Khamis, Julai 21, 2011

KELUARLAH DARI PAKATAN RAKYAT


Bila lagi PAS nak keluar dari Pakatan Rakyat? Tengok di Kedah PAS terpaksa tunduk kepada DAP. Di Selangor PAS bantah konsert yang diluluskan oleh kerajaan Pakatan.Jadi bila lagi PAS nak keluar dari Pakatan Rakyat?

Pemuda PAS konsisten melahirkan rasa tidak bersetuju dan amat kesal dengan tindakan penganjur yang mahu meneruskan konsert MTV World Stage di I-City Seksyen 7, Shah Alam pada 24 Julai ini.

NONE“Penganjuran konsert ini telah mengguris perasaan umat Islam apabila ia berlangsung hanya seminggu menjelang bulan Ramadan al-Mubarak, saat umat Islam mempersiapkan diri menyambut bulan mulia dan bulan ibadah,” kata ketuanya, Nasrudin Hassan.

Menurut laporan Harakahdaily, Pemuda PAS telah menghantar dua memorandum bantahan melalui Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor.

Memorandum pertama dihantar pada bulan Jun dan memorandum kedua seminggu kemudian kerana menganggap konsert tersebut bertentangan dengan Enakmen Kawalan Hiburan Negeri Selangor.

Malangnya, kata beliau memorandum itu tidak dipedulikan malah usaha pemuda PAS Selangor untuk menemui pihak Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim juga gagal.

Katanya lagi, Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia Cawangan Selangor turut membantah apabila mereka juga menerima bantahan dan rungutan dari penduduk sekitar.

NONENasrudin menambah, konsert MTV yang turut menampilkan kumpulan 30 Second To Mars yang merupakan pemenang Kumpulan Rock di MTV Europe Music Award 2010 dan kumpulan rock tempatan tidak selayaknya berlangsung secara terbuka.

“Lagi pula tiada jaminan kawalan dari pihak penganjur untuk mengelakkan berlakunya pergaulan bebas lelaki dan perempuan. Selayaknya konsert seperti itu dibuat di tempat yang tertutup dan tidak membenarkan anak-anak muda muslim hanyut di dalamnya,” katanya.

Tidak bantah hiburan

Menurut Nasrudin, Pemuda PAS tidak membantah hiburan, tetapi membantah elemen yang tidak sihat di dalam hiburan tersebut.

Justeru, ujarnya hiburan yang mahu dianjurkan mestilah hiburan yang tidak melekakan dan melalaikan generasi muda dan mendorong pula mereka ke kancah maksiat dan mungkar dengan berlakunya pergaulan bebas lelaki dan perempuan.

Menurutnya lagi, menjelang Ramadan, selayaknya kerajaan negeri Selangor memperbanyakkan aktiviti yang mampu mendidik minda ke arah membentuk peradaban atau tamadun yang hebat.

rock4rights concert in penang 020411 04“Berpada-padalah dengan hiburan. Saya setuju manusia perlu berhibur dan hiburan perlu bagi menyerikan hidup, namun hiburan yang keterlaluan hanya akan merosakkan minda dan peribadi manusia lantaran manusia mempunyai tanggungjawab yang jauh lebih penting untuk masa depan hidup mereka selain hiburan,” katanyanya.

Harakahdaily juga melaporkan Nasrudin menyeru umat Islam khasnya anak-anak muda muslim agar tidak menghadirkan diri ke konsert tersebut.

Sebaliknya, mereka diseru memfokus kepada persiapan diri menghadapi Ramadan dengan aktiviti penyucian jiwa dan minda serta mendalami ilmu agar ibadah puasa kelak akan dilangsungkan dengan faham dan penuh penghayatan.

“Insya Allah, Dewan Pemuda PAS Malaysia khasnya melibatkan anggota pemuda PAS Negeri Selangor dan Wilayah akan turun beramai-ramai untuk mengedar risalah dan berdakwah mengajak anak-anak muda mendekati Allah SWT dalam masa yang sama, menjauhkan diri daripada maksiat dan mungkar,” katanya.