Apabila jumaat lepas ketua umno bahagian kemaman, ahmad said mencabar adun ayer putih, wan hakim wan mokhtar bersumpah di mana mana masjid berhubung 1mdb, semua orang terkejut dengan cabaran bekas mb terengganu itu.
Apatah lagi ia dibuat di hadapan para perwakilan yang mana turut dihadiri pegawai kerajaan, ketua parti komponen bn dan pemerhati termasuk bekas ketua bahagian, wan mokhtar ahmad yang juga ayahanda wan hakim.
Ada yang menganggap ahmad said tidak wajar mencabar wan hakim di hadapan wan mokhtar kalau benar adun kijal itu menghormati wan mokhtar.
Semua orang tahu hubungan ahmad said dengan wan mokhtar. Beliau dianggap sebagai panglima wan mokhtar ketika konvesyen pemuda umno negeri pada tahun 1992.
Ketika itu ketua pemuda negeri, idris jusoh mengajak pemuda memboikot konvesyen umno negeri. Naib ketua pemuda negeri, nazri salleh yang juga ketua pemuda kemaman turut menyokong tindakan idris.
Dalam suasana panas itu, idris jusoh lari belajar ke jordan. Maka tanggungjawab itu dipikul oleh nazri yang juga bekas setiausaha politik wan mokhtar. di sinilah ahmad said menjadi panglima wan mokhtar.
Semua orang tahu wan mokhtar sebelum itu bukannya suka ahmad said. Pada tahun 1986, nama ahmad said disebut akan dilantik sebagai setiausaha politik wan mokhtar. Ketika itu beliau adalah seorang pegawai tabdir negeri yang bertugas sebagai pengetua pusat pupuk semangat negeri terengganu di teluk kalong, kemaman.
Jawatan itu diisi nazri salleh yang ketika itu adalah naib ketua pemuda bahagian. Nazri bergaduh dengan ahmad said sejak di sekolah menengah lagi, di sekolah menengah cukai(smc).Jadi nazri menghasut wan mokhtar supaya membenci ahmad said.
Selepas tidak dapat jawatan setiausaha politik mb, ahmad said ditukarkan ke pejabat daerah setiu. Exco kerajaan negeri, dr tengku mahmud mansor yang juga bekas guru ahmad said di smc beritahu wan mokhtar biar dia jaga ahmad said di setiu tambahan pula tengku mahmud adalah ketua umno bahagian setiu.
Empat tahun di setiu, nasib ahmad said bersinar apabila adun kijal, cikgu mohamad meninggal dunia pada tahun 1990.
Ini peluang parti semangat 46 bertapak di terengganu. Parti itu mengumumkan nama ketua penerangannya ahmad shabery cheek sebagai calon prk kijal. Wan mokhtar memilih nama ajk bahagian, cikgu johar sebagai calon.
Wan mokhtar mahu berangkat ke kuala lumpur untuk menyampaikan nama kepada dr mahathir mohamad tiba tiba ketua sb datang beritahu wan mokhtar, kalau bn letak cikgu johar, bn kalah. Kalau letak ahmad said, bn menang. Maka di saat akhir wan mokhtar membatalkan nama cikgu johar dan digantikan dengan nama ahmad said.
Wan mokhtar tak mahu ahmad said sebagai calon kerana ahmad said suka bergocoh. Imej ahmad said terlalu buruk di hadapan wan mokhtar. Tetapi rezekinya jadi calon prk itu dan beliau menang dalam prk tersebut.
Dua hari menjelang hari penamaan calon hari sabtu, ahmad said gelisah di pejabat daeah setiu kerana wan mokhtar belum memanggilnya. Dia rasa sudah tiada harapan untuk jadi calon kerana pada hari rabu belum ada berita. Pagi khamis ahmad said terkejut kerana dipanggil ke pejabat mb. Seorang ajk bahagian, haji khalid karim menyambut ahmad said di pejabat mb.
Dahulu hari khamis bekerja separuh hari. Wan mokhtar arahkan ahmad said letak jawatan sebagai tcs serta merta dengan membayar sebulan gaji. Hampir jam 12.45 tengah hari ahmad said terlupa beliau ada pinjaman kenderaan kerajaan sebanyak rm12,000. Maka wan mokhtar mengeluarkan cek peribadi kepada pejabat suk untuk menjelaskan hutang itu jika tidak ahmad said tidak layak jadi calon.
