Sabtu, Disember 22, 2012

ZAM PATUT MINTA MAAF KEPADA HABIBIE

Bekas Menteri Penerangan, Datuk Zainuddin Maidin patut minta maaf kepada bekas Presiden Indonesia,BJ Habibie kerana mengatakannya sebagai pengkhianat. Walaupun ia dianggap sebagai pandangan peribadi, tetapi apabila menghina bekas Presiden sebuah negara, ia memang tidak patut disiarkan oleh akhbar Mingguan Malaysia (adik beradik Utusan Malaysia) yang dianggap sebagai Utusan Fitnah (kerana banyak kes saman fitnah). Katakan bekas menteri Indonesia menghina bekas Perdana Menteri kita, Tunku Abdul Rahman adakah kita tidak marah? Oleh itu Zam harus sedar beliau adalah bekas menteri, maka beliau tidak wajar menuduh bekas Presiden negara jiran dengan tuduhan sebegitu rupa. Inilah akibatnya orang yang tak layak jadi menteri dilantik menteri dan orang yang tak layak jadi Ketua Pengarang akhbar dilantik Ketua Pengarang. Seorang stringer boleh jadi Ketua Pengarang? Hebat sangatkah Zam? Zam lulus universiti mana kalau tidak ampu dan bodek sehingga dapat jadi Ketua Pengarang sebuah akhbar harian. Kalau dia hebat, dia sudah jadi Ketua Umno Bahagian Merbok sebaliknya jadi ahli parlimen Merbok sahaja tanpa jadi orang kanan dalam parti. Oleh itu sebagai bekas menteri, beliau perlu berhati-hati menulis di lain kali supaya tidak menyinggung perasaan rakyat Indonesia.

Ahad, Disember 16, 2012

KOS AMBIL PEKERJA ASING LEBIH RENDAH

Cadangan supaya pengambilan pekerja asing dilakukan sepenuhnya menerusi kerjasama antara kerajaan dengan kerajaan tanpa melibatkan agensi boleh meringankan beban rakyat. Pengerusi Biro Antarabangsa Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM), Fakhrul Azman Abu Bakar berkata, melalui cara itu para majikan dapat membayar kos pengambilan pekerja asing lebih rendah iaitu bersesuaian dengan kemampuan mereka. "Majikan yang ingin mengambil pekerja asing mampu membayar kos tersebut sekitar RM3,000 apabila urusan pengambilan diuruskan secara terus antara dua kerajaan. "Saya yakin rakyat akan menyokong penuh cadangan ini kerana agensi pekerja asing mengenakan bayaran terlampau tinggi seolah-olah mahu mencekik darah pelanggan," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini. ...

Jumaat, Disember 14, 2012

KU LI SERAH KEPADA PUCUK PIMPINAN

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti bagi menentukan sama ada beliau layak bertanding atau sebaliknya sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti. Beliau berkata, pucuk pimpinan di Kuala Lumpur sahaja yang boleh membuat sebarang keputusan tetapi walau apapun keputusan, beliau tetap akan bekerja kuat sepanjang masa untuk menentukan kemenangan BN. “Saya tidak mempunyai kuasa bagi menentukan soal calon termasuk diri saya dan terserahlah kepada pucuk pimpinan atasan yang membuat keputusannya bagi menghadapi PRU-13 nanti," katanya ketika berucap pada majlis Mesra Bersama Pengundi Wanita di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Meranto, di sini, hari ini. Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan sumbangan kepada golongan wanita yang bekerja kuat untuk parti. Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Mat Yusoff Abdul Ghani dan ADUN Galas, Ab. Aziz Yusof. Tengku Razaleigh yang juga Ketua UMNO Gua Musang berkata, bekerja keras bagi kemenangan parti itu adalah tanggungjawab semua pemimpin dan anggota bagi memastikan BN terus mendapat mandat daripada rakyat. Beliau berkata, pada Perhimpunan Agung UMNO di Kuala Lumpur baru-baru ini, Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak memberi semangat baharu kepada semua perwakilan untuk menggerakkan jenteranya di semua peringkat. “Oleh itu, kita di bahagian Gua Musang juga telah bersiap sedia untuk menghadapi PRU-13 pada bila-bila masa termasuk menggerakkan jentera bagi memastikan kerusi BN Parlimen Gua Musang bersama tiga kerusi DUN kekal menang. “Tidak ada sebab bagi rakyat menolaknya jika kita bekerja kuat untuk memperjuangkan nasib mereka kerana kini terbukti kerajaan BN mampu melakukan segala perubahan bagi faedah semua rakyat di negara ini," katanya. Katanya, bagi kerusi Parlimen Gua Musang bersama DUN Nenggiri, Paloh dan Galas mungkin tidak menghadapi sebarang masalah mengekalkan kemenangan. - BERNAMA

Jumaat, Disember 07, 2012

MUSA MAKIN MENGARUT

Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata Akta Perhimpunan Aman 2011 mungkin menjadi punca kepada insiden keganasan politik seperti yang berlaku di Gombak baru-baru ini oleh kerana kuasa polis untuk memantau sudah berkurangan. "Saya rasa... berkemungkinanlah because why (sebab apa), polis dah tak boleh nak pantau lagi keadaan itu. "Tetapi saya merasakan dalam keadaan begitu, polis kena berhati-hatilah untuk menentukan keselamatan orang di tempat-tempat ceramah," kata Musa apabila ditemui oleh pemberita selepas acara 'Wacana Sinar Harian: Politik Samseng Kemana Maruah Kita?' di Shah Alam semalam. Musa menasihatkan agar semua pihak agar berpolitik dengan lebih matang dan pihak berkuasa tidak seharusnya membiarkan kumpulan politik yang berbeza berceramah secara bersebelahan. "Tetapi saya ingin menasihatkanlah, kalau ada ceramah politik, janganlah bergaduh, tak elok, malu orang tengok. "Ini pasal nak bagi tau masyarakat tentang apa you nak buat, bergaduh buat apa, toksah bergaduhlah kan. "Ceramah sebelah-sebelah tak boleh sebenarnya. Masa saya bertugas dulu, walaupun saya Inspektor dulupun, di Melaka kita ada pilihan raya tidak akan dibenarkan (ceramah) sebelah-sebelah. "Ini akan mewujudkan pergaduhan, provokasi. Apabila ditanya mengapa sekarang ceramah secara bersebelahan diantara parti politik yang berlawan, beliau menjawab: "Itu tak tahulah nak cakap, itu kena tanya orang yang membenarkan." Ulasan saya, sesuatu akta yang melibatkan polis, sudah tentu KPN turut bincang sama. Adakah ia diluluskan di zaman KPN sekarang? Jika di zaman KPN sekarang, Musa tidak terlibat. Jika akta ini dibuat di zaman Musa, adakah Musa akan menentangnya? Bila dah pencen, tak payah Tan Sri
buat kenyataan yang bercanggah. Lebih baik duduk diam sahaja. Lagi banyak anda bercakap Tan Sri semakin keliru rakyat apatah lagi anda adalah bekas KPN. Ikutlah rasmni Tun Hanif Omar yang tidak cakap banyak.

Khamis, November 29, 2012

BN KALAH TRAGEDI 13 MEI BERULANG?

