Khamis, Ogos 20, 2015

JANGAN CABAR AHMAD SAID

 Apabila ada orang kata dahulu saya yang menjatuhkan Ahmad Said melalui Free Malaysia Today sekarang cuba membela Ahmad Said, kata-kata itu sebenarnya tidak betul. Saya ingin menegaskan di sini bahawa saya bukan orang sesiapa. Bukan orang Ahmad Said. Bukan orang Razif. Mana yang Ahmad Said buat betul, saya sokong dia, mana yang dia buat salah, saya tegur dia.

Semalam dalam Facebook Marzuki Abdullah mengatakan Mat Said letak jawatan sebagai ADUN Kijal kerana kecewa blok Bertam PM307 tergadai ke negeri Pahang. Siapa Marzuki? Ada kawan mengatakan dia blogger PAS. Apabila disemak Facebooknya, beliau adalah pensyarah Universiti Malaya yang berasal dari Batu Burok, Kuala Terengganu.Wallauaklam. Mungkin dia seorang pensyarah atau dia membohongi status peribadinya.

Posting mengenai Mat Said sudah dibuang.  Tak tahu apa motif Marzuki menulis pembohongan ini. Sebab itu apabila menteri baharu Komunikasi dan Multi Media, Dr Salleh Said Keruak mahu mengawal Facebook, Twitter, blog supaya tidak ada berita palsu, kita patut sokong langkah Dr. Salleh ini.

Posting Marzuki memang menggemparkan rakyat Terengganu. mampukah BN menghadapi pilihanraya kecil dalam suasana BN 17 PAS 15. Jika Ahmad Said meletakkan jawatan, BN tinggal 16 kerusi lagi.

Sebab itu kesan dari posting FB Marzuki memang bahaya. Sudah sewajarnya kita menyokong tindakan Dr Salleh. Sejak empat bulan lalu saya sudah tutup FB kerana terlalu banyak pembohongan dalam FB. Malah saya kecewa FB jadi medan buat fitnah di antara golongan pro najib dan anti najib sehingga Zaharin Mohd Yasin ditumbuk gara-gara posting FB.

Anak Ahmad Said, Ashahirah (sempena nama Asha Boshley ke? Mat Said memang peminat filem Hindustan) menafikan ayahnya meletakkan jawatan dalam FB semalam. Ashahirah marah kepada Marzuki yang kononnya nak jadi hero.

"Saya anak dia pun tak tahu, hebatnya kamu," kata Ashahirah. Ramai sangat teringin hendak kerusi DUN Kijal itu bukan sahaja pembangkang malah orang Umno sendiri. Dia tulis tunggu PRU akan datang kepada mereka yang mengidam jadi calon.

Ahmad Said tidak dapat dihubungi wartawan untuk mendapatkan reaksinya. Yang hairan kenapa usik harimau yang sedang tidur? Jangan diusik Ahmad Said kerana BN bukannya stabil di Terengganu.

Ahmad Said bukannya bodoh. kalau dia letak jawatan sebagai ADUN, dia tidak boleh tanding selama lima tahun. Sebaliknya jika dia tak dipilih calon BN, dia boleh tanding sebagai calon bebas pada PRU 2018. Pada tahun 2008 ketika Umno tidak mengiktiraf Ahmad said menerima watikah perlantikan MB dari istana, Ahmad Said sudah bercadang jika DUN dibubar ketika itu Ahmad Said akan bertanding sebagai calon PAS. Jika PAS menang, maka Ahmad said jadi MB.


Kalau Bn menang 28 kerusi lainlah boleh cabar Ahmad letak jawatan ADUN Kijal. Ini BN menang setakat paras hidung. Buat apa cabar Ahmad said. Biar dia melalak kerana ini peluang dia bercakap. Bila dia tak jadi calon pada PRU 2018, dia tak ada platform untuk bercakap lagi.

Kelmarin juga ada juga poster kononnya Ahmad said nak bersumpah laknat di hadapan perkarangan pejabat SPRM mengenai 1MDB. Jika benar Ahmad Said berbuat demikian, malaysiakini dan the malaysian insider yang pertama tiba di perkarangan pejabat SPRM.

Jangan dicabar Ahmad said. dia tak kehilangan apa-apa kerana dia sudah jadi ADUN, dia sudah jadi Exco, dia sudah jadi MB, yang kehilangan ialah BN bila diadakan PRK Kijal kerana pembangkang menang bila Umno berpecah dua. Oleh itu kepada sesiapa yang buat poster palsu terhadap Ahmad said bukannya menguntungkan BN sebaliknya merugikan BN.

Dahulu dalam twitter Ahmad said kononnya Ahmad said kata dia u turn keluar Umno masuk semula Umno pada 15 Mei tahun lepas kerana ditawarkan duit sedangkan dalam persidangan bahagian Kemaman minggu lepas beliau bersumpah laknat berkata tidak pernah terima duit satu sen pun masuk semula Umno. Twitter Ahmad said pun dipalsukan. Jika tidak Ahmad said sudah dimakan sumpah kerana dia berani bersumpah laknat.

Oleh itu kita tak perlu usik Ahmad said. Biar dia buat hal sehingga PRU akan datang. Lagi pun dia sudah kata mahu bersara dari politik dan takkan bertanding pada PRU akan datang. Apabila tiba pemilihan bahagian, biar timbalannya, Ahmad shabery Cheek tanding ketua bahagian jika Ahmad said mahu kekal ketua bahagian. Jika Shabery tak berani lawan Ahmad Said ketua bahagian, letaklaah Md Rahim Husin menentang Ahmad said.