Sabtu, Oktober 20, 2012

KENAPA WANITA MCA TAKUT PADA HUDUD?

Pengerusi Wanita MCA Kebangsaan Yu Chok Tow menyuarakan kebimbangan terhadap kemungkinan semua anggota parlimen yang beragama Islam, termasuk daripada Umno, terikat secara tanggungjawab untuk menyokong cadangan hudud PAS sekiranya Pakatan Rakyat menawan Putrajaya. mca wanita agm 201012 02"(DAP ) dakwa PAS tidak mungkin boleh usahakan pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk laksanakan hudud, tetapi hakikatnya, daripada 222 kerusi parlimen, sebanyak 133 diduduki oleh anggota parlimen yang beragama Islam," katanya dalam ucapan pembukaan di Persidangan Agung Wanita MCA di Kuala Lumpur. "Ekoran pertimbangan agama, anggota parlimen Umno dan PKR tiada pilihan selain menyokong rang undang-undang (hudud), sekali gus membuka jalan kepada keperluan dua pertiga untuk pindaan perlembagaan." Walaupun mengakui anggota parlimen beragama Islam masih kurang 15 kerusi untuk mendapatkan majoriti 2/3, Yu menegaskan hudud akan dilaksana sekiranya pindaan perlembagaan dibentangkan. Sehubungan itu, tambahnya, Malaysia akan bertukar menjadi negara teokratik sekiranya mengundi Pakatan.

Jumaat, Oktober 19, 2012

PERKASA KATA HARAM UNDI MCA

Kumpulan pendesak Melayu PERKASA hari ini membayangkan haram bagi umat Islam untuk mengundi MCA dalam pilihan raya ekoran kenyataan terbarunya berhubung hudud yang didakwa menghina Islam. Setiausaha agungnya Syed Hassan Syed Ali berkata, walaupun PERKASA memutuskan untuk memenangkan BN dalam pilihan raya umum depan, tidak bermakna ketetapan itu tidak boleh berubah terhadap calon MCA. "Soal Islam, tiada kompromi daripada PERKASA. Haram umat Islam dalam PERKASA memilih pihak yang menghina Islam," kata Syed Hassan (kanan). "Sudah berkali-kali PERKASA ingatkan MCA supaya jangan hina Islam dan mana-mana pihak pun jangan sesekali politikan Islam. (Presiden MCA Dr) Soi Lek masih ada masa untuk tarik balik kenyataannya itu sebelum terlambat. Syed Hassan berkata, walaupun anggotanya tidak akan mengundi PKR atau DAP, pasti terdetik di hati mereka ''pastinya haram bagiku memilih MCA kerana mereka menghina agama Islamku, jadi apa perlu aku keluar mengundi''. Dr Chua semalam mendakwa seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan kehilangan kerja sekiranya PAS melaksanakan hudud di Malaysia. Memetik SMS oleh individu tidak dikenali, beliau menyenaraikan pelbagai industri yang didakwa akan terjejas, termasuk resort perjudian Genting Highlands, pusat pertaruhan dan rumah urut. Apa tujuan Soi Lek? Dalam kenyataannya hari ini, Syed Hassan juga membangkitkan persoalan tujuan kenyataan Dr Chua yang menyentuh isu sensitif itu sedangkan pemimpin veteran itu sudah lama bersama dengan "rakan Islam". "Apakah kita mahu berlaku di sini? Umat Islam wajib pertahankan hukum hudud yang
Menyentuh kenyataan Dr Chua itu, Syed Hasan membidasnya, hudud tuntutan Islam tidak akan membuatkan rakyat hilang pekerjaan, malah memberi banyak peluang pekerjaan. Justeru, katanya lagi, Chua lebih baik berdiam diri kerana beliau didakwa tidak faham apa itu hukum hudud sebenarnya. "Seorang bukan Islam adalah lebih baik tidak menyentuh hukum Islam lebih-lebih lagi di Malaysia," katanya melalui SMS ketika dihubungi Malaysiakini hari ini. Syed Hassan juga mengingatkan supaya perkara sensitif tidak diusik, termasuk yang melibatkan agama bukan Islam, kerana ia pasti mendatangkan kemarahan pihak lain. "Banyak terjadi di sesetengah negara luar, isu agama boleh jadi huru hara sehingga bunuh membunuh antara penganut agama berlainan." katanya lagi.