Menang prk itu, ahmad said jadi back bencher. Kemudian beliau dilantik yang dipertua majlis daerah kemaman.
Krisis pemuda 1992 ahmad said cari peluang merapatkan dirinya dengan wan mokhtar. Maka ajk pemuda yang tidak mahu berketuakan nazri salleh lagi mencari ketua yang baru. Zahari said memanggil ahmad said dan ahmad said bersetuju menentang nazri pada tahun 1993. Ketika ini timbul geng 10, 10 orang ajk pemuda yang menentang nazri.
Pada tahun 1993, ahmad said menang ketua pemuda dalam pertandingan tiga penjuru, ahmad said, nazri salleh dan md rahim hussein.Selepas itu beliau dilantik rahim thamby chik sebagai ketua pemuda negeri. Selepas pru 1995, ahmad said dilantik sebagai exco kerajaan negeri.
Pada tahun 1995 ahmad said menang tanpa bertanding jawatan ketua pemuda. Tetapi pemuda berjaya menyingkirkan regu ahmad said, omar aziz dari jawatan naib ketua dengan bekas orang kuat nazri, haji mustafa abdul rahman.
Pada tahun 1997, ahmad said membawa semua ajk pemuda sessi 1993-1995 dan 1995-1998 melawat eropah selama dua minggu. Saya yang menjadi ketua penerangan pemuda turut ikuti rombongan itu melawat switzerland, peranchis dan england.
Ketika ini utusan malaysia mempersoal lawatan itu yang kononnya ahmad said terlibat dengan rasuah. Sprm memanggil orang kanan ahmad said, mohamad abu bakar(mat taya) bendahari pemuda.
Sebelum itu sprm menyoal siasat tengku azman tengku hashim yang mana lesen kelas f beliau selalu digunakan oleh mat taya untuk sebutharga mpk. Tengku azman dipujuk sprm untuk jadi saksi kerajaan. Tetapi oleh kerana tengku azman dan mat taya sayang ahmad said, maka ahmad said terlepas dari tuduhan rasuah itu. Wan mokhtar main peranan supaya ahmad said tidak didakwa oleh sprm. Sebab itu ahmad said bersumpah tidak pernah rasuah dan disindir zaharin mohd yasin bahawa ahmad said wajar dilantik sebagai duta sprm.
Pada tahun 1998, ahmad said habis umur pemuda. Maka beliau bertanding jawatan naib ketua ditentang proksi nazri, tuan kecil tuan tengah. Wan mokhtar menyokong ahmad said dan beliau menang dan terus wan mokhtar umum ahmad said dilantik setiausaha bahagian. Betapa sayangnya wan mokhtar pada ahmad said.
Tahun 1999, bn terengganu tewas. Hanya empat kerusi menang di seberang takir, hulu telemong, ajil dan kemasik. Wan mokhtar dan ahmad said kecundang di chukai dan kijal.
Maka wan mokhtar bersara dari politik. Selama 25 tahun jawatan ketua bahagian tidak ditandingi, tahun 2000 menyaksikan kali pertama jawatan ketua bahagian ditandingi di antara pemangku ketua bahagian, abu bakar ali dengan naib ketua, ahmad said.
Sekali lagi zahari said main peranan mengatur rakit team b (ahmad said, ahmad shabery cheek dan md rahim husin) menentang team a yang terdiri daripada abu bakar ali, nazri salleh dan shahbudin maidin. Team b sapu bersih dalam pertandingan tersebut.
Melihat sejarah ahmad said ditantang seperti minyak penuh oleh wan mokhtar, sepatutnya ahmad said mengenang budi wan mokhtar. Kalau ya pun nak marah kepada wan hakim, janganlah cabar wan hakim bersumpah di majlis tersebut di hadapan wan mokhtar.
Apatah lagi wan mokhtar turut hadir di majlis yang dirasmikan oleh muhyiddin yasin itu. Sepatutnya ahmad said tidak memalukan wan mokhtar di majlis tersebut jika benar dia panglima wan mokhtar.