Berucap di Grik, Najib Razak mahu rakyat menghormati institusi PM dan Presiden Umno kerana kerajaan lemah jika PM dan Presiden Umno tidak dihormati.
Beliau membuat perbandingan di zaman Dr Mahathir yang tidak mendapat sokongan penuh pada tahun 1987, tetapi oleh kerana ahli Umno yakin pada Dr Mahathir, akhirnya PM itu berjaya mengemudi negara.
Najib tidak perlu buat perbandingan dengan Dr Mahathir. Jauh langit dengan bumi perbandingan itu. Ahli Umno bukan tidak yakin kepada Dr Mahathir, tetapi mereka mahu mengajar Dr Mahathir supaya tidak menjadi diktator.
Dua kali menang tanpa bertanding sebagai presiden Umno pada tahun 1981 dan 1984, bukannya pasport bagi Dr Mahathir memerintah negara sewenang-wenangnya. Maka perlu ada check and balance. Ahli Umno bosan dengan sikap kuku besi Dr Mahathir maka mereka mahu mengajar Dr Mahathir pada tahun 1987 dengan mencalonkan Tengku Razaleigh Hamzah ( Ku Li) menentang Dr Mahathir.
Mereka tahu tudak mngkin Ku Li dapat mengalahkan Dr Mahathir. Dr Mahathir menang tipis 43 undi supaya beliau insaf apa yang dia buat selama ini bukannya digemari ahli Umno sepenuhnya.
Mereka beri sokongan terus kepada Dr Mahathir kerana mereka yakin Dr Mahathir dapat memacu ekonomi negara. Sekali lagi selepas Anwar Ibrahim dipecat dari Umno, mereka yakin kepada Dr Mahathir kerana kononnya Anwar disokong oleh Amerika Syarikat.
Kenapa BN masih kuat ketika itu? Ini adalah kerana orang bukan Melayu masih menyokong BN. Apabila orang bukan Melayu menarik sokongan mereka terhadap BN, maka Pak Lah gagal mendapat majoriti dua pertiga pada tahun 2008.
Najib juga gagal mendapat majoriti dua pertiga pada tahun 2013.Kenapa? Ini kerana bukan Melayu tidak yakin dengan kepimpinan najib.
Bila berlaku derma masuk akaun peribadi Najib lagi orang Melayu tidak percaya kepada Najib. Kalau bukan Melayu dan orang melayu sudah tidak percaya kepada najib, apa nasib BN pada tahun 2018?
Adakah BN akan digantikan oleh kerajaan pakatan rakyat? Atau Bn akan tumbang pada tahun 2023 seperti kata Ahmad Said, DAP perlukan dua PRU lagi untuk memerintah negara.
Kenapa ahli Umno tak yakin pada najib? Ini adalah kerana Najib mengajak Rosmah menjadi PM bersama. Rakyat bosan melihat telatah Rosmah lebih senduk dari sudu. kalau dahulu mereka marah kepada Pak Lah kerana dibayangi oleh menantunya, Khairy jamaluddin sehingga menyebabkan BN tidak dapat majoriti dua pertiga pada PRU 2008, maka hal yang sama berlaku pada Najib.
Rosmah banyak campur tangan dalam projek kerajaan. Malah ahli parlimen tampin, Shaziman Mansor dikatakan enggan dilantik semula menteri kerjaraya kerana campur tangan Rosmah di dalam projek JKR.
Rosmah terlalu melampau sehingga Dr Mahathir menegur Najib secara terbuka sambil berkata beliau memerintah negara tanpa campurtangan isterinya. Hal ini disahkan oleh seorang ahli jawatankuasa Umno bahagian Pekan yang melihat Najib takut pada Rosmah.
Najib sudah keluarkan pen untuk sign surat permohonan ajk tersebut tiba-tiba bila Rosmah datang berdehem, Najib terus ambil pen masuk ke dalam poket bajunya dan tidak jadi sign. PM macam ini ke yang hendak rakyat yakini?
Ringgit Malaysia jatuh menjunam. Takkan najib tak sedar lagi pelabur asing sudah tidak percaya kepadanya lagi.
Sebab itu sebelum BN hancur, berhentilah sekarang Najib. Takkan SB tak pergi ke kedai kopi di seluruh negara meninjau perbualan rakyat. Ke mana-mana kita pergi, kita dengar orang maki najib. Orang persenda najib. Sepatutnya SB hantar laporan ini kepada najib supaya Najib sedar bahawa beliau sudah tidak dikehendaki rakyat lagi.
Beliau berkata 1MDB akan dipulihkan dalam masa enam bulan. Jika 1MDB gagal dipulihkan dalam masa enam bulan akan datang, sewajarlah Najib meletakkan jawatan dan menyerahkan jawatan PM kepada Muhyiddin kerana beliau masih lagi timbalan presiden Umno.