Rabu, Mac 03, 2010

TIDAK BENAR TERENGGANU LESU


Membaca tulisan Joceline Tan dalam The Star semalam (disiar semula dalam blog ini)mengenai spekulasi Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said akan ditukarkan dengan orang lain, saya rasa analisis itu cuba bersikap adil kepada semua pihak.

Tetapi apabila dia mengatakan negeri Terengganu kembali lesu selepas Datuk Seri Idris Jusoh tiada, saya rasa Joceline Tan agak keterlaluan.Tidak benar negeri Terengganu menjadi sleepy hollow. Kebetulan ketika Idris menjadi MB, BN baru menawan semula Terengganu maka semua projek mega yang dijanjikan BN kena ditunaikan seperti JUSA (Jalanraya, Stadium, Airport) istilah yang sering digunakan oleh Idris.

Sebab itu di zaman Idris, banyak projek mega dilaksanakan termasuk Taman Tamaddun Islam. Entah apa faedahnya projek Taman Tamaddun Islam itu kepada rakyat Terengganu kecuali Patrick Badawi yang dapat faedah termasuk kroni Idris Jusoh.

Sepanjang empat tahun Idris menjadi MB ramai kroninya jadi kaya-raya. Sebab itu bila Idris digantikan oleh Ahmad Said, ramai yang marah kerana peluang kroninya buat duit sudah berakhir. Malah ada Exco di zaman Idris yang mampu pergi ke London tiap bulan sama ada di atas urusan rasmi atau tidak.

Ada juga cerita kononnya menjelang pilihanraya 2008, Idris mengarahkan kontraktor yang buat stadium tertutup buat variation order (v.o) tetapi duitnya tak masuk ke dalam akaun kontraktor. Entah apa dibuat duit itu. SPRM kena siasat dakwaan ini.

Idris adalah seorang ahli perniagaan. Syarikatnya Jusoh Enterprise Sdn Bhd (JE)dapat projek juga ketika PAS memerintah Terengganu sedangkan ketika itu Idris adalah Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu. Sedangkan Ahmad Said bukan ahli perniagaan. Dia seorang bekas TCS. Maka Ahmad Said tidak ada kepentingan dalam mana-mana tender yang disokongnya.

Sudah dua tahun Ahmad Said jadi MB. Sepatutnya kita semua beri peluang kepada beliau untuk mentadbir dan mengurus negeri Terengganu dengan baik dan bukannya menyebarkan sms yang tidak habis-habis tidak berfaedah. Apa tujuan sms ini disebar? Kalau tidak puas hati dengan Ahmad Said kerana dia adalah pilihan Sultan Mizan, maka semua penentang Ahmad Said patut berhijrah ke negeri lain. Tak payah duduk di Terengganu lagi kerana tidak akur dengan pilihan Sultan Mizan.