Rabu, Januari 28, 2009

TAK PERLU KOMPROMI


UMNO Bahagian Besut mencadangkan supaya diadakan kompromi antara tiga calon Naib Timbalan Presiden UMNO iaitu Muhyiddin Yassin, Muhammad Muhd. Taib dan Ali Rustam.


Menurut Ketua UMNO Bahagian Besut, Idris Jusoh, kompromi perlu dibuat kerana ia merupakan jawatan kedua penting dalam parti. Pada hemat saya, pertandingan Timbalan Presiden UMNO tidak memecahkan parti kerana ia pernah ditandingi pada tahun 1981 dan 1984. Oleh itu kenapa perlu ada kompromi?


Biarlah perwakilan menentukan siapa yang layak duduk di kerusi itu sama ada Muhyiddin atau Muhammad atau Ali. Kenapa Idris bercakap soal kompromi sekarang? Sedangkan masa perlantikan Menteri Besar Terengganu pada Mac 2008, beliau tidak kompromi pun dengan Ahmad Said yang dipilih oleh istana sebagai Menteri Besar.


Sebaliknya beliau kurung 21 ADUN untuk menyokongnya sebagai Menteri Besar dan berpindah randah dari satu hotel ke satu hotel di Kuala Lumpur. Akhirnya Pak Lah yang menyokong Idris terpaksa tunduk kepada istana yang mahukan Ahmad Said sebagai Menteri Besar. Kenapa pada isu orang lain, Idris nampak soal kompromi. Sebaliknya isu yang melibatkan batang hidungnya sendiri, beliau tidak kompromi hingga sanggup mengarahkan buat sepanduk " Natang, kami mahu Idris".


Jadi Muhammad atau Ali tidak perlu beri laluan percuma kepada Muhyiddin walaupun Mihyiddin mendapat pencalonan yang selesa. Biarlah perwakilan yang menentukan masa depan negara. Mereka berhak memilih Timbalan Presiden untuk bergading dengan Najib mulai akhir Mac ini.