Dalam ucapan dasarnya, Datuk Seri Shahrizat Jalil memberi amaran tentang kemungkinan berulangnya tragedi berdarah 13 Mei 1969 jika Umno kehilangan kuasa selepas pilihan raya umum akan datang. “Jika kita tidak lagi ditampuk kuasa, maka kestabilan politik negara akan goyang. “Pastinya kaum Melayu yang menjadi rakyat majoriti di negara kita tidak akan senang. “Saya bimbang dan khuatir ini mungkin akan membawa kepada ketegangan kaum yang boleh mengundang kembali tragedi 13 Mei 1969. “Mahukah kita melihat keadaan jijik tersebut berlaku lagi dalam negara kita? Kita pastinya tidak mahu,” kata ketua wanita Umno itu dalam ucapan dasarnya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini. Shahrizat meminta delegasi Wanita Umno mencari jalan untuk mengatasi sebelum apa yang beliau katakan itu berlaku. “Kata doktor, barah jika dirawat dari awal kurang menyakitkan. “Jika dibiarkan ia akan terus merebak menjadi barah yang membahayakan, menyakitkan dan seterusnya boleh membunuh. “Kita mesti berani mengambil tindakan yang tegas untuk kebaikan parti kita kerana ‘luas tentu bertepi dan panjang tentunya berpenghujung,” kata bekas ahli parlimen Lembah Pantai itu lagi. Perhimpunan Agung Umno berjalan selama lima hari dari 27 November sehingga 1 Disember

Sabtu, Oktober 20, 2012

KENAPA WANITA MCA TAKUT PADA HUDUD?

Pengerusi Wanita MCA Kebangsaan Yu Chok Tow menyuarakan kebimbangan terhadap kemungkinan semua anggota parlimen yang beragama Islam, termasuk daripada Umno, terikat secara tanggungjawab untuk menyokong cadangan hudud PAS sekiranya Pakatan Rakyat menawan Putrajaya. mca wanita agm 201012 02"(DAP ) dakwa PAS tidak mungkin boleh usahakan pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk laksanakan hudud, tetapi hakikatnya, daripada 222 kerusi parlimen, sebanyak 133 diduduki oleh anggota parlimen yang beragama Islam," katanya dalam ucapan pembukaan di Persidangan Agung Wanita MCA di Kuala Lumpur. "Ekoran pertimbangan agama, anggota parlimen Umno dan PKR tiada pilihan selain menyokong rang undang-undang (hudud), sekali gus membuka jalan kepada keperluan dua pertiga untuk pindaan perlembagaan." Walaupun mengakui anggota parlimen beragama Islam masih kurang 15 kerusi untuk mendapatkan majoriti 2/3, Yu menegaskan hudud akan dilaksana sekiranya pindaan perlembagaan dibentangkan. Sehubungan itu, tambahnya, Malaysia akan bertukar menjadi negara teokratik sekiranya mengundi Pakatan.

Jumaat, Oktober 19, 2012

PERKASA KATA HARAM UNDI MCA

Kumpulan pendesak Melayu PERKASA hari ini membayangkan haram bagi umat Islam untuk mengundi MCA dalam pilihan raya ekoran kenyataan terbarunya berhubung hudud yang didakwa menghina Islam. Setiausaha agungnya Syed Hassan Syed Ali berkata, walaupun PERKASA memutuskan untuk memenangkan BN dalam pilihan raya umum depan, tidak bermakna ketetapan itu tidak boleh berubah terhadap calon MCA. "Soal Islam, tiada kompromi daripada PERKASA. Haram umat Islam dalam PERKASA memilih pihak yang menghina Islam," kata Syed Hassan (kanan). "Sudah berkali-kali PERKASA ingatkan MCA supaya jangan hina Islam dan mana-mana pihak pun jangan sesekali politikan Islam. (Presiden MCA Dr) Soi Lek masih ada masa untuk tarik balik kenyataannya itu sebelum terlambat. Syed Hassan berkata, walaupun anggotanya tidak akan mengundi PKR atau DAP, pasti terdetik di hati mereka ''pastinya haram bagiku memilih MCA kerana mereka menghina agama Islamku, jadi apa perlu aku keluar mengundi''. Dr Chua semalam mendakwa seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan kehilangan kerja sekiranya PAS melaksanakan hudud di Malaysia. Memetik SMS oleh individu tidak dikenali, beliau menyenaraikan pelbagai industri yang didakwa akan terjejas, termasuk resort perjudian Genting Highlands, pusat pertaruhan dan rumah urut. Apa tujuan Soi Lek? Dalam kenyataannya hari ini, Syed Hassan juga membangkitkan persoalan tujuan kenyataan Dr Chua yang menyentuh isu sensitif itu sedangkan pemimpin veteran itu sudah lama bersama dengan "rakan Islam". "Apakah kita mahu berlaku di sini? Umat Islam wajib pertahankan hukum hudud yang
Menyentuh kenyataan Dr Chua itu, Syed Hasan membidasnya, hudud tuntutan Islam tidak akan membuatkan rakyat hilang pekerjaan, malah memberi banyak peluang pekerjaan. Justeru, katanya lagi, Chua lebih baik berdiam diri kerana beliau didakwa tidak faham apa itu hukum hudud sebenarnya. "Seorang bukan Islam adalah lebih baik tidak menyentuh hukum Islam lebih-lebih lagi di Malaysia," katanya melalui SMS ketika dihubungi Malaysiakini hari ini. Syed Hassan juga mengingatkan supaya perkara sensitif tidak diusik, termasuk yang melibatkan agama bukan Islam, kerana ia pasti mendatangkan kemarahan pihak lain. "Banyak terjadi di sesetengah negara luar, isu agama boleh jadi huru hara sehingga bunuh membunuh antara penganut agama berlainan." katanya lagi.

Isnin, Oktober 15, 2012

KELANTAN TIDAK PUNYA KUASA

Kerajaan Pas Kelantan tidak mempunyai kuasa ke atas penemuan sebarang sumber asli di luar tiga batu nautika dari pantai negeri ini. Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, hanya Kerajaan Persekutuan yang mempunyai kuasa penuh sekiranya sumber asli tersebut ditemui di luar daripada jarak berkenaan. Menurutnya, sempadan bagi menentukan kekuasaan di antara negeri dan Kerajaan Pusat itu ditentukan ketika penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada Februari 1948. "Untuk menjelaskan soal ini, selain daripada sempadan yang dibuat di peringkat pemisahan negeri dan negeri lain, maka di seberang laut atau pun di pesisiran air telah pun ditentukan supaya kekuasaan negeri berkenaan dilanjutkan sehingga tiga batu nautika. "Selebihnya akan dikuasai oleh Kerajaan Pusat. Kalau ada sebarang penemuan sama ada bijih timah atau pun apa juga yang berfaedah, kalau ditemui dalam kawasan kurang daripada tiga batu nautika maka ia menjadi hak dan milik negeri tetapi kalau ditemui di luar tiga batu nautika, ia menjadi hak dan milik Kerajaan Persekutuan seperti ditentukan pada 1948 itu," katanya. Beliau berkata demikian ketika dipetik daripada video yang bertajuk, Tengku Razaleigh 2012 - Tunaikanlah Apa Yang Dalam Perjanjian (Royalti) di http://www.youtube.com/watch?v>nM-9q6N_NU0. Video berdurasi 12 minit itu dimuat naik di laman Youtube oleh Signal On pada 3 Oktober lalu. Sebelum ini, Kerajaan Pas Kelantan mendakwa, mereka berhak mendapatkan royalti hasil daripada minyak yang dikeluarkan oleh Petronas kerana ia terletak dalam perairan negeri itu. Perkara itu kemudiannya menjadi polemik yang berpanjangan apabila pemimpin Pas memainkan sentimen di atas pentas ceramah biarpun ia telah dibawa ke mahkamah untuk diadili. Kesemua telaga minyak yang dituntut oleh Kerajaan Pas Kelantan berada lebih 60 batu nautika dari pantai negeri ini. Sementara itu, Tengku Razaleigh yang juga bekas Pengerusi Petronas berkata, beliau telah ditugaskan untuk berunding dengan kerajaan Sarawak ketika penubuhan awal syarikat tersebut selepas timbul pertikaian. "Saya telah dikirim oleh Kerajaan Pusat untuk berunding dengan Ketua Menteri Sarawak ketika itu, Tun Abdul Rahman Yaakob dan saya telah berjaya mendapat persetujuan dalam rundingan itu supaya kita menyelesaikan perkara yang dibangkitkan di Mahkamah Kuala Lumpur. "Segala-galanya ditentukan dengan persetujuan yang dibuat apabila kita meletak hak masing-masing sama ada pusat dan negeri dalam satu badan yang dinamakan Petronas. "Dengan sokongan kerajaan negeri, Sarawak telah mencadangkan juga supaya Petronas yang akan dibentuk ketika itu akan membayar lima peratus kepada kerajaan Negeri Sarawak dan untuk menjaga keseimbangan antara negeri dan pusat, Kerajaan Pusat juga meletak hak minyak mereka dalam Petronas dan mendapat bayaran yang sama iaitu lima peratus," katanya. Beliau turut diminta supaya berunding dengan setiap negeri di Tanah Melayu pada ketika itu untuk penubuhan Petronas.

