Rabu, Jun 13, 2012

NIZAR BUAT PAS TIADA PELUANG DI JOHOR

Pas merancang untuk bertanding di 29 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan lapan kerusi Parlimen di negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-13(PRU-13). Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed berkata, rancangan itu bagaimanapun akan dibincangkan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP untuk mencapai persetujuan bersama. "Kita akan usahakan agar Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub bertanding di kerusi DUN dan Parlimen. Begitu juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mazlan Aliman dan Ketua Pemuda Pas Johor, Suhaizan Kaiat. "Khabar angin juga menyatakan ada lagi pemimpin PKR dan DAP yang berasal dari Johor tetapi berkhidmat di luar, turut berminat untuk balik bertanding di negeri ini," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Himpunan Hijau ke Putrajaya dan Persiapan PRU-13 di Pejabat Badan Perhubungan Pas negeri, di sini hari ini. Ulasan saya, selepas kenyataan Datuk Seri Nizar Jamaluddin bekas MP Perak menghentam Sultan Johor mengenai pembelian nombor plet WWW1 peluang PAS untuk menawan Johor agak tipis. Kenyataan Nizar backfire kepada PAS untuk menawan negeri Johor. Ini menyebabkan Salaehuddin Ayub yang bakal disebut sebagai MB Johor jika Pakatan Rakyat menenag, enggan mengulas kenyataan Nizar. Rakyat Johor marah kepada Nizar di atas keceluparannya itu.

Ahad, Jun 03, 2012

TOKOH DI BELAKANG TABIR

Sebut saja nama Datuk Azmi Tun Hamid Bidin orang kurang mengenalinya kerana dia bukan wakil rakyat atau menteri. Beliau adalah suami kepada Datin Saidatul Badru yang juga abang ipar kepada Speaker Dewan Undangan negeri Sabah, Datuk Salleh Tun Said Keruak. Tetapi peranan Azmi di belakang tabir agak penting dalam politik negara. beliau adalah orang kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Anwar berada dalam Umno. Malah beliau dan isteri turut menyokong PKR apabila Anwar dipecat dari Umno. Isterinya turut bertanding dalam pilihanraya umum 1999 sebagai calon PKR. ramai orang ingatkan dia akan menentang adiknya, Salleh sebagai calon BN di kota belud. Sebaliknya Saidatul bertanding di Karambunai di luar Kota Belud. Azmi adalah salah seorang think tank Anwar ketika Anwar menyertai Umno pada tahun 1982. beliau terlibat mempromosi Anwar sebagai calon ketua pemuda pada tahun 1982, 1984 dan 1986. Pada tahun 1987, dan 1990 beliau terlibat dalam gerakan Anwar ketika bertanding jawatan naib presiden Umno. Baru lima tahun Anwar menyertai Umno, Anwar sudah terpilih sebagai Naib Presiden UMNo bersama Datuk Seri Abdullah Ahmad badawi dan tan Sri Wan Mokhtar Ahmad. Pada tahun 1993, Azmi terlibat dengan etam Anwar untuk menjatuhkan Tun Ghafar baba sebagai Timbalan presiden Umno. Azmi memanggil Anwar sebagai abang Anwar kerana mereka berkawan sejak kecil lagi. Bila anwar berada dalam PKR, Azmi dapati Anwar sudah jauh menyimpang dari perjuangan asal untuk memertabatkan bangsa Melayu dan agama Islam. Maka beliau insaf dan terus meninggalkan PKR kerana Anwar bukan seperti ketika berjuang dalam ABIM dahulu. Anwar sudah sesat dengan terlibat dalam perzinaan. Azmi tidak dapat menerima pemimpin yang buat dosa besar. maka beliau buat keputusan untuk meninggalkan PKR. Beliau masih ingat Anwar menyuruhnya membuat kertas kerja penubuhan Umno di Sabah tetapi majlis tertinggi Umno menolaknya. Ada pemimpin tertinggi Umno sudah diberi wang oleh PBS agar menolak penubuhan Umno di Sabah dalam mesyuarat majlis tertinggi Umno. Azmi bertemu dengan Anwar bertanya kertas kerjanya macam mana, Anwar kata majlis tertinggi menolaknya. Anwar menyuruhnya dia pergi sendiri berjumpa dengan Tun dr Mahathir. Esoknya dia pergi dengan bapa mertua Anwar, datuk Dr. wan Ismail ke rumah Dr Mahathir. Azmi menjelaskan kenapa Umno perlu masuk Sabah kerana untuk menyelamatkan orang Islam yang ditindas PBS. Dr Mahathir tidak komen apa-apa dalam perjumpaaan itu. Dua hari selepas itu Azmi menerima telegram dari ibu pejabat umno yang mahu beliau datang ke ibu pejabat Umno esoknya. Rupa-rupanya Dr Mahathir bersetuju Umno perlu masuk segera ke Sabah. Azmi kembali semula ke pangkuan Umno selepas keluar dari PKR. Dia menyesal kerana selama ini dia terlalu taksub dengan Anwar. baginya, apa yang dibuat Anwar sekarang menghancurkan masa depan orang Melayu. Malah Datuk Seri Haji Hadi Awang ketika menemui Lee Kuan Yew di Singapura terkejut dengan pendedahan Lee Kuan yew mengenai siapa dia Anwar yang sebenar. Haji hadi menepuk dahi. sebab itu haji hadi sudah enggan bertanding dalam pilihanraya umum akan datang kerana melihat anwar sudah terlalu jauh dari perjuangan asal. Tidak ramai yang tahu Azmi dan Datuk Seri Najib Tun Razak adalah bersaudara. Najib pernah berjanji melantik Azmi sebagai Setiausaha agung Umno tetapi najib tidak berani bimbang dimarahi oleh orang politik. Azmi berkata jika dia jadi setaiuasaha Agung Umno, dia akan merombak keseluruhan jentera yang ada dalam Umno supaya Umno lebih mantap. tetapi janji Najib tinggal janji sahaja. Umno sudah makin lemah. Rakyat tertarik dengan Najib. Ke mana Najib pergi, rakyat sambut tetapi Umno terus lemah kerana yang kuat adalah najib dan bukannya Umno. Seba itu Umno perlu dirombak supaya Umno terus relevan sehingga kiamat.