Selasa, Jun 04, 2013

JANGAN BERFIKIRAN SEMPIT

Semalam Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan mencadangkan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan pada pemilihan parti pada hujung tahun ini. Tahniah kepada Datuk Seri Mohamad Hassab yang merupakan MB pertamna yang mahu Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin menang tanpa bertanding. Nampak sangat Mat Hassan takut dengan pertandingan. Kenapa kita harus takut dengan pertandingan kalau kita penegak demokrasi? Biarlah siapa sahaja yang nak tawarkan diri sebagai peneraju parti. Perwakilan yang akan membuat keputusan memilih pemimpin yang terbaik.Kenapa harus sekat mereka yang mahu memberi alternatif kepada para perwakilan. Malam tadi saya berbual dengan Pak Hamid Satar di Restoran Nagas. Beliau adalah bekas pegawai Dewan Bandaraya yang kemudiannya berkhidmat dengan ibupejabat UMNO di zaman Dr Mahathir hinggalah sekarang. menurut Pak Hamid, jika Muhyiddin menentang Najib pun untuk jawatan Presiden UMNO, Muhiddin akan tewas. Sebab itu dia kata UMNO tak perlu takut dengan pertandingan. Pertandingan akan mematangkan Umno. Kalau kita lihat BN lebih teruk di zaman Najib dari zaman Pak Lah. Pak Lah menang cemerlang dalam pilihanraya pertama pada tahun 2004. Sebaliknya Najib gagal dapat majoriti dua pertiga dalam pilihanraya pertama pada 5 Mei lalu. Oleh itu UMNO perlu celik mata untuk memilih Presiden yang lebih baik dari Najib. Siapa yang layak mengetuai UMNO di saat-saat UMNO tidak sehebat dahulu? Adakah Muhyiddin? Atau adakah Tengku Razaleigh Hamzah? Ada yang berkata zaman beliau sudah berlalu tetapi UMNO perlu diketuai oleh orang yang disegani oleh semua kaum. Tengku Razaleigh ada ciri-ciri itu. Jadi terpulang kepada perwakilan Umno untuk memilih Presiden baru yang boleh membawa perubahan untuk menghadapi ;pilihanraya umum 2018.Prestasi Najib lebih teruk dari prestasi Pak Lah pada tahun 2008. Jadi adakah Presiden UMNO seperti ini yang boleh dibanggakan? Memang benar UMNO menang lebih banyak kerusi kali ini tetapi sokongan kepada UMNO datang dari UMNO? Adaklah ia datang dari kawasan elit? Adakah UMNO mahu terus diketuai oleh tukang kebun di peringkat cawangan sedangkan cerdik pandai disekat menyertai UMNO menyebabkan mereka aktif dalam PKR dan PAS. Jadi adakah ini kualiti ahli UMNO yang patut dibanggakan? Oleh itu sempena dormat baru pemilihan parti, perwakilan perlu serius memilih ketua yang boleh membawa UMNO ke tahap yang lebih gemilang dan cemerlang.Esok makin ramai pembodek akan menyokong kenyataan Mat Hassan supaya Najib dan Muhyiddin tidak ditandingi. Jangan rosakkan UMNO kerana biar perwakilan buat keputusan. Kenapa kita jarus takut dengan pertandingan sedangkan kita sudah hapus kuota pencalonan. Dahulu bukan mahu susah untuk dapatkan 55 pencalonan untuk jawatan Presiden UMNO, maka perwakilan UMNO perlu waras. Jangan berfikiran sempit seperti Mat Hassan.