Ahad, Oktober 07, 2012

SOROS SEKAT PENGARUH CHINA

Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin mendakwa jutawan George Soros mendanai kumpulan antikerajaan bagi menyekat pengaruh China sebagai kuasa ekonomi dunia. "Suaram terima dana luar untuk operasi tentang kerajaan dan hasut rakyat. "Soros dikenal pasti (dan) jatuhkan kerajaan di beberapa negara seperti Mesir dan Iraq dan hasut rakyat di sana untuk bangkit menentang kerajaan. "(Dia) guna cara sama di Malaysia dan pilih Malaysia sebab strategik untuk halang China kembangkan ekonomi di abad ke-21. "Ini strategi Amerika Syarikat," katanya sewaktu perbahasan Bajet 2013 di Parlimen tiga hari lalu. Bangkit menyokong beliau Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahalan. Menurutnya, kuasa-kuasa luar yang menghulurkan bantuan kepada negara ini akan kembali menuntut budi mereka dibalas bagi memenuhi agenda mereka. "Ada masa sumber ini minta 'dividen' - (dan tanya) dulu saya tolong kamu, apa boleh kamu buat untuk saya? "Kita tak musuhi semua pihak, tetapi (tindakan) mempengaruhi rakyat dan menggambarkan kerajaan sangat zalim, membahayakan keselamatan kita," katanya. Manakala ahli Parlimen Jempol, Datuk Lilah Yasin pula mengaitkan kuasa-kuasa luar itu dengan kedudukan naik turun saham di Malaysia. Sementara itu, anggota Parlimen BN turut mengambil kesempatan menghentam portal berita bebas Malaysiakini. "Kita tidak minta semua blog dan media sokong kerajaan. Tetapi jangan hari-hari memfitnah, (seolah-olah) tiada kerja lain. "Gunakan apa-apa yang ada. Malaysiakini harus dipanggil (ke muka pengadilan), dan undang-undang ada (untuk tujuan ini)," kata Bung Mokhtar.

PEGUAM DIJEMPUT UNTUK POLITIK

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Ketua Audit Negara telah memperjelaskan pembelian kapal selam Scorpene mengikut prosedur perundangan dan laporan rasminya harus diterima pakai oleh semua pihak. Mengulas usaha pihak pembangkang untuk menjemput peguam dari Perancis, William Bourdon, untuk memberi taklimat kepada anggota Parlimen mengenai urus niaga kapal itu, Zahid berharap pihak tertentu supaya jangan cuba menyeleweng fakta yang sedia ada. Beliau berpendapat peguam itu dijemput oleh pihak pembangkang semata-mata untuk urusan politik bukannya atas urusan perundangan. Zahid memberitahu pemberita selepas merasmikan Temasya Sukan Sekolah Agama Rakyat Al-Ulum Al Tarbiah, Kampung Tanah Lalang di Bagan Datok, semalam. Ahmad Zahid berkata pembelian kapal selam itu harus dilihat dari aspek program 'offset', latihan dan jaminan mutu kerja untuk tempoh tertentu dan isu ini adalah perkara lama yang sengaja dibangkitkan semula untuk menimbulkan kemarahan dan mengelirukan pemikiran rakyat. Ditanya mengenai perkara lain iaitu permintaan elaun RM500 setiap bulan oleh veteran tentera zaman darurat, beliau terserah kepada budi bicara Perdana Menteri untuk menunaikannya sekiranya kerajaan berkemampuan melakukan demikian. "Permintaan elaun tetap RM500 sebulan adalah sesuatu yang berat untuk dilakukan oleh kerajaan. Kita harus bersyukur dengan pemberian saguhati RM1,000 yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2013 sebagai tanda kerajaan menghargai sumbangan veteran tentera yang bertugas semasa darurat," katanya. - Bernama

Sabtu, Oktober 06, 2012

KJ CADANG KERAJAAN GUBAL SISTEM SUBSIDI BARU

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata sistem subsidi sedia ada perlu dihentikan kerana mereka yang tidak sepatutnya turut mendapat manfaat daripada usaha kerajaan membantu rakyat tidak berkemampuan. Beliau menyarankan kerajaan menjalankan kajian untuk menambah baik sistem subsidi dan memastikan hanya yang benar-benar layak menerima keistimewaan itu. Jika sistem yang lebih efisien dilaksana, peruntukan subsidi yang sekarang dinikmati golongan tidak sepatutnya boleh dimanfaat untuk pembangunan negara, katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Parti-parti Politik Asia (ICAPP), hari ini. Beliau juga berkata kajian perlu agar rakyat "tidak terkejut" jika pemberian subsidi diberhentikan secara tiba-tiba. Pada 20 Januari lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilapor berkata kerajaan dijangka menanggung bebanan subsidi berjumlah RM18.92 bilion bagi barang-barang kawalan bersubsidi pada tahun ini. Ditanya mekanisma yang boleh diguna untuk tujuan itu, Khairy berkata kerajaan boleh mengunakan maklumat golongan yang kurang berkemampuan melalui pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). "Kita akan guna maklumat hasil pemberian BR1M bagi memastikan sistem yang akan mengantikan sistem sekarang akan memanfaatkan mereka yang berpendapatan kurang dari RM3,000 sahaja dan ia untuk peringkat permulaan. "Melalui pemberian subsidi yang sistematik saya yakin jumlah wang untuk subsidi mampu dikurangkan dan boleh digunakan untuk membuat program mesra rakyat seperti pembangunan luar bandar," katanya. Sementara itu, Khairy memaklumkan Majlis Jawatankuasa IPACC telah bersetuju untuk menubuhkan Sayap Orang Muda yang akan berpangkalan di Kuala Lumpur dalam masa terdekat. "Ini satu peluang untuk kita memainkan peranan di peringkat antarabangsa dan kita bercadang menjemput pemimpin-pemimpin muda dari seluruh Asia, tidak sahaja kepada pemimpin parti yang memerintah tetapi juga parti pembangkang termasuklah pemimpin muda parti pembangkang di negara kita untuk terlibat sama dalam Sekretariat Sayap Orang Muda ICAPP," katanya. ICAPP ialah forum melibatkan parti pemerintah, pembangkang dan bebas dari rantau Asia-Oceania dan ditubuhkan di Manila, Filipina pada September 2000. Persidangan ICAPP di sini itu dihadiri 26 delegasi dari 11 negara dan 11 parti politik. Delegasi Malaysia diketuai anggota Majlis Tertinggi Umno dan bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim.

Jumaat, Oktober 05, 2012

PPR DI KELANTAN SUKAR DILAKSANAKAN

Program Perumahan Rakyat (PPR) yang diwujudkan oleh Kerajaan Persekutuan sukar untuk dilaksanakan di negeri Kelantan disebabkan masalah tanah. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung berkata, skim tersebut akan dapat dilaksanakan sekiranya Kerajaan Pas Kelantan memberikan sumbangan iaitu tanah untuk pembinaan rumah di bawah program berkenaan. Menurutnya, sumbangan itu amat penting bagi menjimatkan kos pembinaan rumah terbabit bagi memastikan ia mampu untuk dimiliki oleh golongan berpendapatan rendah. “Bagi skim PPR di negeri-negeri, lazimnya tanah disumbangkan oleh kerajaan negeri. Ada sesetengah negeri tidak ada tanah untuk dibangunkan perumahan PPR. “Jika tidak ada tanah sukar untuk kita bina rumah kerana ia akan menambah kos pembangunan. Jadi, negeri yang ada tanah kita akan bina dahulu, itu keutamaan kita, bagaimanapun bermula tahun depan kita akan membeli tanah untuk membina perumahan ini kerana rumah ini sudah boleh dijual," katanya ketika melawat projek PPR Gua Musang.

