Isnin, Januari 26, 2009

TAJOL MUNAFIK PUNCA NASARUDIN MASUK PKR


Sudah dua hari saya tidak update blog saya kerana kebetulan saya hadiri majlis perkahwinan sepupu saya di Benta, Pahang pada hari Sabtu lalu. Saya cari cyber cafe di pekan Benta yang kecil itu tetapi di situ tiada cyber cafe jadi saya tidak dapat up-date blog saya.


Sepupu saya, Adik Na nikah dengan orang Kg. Budu, Junaidy. Katanya, Budu melahirkan ramai pemimpin UMNO seperti Tan Sri Zuki Kamaluddin, arwah Datuk Mazlan Idris yang dikerat 18 oleh Mona Fendi, Datuk Suhaimi Ibrahim dan Datuk Sofie Tan Sri Razak.


Seronok juga berada di Benta. Tenang sekejap fikiran saya meninggalkan Kuala Lumpur yang sibuk dengan trafik jam dan pelbagai masalahnya.


Saya terkejut bila membaca berita ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim menyertai PKR. Saya pernah wawancaranya pada tahun lepas ketika beliau menjadi Pengerusi FELCRA. Jika beliau kekal di parlimen Parit, mungkin beliau jadi timbalan menteri jika menang semula.
Malah saya masih ingat janji Menteri Besar Perak, Datuk Seri Tajol Rosli bahawa beliau akan dikekalkan sebagai Pengerusi FELCA jika menang semula di Bota. Tajol tak janji nak lantiknya sebagai Exco Perak jika BN kekal memerintah Perak. Janji untuk kekalkan Pengerusi FELCRA tidak dilaksanakan, manalah Nasaruddin tidak marah. Sebaliknya jawatan itu diberi kepada Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajudin Abdul Rahman. Punca Tajol munafik menyebabkan Nasaruddin masuk PKR. Mungkir janji adalah ciri-ciri orang munafik.


Nasaruddin kecewa dan beliau sertai PKR kerana katanya bila menyertai parti kerajaan negeri mudah untuk bantu rakyat.


Sepatutnya selepas BN kalah di Perak, Tajol letaklah jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Perak dan beri laluan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memimpin UMNO Perak.


Tajol kena ikut jejak langkah Datuk Seri Dr. Khir Toyo yang meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor selepas BN kalah di Selangor. Macam mana BN nak menang semula di Perak kalau Tajol masih pimpin UMNO Perak? Bila ADUN BN melompat, ia telah memalukan Tajol sendiri. Oleh itu lebih baik Tajol letak jawatan sahaja.


Saya ingin ucapkan terima kasih kepada Utusan Malaysia hari ini yang mempromosi blog saya dalam Utusan hari ini yang memetik ulasan saya mengenai kes Kugen. Ada timbalan menteri marah kepada Ketua Polis Selangor kerana sebut namanya dalam sidang akhbar seolah-olah menggambarkan beliau seorang gangster. Katanya, kenapa tak call dia. Saya ingin bertanya kepada timbalan menteri berkenaan, kenapa tak call Pengarah Hospital Serdang? Awak kan timbalan menteri. Kenapa perlu serbu rumah mayat. Kalau timbalan menteri call Pengarah Hospital, takkan Pengarah Hospital tak layan.


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid berkata jangan ganggu siasatan polis. Jika terbukti dua timbalan menteri ini bersalah, Pak Lah hendaklah pecat mereka dari kabinet. Biar mereka terima pengajaran dari peristiwa membelakangi undang-undang ini.


Hari ini Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam meminta kerajaan menambah bilangan anggota polis India untuk menyelesaikan kes jenayah di kawasan orang India. Saya kira tak perlu tambah. Jika timbalan menteri India tidak ikut peraturan, bila orang India dilantik polis, mereka tak ikut peraturan juga seperti yang sering dilihat dalam filem Tamil. Oleh itu tak perlulah ramai orang India dalam pasukan polis.