Isnin, Oktober 15, 2012

KELANTAN TIDAK PUNYA KUASA

Kerajaan Pas Kelantan tidak mempunyai kuasa ke atas penemuan sebarang sumber asli di luar tiga batu nautika dari pantai negeri ini. Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, hanya Kerajaan Persekutuan yang mempunyai kuasa penuh sekiranya sumber asli tersebut ditemui di luar daripada jarak berkenaan. Menurutnya, sempadan bagi menentukan kekuasaan di antara negeri dan Kerajaan Pusat itu ditentukan ketika penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada Februari 1948. "Untuk menjelaskan soal ini, selain daripada sempadan yang dibuat di peringkat pemisahan negeri dan negeri lain, maka di seberang laut atau pun di pesisiran air telah pun ditentukan supaya kekuasaan negeri berkenaan dilanjutkan sehingga tiga batu nautika. "Selebihnya akan dikuasai oleh Kerajaan Pusat. Kalau ada sebarang penemuan sama ada bijih timah atau pun apa juga yang berfaedah, kalau ditemui dalam kawasan kurang daripada tiga batu nautika maka ia menjadi hak dan milik negeri tetapi kalau ditemui di luar tiga batu nautika, ia menjadi hak dan milik Kerajaan Persekutuan seperti ditentukan pada 1948 itu," katanya. Beliau berkata demikian ketika dipetik daripada video yang bertajuk, Tengku Razaleigh 2012 - Tunaikanlah Apa Yang Dalam Perjanjian (Royalti) di http://www.youtube.com/watch?v>nM-9q6N_NU0. Video berdurasi 12 minit itu dimuat naik di laman Youtube oleh Signal On pada 3 Oktober lalu. Sebelum ini, Kerajaan Pas Kelantan mendakwa, mereka berhak mendapatkan royalti hasil daripada minyak yang dikeluarkan oleh Petronas kerana ia terletak dalam perairan negeri itu. Perkara itu kemudiannya menjadi polemik yang berpanjangan apabila pemimpin Pas memainkan sentimen di atas pentas ceramah biarpun ia telah dibawa ke mahkamah untuk diadili. Kesemua telaga minyak yang dituntut oleh Kerajaan Pas Kelantan berada lebih 60 batu nautika dari pantai negeri ini. Sementara itu, Tengku Razaleigh yang juga bekas Pengerusi Petronas berkata, beliau telah ditugaskan untuk berunding dengan kerajaan Sarawak ketika penubuhan awal syarikat tersebut selepas timbul pertikaian. "Saya telah dikirim oleh Kerajaan Pusat untuk berunding dengan Ketua Menteri Sarawak ketika itu, Tun Abdul Rahman Yaakob dan saya telah berjaya mendapat persetujuan dalam rundingan itu supaya kita menyelesaikan perkara yang dibangkitkan di Mahkamah Kuala Lumpur. "Segala-galanya ditentukan dengan persetujuan yang dibuat apabila kita meletak hak masing-masing sama ada pusat dan negeri dalam satu badan yang dinamakan Petronas. "Dengan sokongan kerajaan negeri, Sarawak telah mencadangkan juga supaya Petronas yang akan dibentuk ketika itu akan membayar lima peratus kepada kerajaan Negeri Sarawak dan untuk menjaga keseimbangan antara negeri dan pusat, Kerajaan Pusat juga meletak hak minyak mereka dalam Petronas dan mendapat bayaran yang sama iaitu lima peratus," katanya. Beliau turut diminta supaya berunding dengan setiap negeri di Tanah Melayu pada ketika itu untuk penubuhan Petronas.