Khamis, Oktober 04, 2012

BERI KEUTAMAAN KEPADA ANAK TEMPATAN

Pengerusi Perkasa Daerah Kemaman, Zulkifli Ngah berpendapat sudah sampai masanya bagi DUN Air Putih, Kemaman diberi semula kepada anak tempatan. Menurut beliau, kali pertama dan terakhir ADUN tersebut diwakili anak tempatan dari tahun 1986 hingga 1999 (Haji Harun Hassan) selama tiga penggal. Pada tahun 1999, kerusi itu ditandingi anak Kijal, Dr Ramli Taib tetapi tewas kepada calon PAS, Haji Ismail Harun. Pada tahun 2004, anak Chukai, Wan Ahmad Nizam Wan Hamid dipilih sebagai calon BN Air Putih dan menang tapi digugurkan pada pilihanraya umum 2008 yang ditandingi anak Chukai juga, Wan Hakim Tan Sri Wan Mokhtar. Wan Hakim menang dan prestasinya dikatakan kurang disenangi pengundi tua. Sebaliknya beliau berjaya menambat golongan muda dengan berbasikal masuk kampung menemui rakyat. Pada pilihanraya umum akan datang Wan Hakim dikatakan akan dicalonkan di DUN Chukai kawasan lama ayahandanya, Wan Mokhtar yang juga bekas Menteri Besar Terengganu. Zulkifi berpendapat jika Wan Hakim dipindahkan ke DUN Chukai, sudah sampai masanya bagi pucuk pimpinan memilih anak tempatan sebagai calon BN. Di antara nama-nama yang disebut ialah Zulkifli Sulong, Tuan Kecil Tuan Tengah dan Jantan Mohamad. Manakala orang luar yang turut popular ialah Wan Ahmad Nizam, Rosli Ahmad dan Wan Hakim selaku penyandang jawatan. "Hanya anak tempatan yang memahami kehendak rakyat Air Putih," tegas Zulkifli Ngah lagi.

Ahad, September 30, 2012

BILA PENGARAH FILEM JAHIL

UNTUK Tiga Hari menjadi filem kesebelas arahan Afdlin Shauki yang ditayangkan di pawagam. Kali terakhir ialah filem komedi kerjasama Thailand, Berani Punya Budak pada April lalu. Lazimnya kita dipertontonkan dengan filem-filem ilham Afdlin sendiri, antaranya Buli (2004), Papadom (2009) dan Misteri Jalan Lama (2011). Namun kali ini dia menggalas cabaran yang berbeza apabila mengerjakan naskhah adaptasi novel popular. Astro Shaw dan Tarantella Pictures sekali lagi merintis penghasilan filem-filem dari novel selepas Legenda Budak Setan (2010) tulisan asal Ahadiat Akashah dan Ombak Rindu (2011) nukilan Fauziah Ashari. Untuk Tiga Hari adalah sebuah lagi karya Ahadiat tetapi Afdlin bertindak sebagai penulis lakon layar untuk menyesuaikannya dengan bahasa filem dan durasi dua jam. Justeru, nuansa sentimental dan tragikal seperti dalam novel barangkali berubah apabila diambil alih oleh Afdlin. Affin dan Ujie yang sudah bercinta selama 15 tahun terpaksa berkahwin dengan jodoh pilihan keluarga masing-masing. Lebih-lebih lagi bagi Affin yang mana hidupnya ditentukan ibu sejak kecil. Demi memuaskan hati keluarga, Affin memutuskan agar mengikut apa saja yang dirancang tetapi dengan syarat. Mereka harus bercerai dengan pasangan masing-masing selepas tiga hari bernikah. Affin yakin dapat mengahwini Ujie selepas itu kerana sekurang-kurangnya telah menunaikan hasrat ibu. Menolak kontroversi yang sedang tercetus (pasangan pelakon Rashidi Ishak dan Vanidah Imran diminta rujuk status perkahwinan kerana dialog dalam filem ini), saya berasakan Untuk Tiga Hari mempunyai premis yang menarik. Manusia cuba mempermain-mainkan jodoh milik Tuhan dan menerima implikasinya. Saya tidak berkesempatan membaca novelnya tetapi di tangan Afdlin, Untuk Tiga Hari menjadi sebuah filem yang mempunyai sisi komedi yang kuat meskipun berdepan subjek yang berat. Afdlin mengekalkan ‘ciri-ciri lazimnya’ menerusi style skrip yang bersahaja, mengimbangi antara drama dan humor. Afdlin menjadikan filem ini seperti satu kursus perkahwinan apabila babak pembukaan, penutup dan beberapa babak di pertengahan menampilkan seorang ustaz yang sedang berceramah tentang hukum-hakam berumah tangga. Kerana sifat novel yang tebal, Afdlin meletakkan beberapa adegan imbas kembali untuk menceritakan latar belakang dan sejarah watak-watak penting. Afdlin tahu cara yang sesuai untuk menyusun perjalanan cerita agar setiap plot dirungkai dengan jelas dan penonton tidak akan tertanya-tanya. Filem ini bermula dengan satu keterujaan. Penonton seronok menyaksikan bagaimana Affin dan Ujie bertarung ‘melawan’ ketentuan akibat berpegang pada janji serta bagaimana mereka saling mengelak untuk disentuh pasangan masing-masing dan saling membalas mesej di telefon secara sembunyi. Menginjak ke pertengahan, saya merasakan momentum keseronokan itu mula berkurangan kerana isi yang mendatar. Peristiwa ‘hari kedua’ dirasakan terlalu panjang, ‘ditarik’ semata-mata untuk memenuhi masa. Ketika ini, penonton sudah dapat menangkap idea yang ingin disampaikan dan apa yang ingin diketahui seterusnya ialah jadi atau tidak Affin dan Ujie bercerai dengan pasangan masing-masing. Afdlin cuba memenuhi ruang di tengah-tengah dengan komedi tetapi dirasakan sedikit draggy. Begitupun, graf cerita kembali memuncak menjelang ke penghujung. Affin berdepan tekanan apabila mengetahui rahsia ibunya, tentang Ujie yang berubah fikiran, juga kesilapan Affin apabila menjatuhkan talak tiga terhadap isterinya. Keserasian di antara Vanidah dan Afdlin sebagai suami isteri pernah disaksikan menerusi filem Sepi (2008) arahan Kabir Bhatia. Mempunyai julat emosi tinggi rendah yang sama, keberkesanan lakonan terhasil secara semulajadi. Sebaliknya berlaku pada lakonan Rashidi dan Ayu Raudhah yang dirasakan agak terasing. Saya tidak pasti sama ada ia disengajakan kerana tuntutan karakter atau pasangan pelakon yang tersalah padanan. Menyentuh tentang pemilihan pelakon, saya tidak mahu menidakkan bakat Zizan Nin dan Dira Abu Bakar. Umum tahu mereka berkebolehan. Cuma saya merasakan Zizan terlalu berusia untuk melunaskan watak Affin semasa remaja. Begitu juga dengan Dira yang dilihat matang untuk karakter gadis 17 tahun. Di sebalik kelemahan-kelemahan kecil itu, Untuk Tiga Hari masih mempunyai weight dan kejituan sebagai sebuah filem. Ulasan saya, perkara cerai tak boleh dimain-main. Bila Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menegurnya maka Vanida dan Rashidi kena rujuk ke pejabat agama sama ada mereka ada lafaz cerai dalam filem itu. Ini bermakna pengarah filem jahil tentang hukum-hakam. Sebelum buat filem perkara ini hendaklah dirujuk kepada pakar agama supaya filem ini tidak menimbulkan kontroversi.
Biarpun menyelitkan beberapa elemen Hindustan dan Hollywood (contoh jenaka Affin yang mudah sakit pinggang, juga romantika suami Ujie yang tiba-tiba menyanyi secara acapella), filem ini masih sebuah drama serius yang mengajak penonton berfikir tentang takdir dan ketentuan.

