Isnin, Februari 16, 2009

NAJIB MAHU MUHYIDDIN?


Benarkah Najib Tun Razak mahu Muhyiddin Yassin jadi timbalannya pada perhimpunan agung UMNO Mac depan? Ini yang sedang heboh diperkatakan orang UMNO kini. Sudah dua kali Najib dikatakan bersama Muhyiddin.

Kali pertama minggu lepas Najib menyuruh Muhyiddin mewakilinya dalam satu majlis mengenai perkhidmatan awam sedangkan Muhyiddin bukan menteri yang jaga perkhidmatan awam. Sepatutnya Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang jaga JPA diberi amanah itu. Apa kena mengena Muhyiddin sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dengan JPA?

Semalam Najib main golf bersama Muhyiddin. Sudah dua kali Muhyiddin bersama Najib. Ini sudah isyarat jelas najib mahu Muhyiddin jadi timbalannya dan bukannya Mohd. Ali Rustam atau Muhammad Muhd. Taib.

Jika perwakilan patuh kepada Najib, maka mereka hendaklah mengundi Muhyiddin. Bagaimana pun terpulang kepada perwakilan membuat keputusan.