Ahad, Oktober 23, 2011

UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI, PPP


Parti Progresif Penduduk (PPP) memohon diperuntukan 14 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan enam kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia pada pilihan raya umum ke-13, kata Presidennya Datuk Seri M. Kayveas.

Beliau berkata surat mengenai permohonan itu diserahkan kepada Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor minggu lepas.

"PPP difahamkan bahawa Tengku Adnan telah memaklumkan semua pemimpin parti komponen BN mengenai hasrat PPP itu," katanya pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat anggota Majlis Tertinggi PPP di sini Jumaat.

Turut hadir Naib Presiden PPP Datuk Maglin Dennis D'Cruz.

Ulasan saya, PPP kena ukur baju di badan sendiri. Satu kerusi parlimen pun boleh kalah pada tahun 2008, mana PPP boleh menang enam kerusi parlimen pada pilihanraya umum akan datang.

Oleh itu tak payah berangan hendak tanding enam kerusi. Tawan dulu kerusi yang kalah baru boleh minta lebih pada pilihanraya umum 2016.

Belum tentu satu kerusi parlimen yang akan diberi nanti PPP boleh menang. Prove yourself first, PPP baru boleh minta lebih.