Sabtu, September 22, 2012

DAH DAPAT UTAR, NAK KOLEJ UNIVERSITI TAR PULAK

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersetuju dan menyokong cadangan agar Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR) dinaik taraf menjadi kolej universiti. Pada masa sama, beliau turut memberi jaminan kerajaan akan terus menyalurkan peruntukan kewangan kepada KTAR walaupun setelah institusi itu dinaik taraf sebagai kolej universiti. "Permohonan agar KTAR dinaik taraf kepada kolej universiti sudah dikemukakan kepada Kabinet dan saya yakin kolej ini mampu memenuhi semua syarat ditetapkan untuk mencapai status itu. "Ini kerana kolej ini adalah lambang kepada akses pendidikan berkualiti apabila seramai 160,000 Alumni KTAR kini muncul sebagai modal insan yang berperanan dalam menyumbang kepada kemajuan negara. "Bagi kerajaan, kita memberi jaminan akan meneruskan bantuan kepada KTAR walaupun sudah dinaik taraf kepada kolej universiti kelak," katanya ketika berucap pada majlis Makan Malam Alumni KTAR, di sini malam ini. Hadir sama, Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek yang juga Pengerusi Majlis KTAR dan Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Kong Cho Ha. Dalam pada itu, Najib berkata, kerajaan telah menyalurkan bantuan sebanyak RM766 juta kepada KTAR dan ia bukti Barisan Nasional (BN) adalah sebuah kerajaan komited dalam usaha membangunkan bangsa Malaysia tanpa mengira keturunan atau warna kulit. Katanya, kerajaan sedar untuk menjayakan hasrat muncul sebagai sebuah negara maju berpendapatan tinggi, akses kepada pendidikan berkualiti perlu dipertingkatkan bagi melahirkan modal insan yang dapat menyumbang kepada cita-cita tersebut. "Inilah yang kita lakukan sejak mencapai kemerdekaan 55 tahun dahulu kerana melalui pendidikan berkualiti jugalah ia akan menyatukan bangsa Malaysia melalui gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan kerajaan," katanya. Ulasan saya, dahulu kerajaan dah tunaikan permintaan MCA tubuhkan Universiti Tunku Abduyl Rahman (UIAR). Sekarang minta naik KTAR jadi kolejh universiti pulak> Apa ni MCA? Tak habis-habis tekan Najib. Najib yang takut dengan MCA tunaikan hasrat itu sedangkan orang Cina akan menolak terus MCA pada pilihanraya umum akan datang. Apa nak jadi Najib? Baru ini dah iktiraf semua diploma KTAR, ni nak naik taraf kolej universiti pula KTAR? Di mana suara Perkasa dalam soal ini?

Khamis, September 20, 2012

UMNO KUALA NERUS MAHU PENAMBAHBAIKAN?

Terkejut juga membaca laporan Sinar Harian semalam yang menyebut UMNO Bahagian Kuala Nerus tidak menolak kemungkinan untuk tidak mengekalkan senarai segelintir wakil rakyat sedia ada sebagai calon di kawasan itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13. Lalu tertanya-tanyalah Ambe, siapa yang tak bagus dan kenapa kalau bagus perlu digugurkan. Apakah tiga ADUN berkenaan tidak boleh menang? Ketua Bahagian UMNO Kuala Nerus, Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri menyifatkan kesemua wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di Parlimen itu berkhidmat dengan cukup baik. Ketika ini Kuala Nerus mempunyai wakil rakyat yang dikira berwibawa apalagi bahagian yang mempunyai dua Exco, selain Kemaman yang mempunyai Menteri Besar dan seorang Exco. Mereka ADUN Seberang Takir, YB Ahmad Razif Ab Rahman yang juga Exco Kerajaan Negeri, ADUN Teluk Pasu, YB Datuk Abdul Rahin Mohd Said, juga Exco Kerajaan Negeri dan ADUN Tepoh, YB Mohd Ramli Nuh (gambar kanan) yang juga aktif dan banyak membantu parti selain DUN Bukit Tunggal yang merupakan satu-satunya kerusi yang kalah di kawasan itu. Tetapi? Menurut Nasir, UMNO Kuala Nerus mahukan ‘penambahbaikan’. Katanya, UMNO bahagian itu akan menampilkan calon terbaik untuk kepentingan parti bagi memastikan kerajaan BN di Terengganu terus dipertahankan pada pilihan raya akan datang. “Mereka yang berminat (menjadi calon) cukup ramai tetapi kita hanya ada lima kerusi untuk dipertandingkan di Parlimen Kuala Nerus. Kita akan tampil yang terbaik untuk kepentingan parti dan kerajaan,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui pada Majlis Sambutan Aidilfitri, di Pejabat Parlimen Kuala Nerus. Bagaimanapun kata Nasir yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus, gambaran individu tertentu yang difikirkan layak telah ada berdasarkan penilaian pihaknya terhadap prestasi sepanjang tempoh berkhidmat dengan parti, di samping mengambil kira umur dan kesihatan. “Dalam kepala saya mungkin sudah ada (senarai calon) dan saya akan hantar senarai tersebut apabila diminta berbuat demikian oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu,” katanya. Persoalannya kenapa Nasir bercakap begini? Cara Nasir ini sengaja mahu merosakkan UMNO. Mana boleh Ketua Bahagian pandai-pandai mahu tukar orang? Benarlah cakap-cakap mengatakan Nasir ini tidak pandai berpolitik tetapi bercita-cita besar. Dia dikatakan mahu menjadi Menteri Besar sebab itu asyik ganggu Razif di DUN Seberang Takir. Dengar cerita sudah tidak mahu jadi Ahli Parlimen tetapi mahu rebut kerusi Razif dan kerana itu mengatakan ADUN dalam Parlimen itu perlku diganti. Anehnya beliau membuat kenyataan pada ketika mengaku belum menyenaraikan nama calon secara rasmi tetapi tetap meneruskan proses penilaian sehingga kini untuk memastikan calon cadangan kelak boleh memenangkan parti. Nasir sendiri apabila ditanya sama ada beliau akan bertanding mengatakan menyerahkan sepenuhnya keputusan kepada pucuk pimpinan parti sama ada dicalonkan atau tidak. “Walaupun saya sebagai ketua bahagian tetapi penapisan dan kata putus terserah kepada presiden parti dan mungkin Perdana Menteri juga sudah dapat senarai calon daripada agensi tertentu yang melihat dan menilai calon lain yang boleh memberi kemenangan kepada parti,” katanya. Nasir tidak sebut pun Mad Said boleh menentukan calon tetapi mengatakan Datuk Seri Mohd Najib Razak akan menentukannya. Apa yang dapat disimpulkan di sini ialah Nasir ini jenis bernafsu besar kerana: 1. Bercita-cita tinggi mahu menjadi Menteri Besar dan tidak peduli nasib wakil rakyat lain khususnya Razif yang kini menjadi ADUN Seberang Takir; 2. Tidak menghormati Datuk Rahin, ADUN Teluk Padu yang juga Exco Kerajaan Negeri; dan 3. Tidak dapat menerima peranan dan sumbangan YB Ramli Nuh yang jelas begitu rapat dengan penduduk. Soalan kepada Nasir ialah apakah beliau berkuasa sangat menentukan calon? Juga apakah ketiga-tiga ADUN sekarang tidak ada rupa, keupayaan dan diri yang mampu membawa kemenangan kepada parti? Yang dibimbangi Nasir membuat kenyataan ini untuk melobi dan melayakkannya bertanding di Seberang Takir, konon akan dilantik menggantikan Mad Said. Bagaimana kalau kelak Nasir pula yang tidak terpilih? (dipetik dari facebvook marzuki muda)
Wallahualam....

