Sabtu, Mei 29, 2010
37 TAHUN TANPA PENGGANTI
Hari ini 29 mei, genap 37 tahun Tan Sri P. Ramlee meninggal dunia. Sudah 37 tahun berlalu tetapi negara masih belum menemui pengganti P. Ramlee. Memang kita tidak ada temui lagi seniman berbakat besar seperti P. Ramlee yang serba boleh- mengarah filem, berlakon, menyanyi, melawak dan mencipta lagu.
Saya masih ingat pada pagi 29 Mei 1973, Rosli Ahmad yang membaca berita radio menangis ketika membaca berita kematian P. Ramlee. Ketika itu saya belajar dalam tingkatan dua di sebuah sekolah di Seremban. saya mencadangkan beliau diberi gelaran Tokoh Perfilen melayu dalam surat pembaca yang tersiar dalam Utusan Melayu (jawi) seminggu kemudian, tetapi seoramng pembaca mencadangkan supaya beliau diberi gelaran Seniman Agung.
Saya membesar dengan filem-filem P. Ramlee. Setiap minggu setiap hari Jumaat kami yang duduk di asrama berpeluang menonton filem Melayu di TV 1. Setiap Jumaat RTM menayangkan filem-filem P. ramlee. walaupun kini Astro Prima menyiarkan filem-filem P. ramlee tetapi filem-filem itu tidak jemu ditonton. Beliau telah mendahului zaman dalam filem-filem arahannya seperti Ibu mertuaku, Tiga Abdol, Ali baba Bujang lapok dan sebagainya. Al fatihah buat P. ramlee.