Ahad, Oktober 07, 2012

SOROS SEKAT PENGARUH CHINA

Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin mendakwa jutawan George Soros mendanai kumpulan antikerajaan bagi menyekat pengaruh China sebagai kuasa ekonomi dunia. "Suaram terima dana luar untuk operasi tentang kerajaan dan hasut rakyat. "Soros dikenal pasti (dan) jatuhkan kerajaan di beberapa negara seperti Mesir dan Iraq dan hasut rakyat di sana untuk bangkit menentang kerajaan. "(Dia) guna cara sama di Malaysia dan pilih Malaysia sebab strategik untuk halang China kembangkan ekonomi di abad ke-21. "Ini strategi Amerika Syarikat," katanya sewaktu perbahasan Bajet 2013 di Parlimen tiga hari lalu. Bangkit menyokong beliau Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahalan. Menurutnya, kuasa-kuasa luar yang menghulurkan bantuan kepada negara ini akan kembali menuntut budi mereka dibalas bagi memenuhi agenda mereka. "Ada masa sumber ini minta 'dividen' - (dan tanya) dulu saya tolong kamu, apa boleh kamu buat untuk saya? "Kita tak musuhi semua pihak, tetapi (tindakan) mempengaruhi rakyat dan menggambarkan kerajaan sangat zalim, membahayakan keselamatan kita," katanya. Manakala ahli Parlimen Jempol, Datuk Lilah Yasin pula mengaitkan kuasa-kuasa luar itu dengan kedudukan naik turun saham di Malaysia. Sementara itu, anggota Parlimen BN turut mengambil kesempatan menghentam portal berita bebas Malaysiakini. "Kita tidak minta semua blog dan media sokong kerajaan. Tetapi jangan hari-hari memfitnah, (seolah-olah) tiada kerja lain. "Gunakan apa-apa yang ada. Malaysiakini harus dipanggil (ke muka pengadilan), dan undang-undang ada (untuk tujuan ini)," kata Bung Mokhtar.

PEGUAM DIJEMPUT UNTUK POLITIK

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Ketua Audit Negara telah memperjelaskan pembelian kapal selam Scorpene mengikut prosedur perundangan dan laporan rasminya harus diterima pakai oleh semua pihak. Mengulas usaha pihak pembangkang untuk menjemput peguam dari Perancis, William Bourdon, untuk memberi taklimat kepada anggota Parlimen mengenai urus niaga kapal itu, Zahid berharap pihak tertentu supaya jangan cuba menyeleweng fakta yang sedia ada. Beliau berpendapat peguam itu dijemput oleh pihak pembangkang semata-mata untuk urusan politik bukannya atas urusan perundangan. Zahid memberitahu pemberita selepas merasmikan Temasya Sukan Sekolah Agama Rakyat Al-Ulum Al Tarbiah, Kampung Tanah Lalang di Bagan Datok, semalam. Ahmad Zahid berkata pembelian kapal selam itu harus dilihat dari aspek program 'offset', latihan dan jaminan mutu kerja untuk tempoh tertentu dan isu ini adalah perkara lama yang sengaja dibangkitkan semula untuk menimbulkan kemarahan dan mengelirukan pemikiran rakyat. Ditanya mengenai perkara lain iaitu permintaan elaun RM500 setiap bulan oleh veteran tentera zaman darurat, beliau terserah kepada budi bicara Perdana Menteri untuk menunaikannya sekiranya kerajaan berkemampuan melakukan demikian. "Permintaan elaun tetap RM500 sebulan adalah sesuatu yang berat untuk dilakukan oleh kerajaan. Kita harus bersyukur dengan pemberian saguhati RM1,000 yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2013 sebagai tanda kerajaan menghargai sumbangan veteran tentera yang bertugas semasa darurat," katanya. - Bernama

Sabtu, Oktober 06, 2012

KJ CADANG KERAJAAN GUBAL SISTEM SUBSIDI BARU

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata sistem subsidi sedia ada perlu dihentikan kerana mereka yang tidak sepatutnya turut mendapat manfaat daripada usaha kerajaan membantu rakyat tidak berkemampuan. Beliau menyarankan kerajaan menjalankan kajian untuk menambah baik sistem subsidi dan memastikan hanya yang benar-benar layak menerima keistimewaan itu. Jika sistem yang lebih efisien dilaksana, peruntukan subsidi yang sekarang dinikmati golongan tidak sepatutnya boleh dimanfaat untuk pembangunan negara, katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Parti-parti Politik Asia (ICAPP), hari ini. Beliau juga berkata kajian perlu agar rakyat "tidak terkejut" jika pemberian subsidi diberhentikan secara tiba-tiba. Pada 20 Januari lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilapor berkata kerajaan dijangka menanggung bebanan subsidi berjumlah RM18.92 bilion bagi barang-barang kawalan bersubsidi pada tahun ini. Ditanya mekanisma yang boleh diguna untuk tujuan itu, Khairy berkata kerajaan boleh mengunakan maklumat golongan yang kurang berkemampuan melalui pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). "Kita akan guna maklumat hasil pemberian BR1M bagi memastikan sistem yang akan mengantikan sistem sekarang akan memanfaatkan mereka yang berpendapatan kurang dari RM3,000 sahaja dan ia untuk peringkat permulaan. "Melalui pemberian subsidi yang sistematik saya yakin jumlah wang untuk subsidi mampu dikurangkan dan boleh digunakan untuk membuat program mesra rakyat seperti pembangunan luar bandar," katanya. Sementara itu, Khairy memaklumkan Majlis Jawatankuasa IPACC telah bersetuju untuk menubuhkan Sayap Orang Muda yang akan berpangkalan di Kuala Lumpur dalam masa terdekat. "Ini satu peluang untuk kita memainkan peranan di peringkat antarabangsa dan kita bercadang menjemput pemimpin-pemimpin muda dari seluruh Asia, tidak sahaja kepada pemimpin parti yang memerintah tetapi juga parti pembangkang termasuklah pemimpin muda parti pembangkang di negara kita untuk terlibat sama dalam Sekretariat Sayap Orang Muda ICAPP," katanya. ICAPP ialah forum melibatkan parti pemerintah, pembangkang dan bebas dari rantau Asia-Oceania dan ditubuhkan di Manila, Filipina pada September 2000. Persidangan ICAPP di sini itu dihadiri 26 delegasi dari 11 negara dan 11 parti politik. Delegasi Malaysia diketuai anggota Majlis Tertinggi Umno dan bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim.