JANGAN TUKAR KERAJAAN

Tun Dr. Mahathir Mohamad mengingatkan bahawa negara akan berdepan pelbagai masalah jika rakyat mengambil risiko dengan bereksperimen untuk menukar kerajaan pada pilihan raya umum akan datang. Bekas Perdana Menteri berkata, ini kerana pentadbiran pembangkang di beberapa buah negeri telah menampakkan pelbagai masalah, selain tiada kesepakatan di kalangan mereka, khususnya melibatkan pelaksanaan hukum hudud. Jelasnya, hal itu berbeza dengan Barisan Nasional (BN) yang menampakkan keseimbangan dalam pelbagai perkara. "Dahulu siapa yang nak lelong Putrajaya? Tetapi kini merekalah (pembangkang) berebut nak kuasai Putrajaya. Hubungan pembangkang bukanlah satu bentuk kerjasama. Mereka pun bertelagah dengan isu hudud. Karpal Singh (Pengerusi DAP) dan Nik Abdul Aziz Nik Mat (Musyidul Am Pas) saling bertelagah. "Pastinya, suasana Parlimen nanti akan penuh dengan perbalahan jika pembangkang mengambil alih negara ini. Ini sangat tidak baik untuk masa depan," katanya ketika menyampaikan ucaptama Forum Ketua Pegawai Eksekutif 2012 anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana di sini semalam
. Beliau berkata, justeru BN perlu menang pilihan raya umum akan datang dengan majoriti dua per tiga supaya fokus dapat diberikan kepada pelan pembangunan negara. Menurutnya, ini kerana kerajaan yang ada ketika ini tidak begitu kuat dan lebih memfokuskan kepada kesinambungan hidup parti untuk terus meraih sokongan rakyat. Jelasnya, ia menyebabkan perhatian kepada meningkatkan ekonomi, pembangunan industri dan perdagangan berkurangan. "BN masih boleh menang dan mentadbir negara tetapi ia tidak begitu kuat. Ini kerana pembangkang sudah menanam rasa benci rakyat terhadap kerajaan. BN boleh menang jika rasa benci itu dapat diatasi," jelasnya. Mengenai janji-janji pembangkang untuk meraih undi rakyat, tegasnya, ia bukanlah sesuatu yang mudah dilaksanakan. "Janji hapuskan cukai dan tol akhirnya akan membebankan negara. Kerajaan perlu kutip cukai sebagai sumber pendapatan. Jika kerajaan tiada sumber pendapatan, ia tidak mampu berfungsi atau menaikkan gaji perkhidmatan awam yang akhirnya mengundang kepada gejala rasuah," tambahnya. Sementara itu, dalam sesi dialog, beliau yang diaju soalan tentang tarikh pilihan raya secara berseloroh berkata, ia mungkin diadakan pada November ini.

Rabu, September 19, 2012

NGEH BIADAB

Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham disifatkan sebagai seorang yang biadab dan tidak menghormati sensitiviti umat Islam apabila mempersoalkan hasrat Pergerakan Pemuda UMNO untuk mengadakan protes terhadap filem anti-Islam Innocence of Muslims, Jumaat ini. Malah Ketua pergerakan tersebut, Khairy Jamaluddin ketika dihubungi Utusan Malaysia turut menegaskan bahawa Ahli Parlimen Beruas itu menghina Islam apabila sengaja mempersoalkan kewajaran umat Islam membuang banyak masa dan tenaga untuk melakukan protes tersebut. Katanya, Koo Ham telah menunjukkan sikap sebenarnya terhadap Islam meskipun ia diungkap dalam bentuk pertanyaan, justeru Pas yang merupakan rakan sekutu DAP wajar menyatakan pendiriannya mengenai perkara itu. ''Junjungan besar Rasulullah SAW merupakan rasul dan nabi kepada umat Islam. Kedudukan dan makamnya terlalu tinggi kerana baginda merupakan pesuruh Allah SWT. Saya yakin Koo Ham tahu siapakah Rasulullah di kalangan kita semua," kata Khairy lagi.

Selasa, September 18, 2012

TEGANUKU MILIK SIAPA?

Saya tak pasti blog www.teganuku.blogspot.com milik siapa. Kalau tak silap milik Unit Komunikasi (Unikom) kepunyaan kerajaan negeri Terengganu. Tetapi kenapa ia juga memuatkan rencana Utusan Malaysia yang mengkritik MB Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said? Saya hairan dengan sikap editor blog itu? Kenapa ia kekalkan rencana itu sedangkan isinya mengkritik MB dengan adanya jawatan 'ketua menteri besar' yang diperkatakan oleh ahli parlimen Kuala Nerus, Datuk Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri. Oleh itu saya mencadangkan supaya rencana yang dipetik dari Utusan malaysia itu ditarik segera. Atau adakah ini kebebasan akhbar yang diamalkan oleh Ahmad Said yang membenarkan isi kandungan blog kerajaan negeri turut menyiarkan bahan yang mengkritiknya. Wallahuklam.

KITA MASIH AGUNGKAN PENJAJAH

Semua mata pasti tertumpu kepada kehadiran pasangan diraja Britain, Putera William dan pasangan Kate Middleton yang telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 12.50 tengahari baru-baru ini di KLIA. Pasangan ini dalam rangka jelajah sembilan hari ke Asia Tenggara dan Malaysia menjadi destinasi kedua selepas Singapura. Mereka berdua menjadi wakil kepada nenda William, Ratu Elizabeth yang bakal menyambut Jubli Intan pemerintahannya yang ke-60 sebagai Ratu. Duke dan Duchess of Cambridge ini akan menghabiskan masa di bekas negara jajahan British ini selama 4 hari.Selain Kuala Lumpur, pasangan ini juga akan berlepas ke Sabah untuk melawat negeri di bawah bayu itu. Sebaik tiba, kedua mereka telah dibawa untuk bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib dan isteri, di Seri Perdana untuk makan tengahari bersama. Selepas itu mereka dijadual untuk melawat hospital yang menempatkan kanak-kanak di sekitar Kuala Lumpur dimana Kate akan menyampaikan ucapannya. Pada sebelah malamnya mereka akan dirai dengan jamuan makan malam Diraja bersama Yang Dipertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah di Istana Negara sebelum berlepas ke Sabah untuk melihat pusat pemuliharaan hutan di Lembah Danum yang popular dengan orang utan pada keesokan harinya. Dilaporkan kehadiran mereka ini telah mengundang kebanjiran lebih kurang 100 wartawan luar seperti United Kingdom, America, Australia, New Zealand, Jepun, Jerman, China, Perancis dan Indonesia yang berada di Malaysia untuk membuat liputan. Mereka dijadualkan akan berlepas ke Kepulauan Solomon pada Ahad untuk meneruskan siri jelajah mereka. Ulasan saya, menjelang sambutan Hari Malaysia yang bermakna kita bebas dari penjajahan Inggeris, kita masih mengagung-agung
kan penjajah dengan memberi liputan besar-besaran kepada cucu Queen Elizabeth di akhbar dan tv. Adakah Yang Dipertuan Agong kita melawat England media dan tv mereka beri liputan besar-besaran kepada Raja kita? Nampaknya kita masih lagi dijajah pemikiran kita walaupun kita sudah 55 tahun merdeka. Alangkah malunya kita.

