebelum ana berundur, jangan ketawakan ana mengenai teori duit tarik ini. Hanya orang yang biasa dengan alam misteri ini, yang tahu bahawa duit RM2.6 billion itu duit tarik. Wallahuaklam.