Jumaat, Oktober 05, 2012

PPR DI KELANTAN SUKAR DILAKSANAKAN

Program Perumahan Rakyat (PPR) yang diwujudkan oleh Kerajaan Persekutuan sukar untuk dilaksanakan di negeri Kelantan disebabkan masalah tanah. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung berkata, skim tersebut akan dapat dilaksanakan sekiranya Kerajaan Pas Kelantan memberikan sumbangan iaitu tanah untuk pembinaan rumah di bawah program berkenaan. Menurutnya, sumbangan itu amat penting bagi menjimatkan kos pembinaan rumah terbabit bagi memastikan ia mampu untuk dimiliki oleh golongan berpendapatan rendah. “Bagi skim PPR di negeri-negeri, lazimnya tanah disumbangkan oleh kerajaan negeri. Ada sesetengah negeri tidak ada tanah untuk dibangunkan perumahan PPR. “Jika tidak ada tanah sukar untuk kita bina rumah kerana ia akan menambah kos pembangunan. Jadi, negeri yang ada tanah kita akan bina dahulu, itu keutamaan kita, bagaimanapun bermula tahun depan kita akan membeli tanah untuk membina perumahan ini kerana rumah ini sudah boleh dijual," katanya ketika melawat projek PPR Gua Musang.

Khamis, Oktober 04, 2012

BERI KEUTAMAAN KEPADA ANAK TEMPATAN

Pengerusi Perkasa Daerah Kemaman, Zulkifli Ngah berpendapat sudah sampai masanya bagi DUN Air Putih, Kemaman diberi semula kepada anak tempatan. Menurut beliau, kali pertama dan terakhir ADUN tersebut diwakili anak tempatan dari tahun 1986 hingga 1999 (Haji Harun Hassan) selama tiga penggal. Pada tahun 1999, kerusi itu ditandingi anak Kijal, Dr Ramli Taib tetapi tewas kepada calon PAS, Haji Ismail Harun. Pada tahun 2004, anak Chukai, Wan Ahmad Nizam Wan Hamid dipilih sebagai calon BN Air Putih dan menang tapi digugurkan pada pilihanraya umum 2008 yang ditandingi anak Chukai juga, Wan Hakim Tan Sri Wan Mokhtar. Wan Hakim menang dan prestasinya dikatakan kurang disenangi pengundi tua. Sebaliknya beliau berjaya menambat golongan muda dengan berbasikal masuk kampung menemui rakyat. Pada pilihanraya umum akan datang Wan Hakim dikatakan akan dicalonkan di DUN Chukai kawasan lama ayahandanya, Wan Mokhtar yang juga bekas Menteri Besar Terengganu. Zulkifi berpendapat jika Wan Hakim dipindahkan ke DUN Chukai, sudah sampai masanya bagi pucuk pimpinan memilih anak tempatan sebagai calon BN. Di antara nama-nama yang disebut ialah Zulkifli Sulong, Tuan Kecil Tuan Tengah dan Jantan Mohamad. Manakala orang luar yang turut popular ialah Wan Ahmad Nizam, Rosli Ahmad dan Wan Hakim selaku penyandang jawatan. "Hanya anak tempatan yang memahami kehendak rakyat Air Putih," tegas Zulkifli Ngah lagi.