Selasa, September 11, 2012

NASIR TAK WAJAR UNGKIT PERLANTIKAN MB

Ahli Parlimen Kuala Nerus Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Mohd Nasir Ibrahim Fikri yang dikenali sebagai pemimpin yang matang dalam sepak terajang politik tidak wajar mengungkit isu perlantikan Menteri Besar lagi kerana isu lapuk itu telah dilupakan oleh semua rakyat Terengganu. Rakyat Terengganu mahu Menteri Besar sekarang terus menerajui kepimpinan negeri. BN Terengganu menjadi semakin hebat dan yakin mendapat sokongan padu daripada rakyat Terengganu dalam PRU ke-13 nanti. Dalam temubual dengan Utusan Malaysia yang disiarkan pada 6 September 2012, Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus itu sepatutnya tidak melayan sikap segelintir individu yang kecewa atau berniat tidak baik kepada kepimpinan sekarang. Selaku peneraju kepimpinan UMNO di Kuala Nerus, tumpuan harus diberikan kepada memperkasakan sokongan rakyat di parlimen itu serta berusaha menyelesaikan masalah dalaman yang mungkin berbangkit dan mengembalikan DUN Bukit Tunggal kepada BN pada PRU ke-13 tidak lama lagi. Pengalaman pahit telah mengajar kita dimana isu berkaitan tuduhan kepada seorang pegawai kerajaan negeri yang difitnah dalam isu SMS yang juga melibatkan beberapa ADUN BN di Terengganu dan akhirnya terbukti pegawai kerajaan berkenaan didapati tidak bersalah, manakala orang yang memfitnah itu telah dijatuhi hukuman penjara setahun. Kita percaya, Dato’ Nasir tidak beranggapan kepimpinan Terengganu sekarang perlu diubah sebagaimana yang berlaku sebelum ini. Kita amat yakin, Dato’ Nasir diambil kesempatan dan dipengaruhi oleh segelintir oleh pegawai kerajaan yang kecewa dengan kehebatan kepimpinan Dato’ Seri Menteri Besar sekarang. Adakah isu SMS tersebut akan berulang kembali? Harapan agar Dato’ Nasir menyemak semula artikel bertajuk Terengganu boleh menang, asalkan… dalam Utusan Malaysia dan membuat kenyataan untuk membetulkannya, melainkan beliau sanggup dipergunakan oleh pegawai kerajaan terbabit ataupun beliau sendiri berniat mahu mengganti kepimpinan negeri yang telah diterima oleh rakyat. Biarlah pentadbiran kerajaan negeri dan politik ada sempadan tertentu supaya masing-masing dapat memberikan tumpuan terhadap amanah yang diberikan oleh rakyat kepada mereka. Kita yakin Dato’ Nasir boleh memainkan peranan yang lebih hebat untuk memberi sokongan kepada Menteri Besar dan seterusnya mengukuhkan sokongan pengundi kepada BN di Terengganu khususnya di Parlimen Kuala Nerus. Alangkah malang sekiranya Dato’ Nasir dijadikan kambing hitam oleh pegawai kerajaan yang tidak bertanggungjawab, yang tidak mahu melihat hubungan baik beliau dengan Menteri Besar, dan jika ia berlaku tiada pihak yang akan untung kecuali mereka yang berniat jahat seperti kata pepatah “kalah jadi abu, menang jadi arang”. Renunglah dengan mata hati yang ikhlas demi maruah diri dan masa depan rakyat Terengganu. http://dgp-dapgantipas.blogspot.com

Ahad, September 09, 2012

UTUSAN MALAYSIA ADA AGENDA?

Apabila Utusan Malaysia menyiarkan rencana mengenai ahli parlimen Kuala Nerus, Datuk Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri minggu lepas, semua orang terkejut kerana Ketua Umno Bahagian Kuala Nerus itu berani bersuara. Beliau mengungkitkan rasa tidak puas hati pegawai kerajaan (TCS) kerana ada yang lebih berkuasa daripada SUK, Datuk Mazlan Ngah. Malah beliau juga mengungkitkan istilah Ketua Menteri Besar yang seolah-olah menyatakan MB sekarang, Datuk Seri Ahmad Said tidak ada kuasa. Benarkah apa yang dinyatakan Nasir? Katanya, jika perkara ini dapat diselesaikan BN akan menang di Terengganu.Sejauh mana kenyataan Nasir ini benar? sama-samalah kita tunggu. Nasir adalah pilihan Sultan Mizan untuk jadi MB selepas Datuk Seri Idris Jusoh. Apabila PM ketika itu, Pak Lah menghadap Sultan Mizan yang ketika itu Yang Dipertuan Agong, Baginda telah melahirkan hasrat untuk menggantikan Idris dengan Nasie selepas pilihanraya umum 2008. Pak Lah menyampaikan hasrat Sultan Mizan kepada Idris. Apabila Idris mengetahui kedudukannya tidak selamat, maka Idris menukarkan Nasir bertanding di parlimen Kuala Nerus dengan harapan Nasir bukanlah calon MB. Idris cantas semua ketua bahagian.Terengganu ada lapan bahagian sahaja. Idris mengekalkan dirinya bertanding di DUN Jerteh. Datuk Mohd Jidin ditukarkan ke parlimen Setiu. Nasir ditukarkan ke parlimen Kuala Nerus. Datuk Wan Farid yang ketika itu Setiausaha Politik PM tidak dijadikan calon parlimen atau DUN.Datuk Tengku Putera digugurkan di parlimen Hulu Terengganu. Datuk Rahman Bakar digugurkan di parlimen Marang. Datuk Rosli Hassan digugurkan di parlimen Dungun dan Ahmad Said turut digugurkan di DUN Kijal tetapi di saat akhir beliau sempat menemui Pak Lah. oleh kerana ramai ketua bahagian menjadi mangsa cantas Idris, semua ketua bahagian menghapa Sultan Mizan tidak mahu Idris dikekalkan menjadi MB. Maka Sultan Mizan tiada pilihan melantik Ahmad said sebagai MB kerana beliau adalah ADUN paling senior (sejak tahun 1990) dan Ketua Bahagian. Maka rezeki Ahmad Said jadi Mb dan bukan Nasir yang jadi Mb selepas Idris. Apa motif Utusan Malaysia menyiarkan rencana ini? Adakah Utusan mahu menonjolkan Nasir sebagai MB baru? Kononnya Nasir mahu bertanding di DUN Seberang Takir di tempat Exco kanan sekarang, Datuk Razif Abdul Rahman. DUN Bukit Tunggal yang pernah diwakilinya pada tahun 2004 tidak selamat buat Nasir. Pada tahun 2008, PAS berjaya merampas kerusi yang ditinggalkan Nasir itu. Apa nak jadi dengan Terengganu kalau asyik bertukar MB? Idris sepenggal, Ahmad said sepenggal kalau Nasir dilantik MB baru selepas pilihanraya umum akan datang. Tidak ada kesinambungan pembangunan yang telah diasas Ahmad said sekarang jika berlaku pertukaran MB. Oleh itu apa salahnya kekalkan Ahmad Said sebagai MB untuk penggal kedua. Biarlah beliau menjadi MB selama dua penggal. Selepas itu bolehlah lantik orang lain. Apa dosa Ahmad said sehingga ramai orang umno sendiri tidak suka kepadanya? Di sana sini orang mengutuknya seolah-olah Ahmad said salah urus negeri Terengganu. Orang Umno sendiri yang tidak mahu lihat BN menang di Terengganu. Kata mereka, jika BN menang, Ahmad Said kekal MB. Mereka kata lebih baik beri PAS menang supaya Ahmad Said tidak kekal jadi Mb. Inilah yang merosakkan UMNo bila orang Umno sendiri sanggup mengundi PAS kerana hasad dengki semata-mata.

SEMUDAH ITU MOHON MAAF

Selepas 15 jam dalam tahanan polis, gadis yang ditahan kerana memijak gambar perdana menteri memohon maaf secara terbuka. Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur, Ong Sing Yee, 19, menegaskan beliau langsung tidak berniat untuk menghasut. Bercakap kepada pemberita dalam bahasa Mandarin, yang diterjemahkan peguamnya, Ong berkata beliau menghadiri perhimpunan Janji Bersih kerana perasaan ingin tahu dan terikut-ikut dengan peserta lain yang bertindak demikian. "Dia (Ong) memohon maaf dan menegaskan itu bukan hasratnya. Dia tidak berniat menghasut," kata peguam Eric Tan.

Ahad, September 02, 2012

AMANAH JANGKA AHLINYA BERTAMBAH

Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) menjangkakan keahlian anggotanya di negeri ini bakal bertambah dengan kehadiran Presidennya, Tengku Razaleigh Hamzah ke Kemaman tidak lama lagi, bagi menarik lebih ramai ahli untuk menyertai badan bukan kerajaan itu. Pengerusi Amanah Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah berkata, setakat ini Amanah Terengganu sudah memiliki seramai 300 ahli biarpun baru sahaja dilancarkan di negeri ini pada bulan lalu. Menurut Raja Kamarul Bahrin, keahlian Amanah tidak terhad dan terbuka kepada setiap lapisan masyarakat kerana objektif utamanya adalah untuk melihat setiap rakyat terutama generasi muda menghayati konsep amanah yang merupakan suatu nilai universal. “Sebagai NGO yang cintakan negara, misi kita adalah untuk menghidupkan semula legasi, janji dan cita-cita Bapa Malaysia, Tunku Abdul Rahman Putra dan pengasas negara, supaya semua rakyat Malaysia dapat hidup bersama sebagai anggota masyarakat kebangsaan yang benar-benar adil, saksama, maju, bersatu, sejahtera dan gembira. “Misi kita juga untuk memastikan institusi negara menghormati dan menjunjung peraturan undang-undang, prinsip demokrasi, dan hak-hak universal selain bagi membantu kerajaan dan pihak pentadbiran agar telus dan bertanggungjawab, benar-benar layak dan cekap, bebas dari rasuah dan amalan kronisme, bersih dan jujur serta saksama dan boleh dipercayai. “Kita mahu menyemarakkan rasa kebersamaan dan semangat kekeluargaan yang mendalam dalam kalangan rakyat sepertimana ketika sama-sama berjuang untuk mencapai kemerdekaan,” katanya pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri dan Sambutan Hari Kemerdekaan Amanah yang dihadiri lebih 3,000 tetamu dan diadakan di T Top Kopitiam, Jalan Jakar, dekat sini, kelmarin. Turut hadir memeriahkan majlis, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek; Ketua Wanita Umno Bahagian Kemaman, Senator Rohani Abdullah; Ketua Puteri Umno Bahagian Kemaman, Asfalinda Anuar dan Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) Chukai, Hanafiah Mat. Amanah dilancarkan oleh Tengku Razaleigh di Memorial Tunku Abdul Rahman Putra, Kuala Lumpur pada 22 Julai tahun lalu dan dengan pelancaran itu suatu suara baru, suara solidariti dan perpaduan dilahirkan. Mengulas mengenai kehadiran tetamu yang melebihi sasaran, Raja Kamarul Bahrin menyifatkan ia sebagai kejayaan yang membanggakan apatah lagi program berkenaan adalah pertama diadakan di daerah ini seterusnya mengeratkan hubungan ahli Amanah (dipetik dari SINAR HARIAN, 1 September 2012)
dengan segenap lapisan masyarakat.

Khamis, Ogos 30, 2012

CUKAI JEM GARA-GARA MAJLIS AIDILFITRI AMANAH

Pekan Chukai ibu daerah Kemaman di selatan terengganu jem hari ini gara-gara majlis hari raya aidilfitri anjuran angkatan amanah merdeka malaysia (Amanah). Jalan Jakar yang selama ini tenang jem sejak dari awal pagi dari jam 10 pagi hingga 5 petang. Kira-kira 5 ribu hadirin pelbagai kaum telah memeriahkan majlis sambutan hari raya aidilfitri dan menyambut kemerdekaan ke 55 itu. Majlis anjuran Dato' Mohd Rahim Husin itu turut dimeriahkan dengan kehadiran ahli parlimen Kemaman, Datuk Seri ahmad shabery Cheek dan ADUN Cukai, Datuk Mohamed Awang tera. Manakala ADUN kemasik, Ir Rosli tidak kelihatan. begitu juga ADUN Air Putih, YB Wan Hakim Tan Sri wan Mokhtar. manakala ADUN Kijal, Datuk Seri Ahmad Said tidak dapat hadir kerana ada majlis rasmi di Kuala Terengganu.OCPD Kemaman, Tuan Khamis turut hadir di majlis tersebut. Majlis itu dihadiri juga Pengerusi Amanah terengganu, Datuk raja baharin yang diwar-warkan sebagai calon PAS di DuN Batu buruk. Majlis aidilfitri anjuran amanah ini dapat menyatukan orang UMno dan PAS Kemaman. Malah bekas calon PAS DUN Cukai, hanafiah turut hadir. Di mejanya hanafiah diapit oleh AJK Umno bahagian Kemaman, Che Ku Maznah. Beberapa AJK Umno yang hadir ialah Mat Bawal (yang disebut bakal calon BN Cukai jika Mat awang tera tidak bertanding), Kamaruddin Ali, Tuan Kecil Tuan Tengah dan kamarizam Harun. Inilah kali pertama dalam sejarah politik kemaman majlis Amanah dapat menyatukan ahli PAS dan UMNO dalam satu majlis.malah beberapa bekas AJK Bahagian turut hadir seperti Shabudin Maidin, Tuan Chik Tuan Muda, haji yahya mohd dan bekas AJK pemuda, Yusof Jaafar dan Khalid Awang. Tahniah kepada Dato' Rahim yang ambil inisiatif menganjurkan majlis ini. ia merupakan langkah awal kepada penubuhan Amanah sebagai satu lagi NGO yang penting di Malaysia. Kehadiran pelbagai kaum terutamanya Cina dan India membuktikan Amanah bakal diterima sebagai NGO berbilang kaum. Setiausaha kerja Amanah Malaysia, Subari turut hadir manakala rakan-rakan Datuk Rahim dari Kuala Lumpur seperti Shahbudin Embun, Mat Nor rawang, Dr Norsidi Salim, Malek Kelang, Din perkasa tuurt kelihatan memberi sokongan moral kepada Dato' Rahim. tahniah Dato' rahim dan ahli jawatankuasa penganjur terutamanya pengerusi pelaksana, Cikgu John. Wakaupn ajlis ini dirancang secara ad hoc ia berjaya diadakan walaupun pengajur tidak sempat menghantar kad jemputan. Mereka hanya sempat menjemput melalui sms dan facebook sahaja.

Sabtu, Ogos 18, 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Saya, Mohd. Zabidi bin Haji Saidi pemilik blog ini serta keluarga mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua pembaca blog ini. maaf zahir dan batin.

Rabu, Ogos 15, 2012

ANWAR AHLI FREEMASON?

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta memberi penjelasan kepada rakyat Malaysia bagaimana nama beliau boleh tersenarai sebagai salah seorang ahli dan pemimpin dalam organisasi Yahudi antarabangsa, Freemason. Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali yang terkejut dengan perkara itu berkata, berdasarkan senarai kedudukan yang disiarkan dalam laman web organisasi tersebut, Civil Service Lodge No. 148, peranan Anwar begitu aktif. "Saya tidak menuduh Anwar tetapi menuntut beliau memberi penjelasan kerana perkara ini sangat mustahak. Ini kerana nama individu yang menyandang kedudukan dalam organisasi tersebut sama dengan Anwar tetapi jika hanya pelanduk dua serupa tidak mengapa.

Jumaat, Ogos 10, 2012

JANGAN MUDAH MINTA MAAF

Kumpulan pendesak Melayu PERKASA menggesa kerajaan bertegas menghadapi fenomena trend memohon maaf selepas didakwa melakukan kesalahan serius, termasuk dalam isu kritikan terhadap atlit negara Lim Chong Wei, Presidennya Datuk Ibrahim Ali juga membariskan kes yang menyaksikan pelaku tindakan "biadap" terlepas selepas memohon maaf, seperti isu penghinaan terhadap lagu "Negaraku" oleh Namewee dan pengedaran kartun menghina sahabat Rasululah di Johor baru-baru ini. "Beliau boleh puas dapat menghina orang dan kemudian hanya perlu mohon maaf sahaja. "Bagi PERKASA, mereka yang telah melakukan kesalahan tidak boleh dimaafkan sahaja tanpa diambil tindakan undang-undang," katanya. Dalam kenyataannya hari ini, Ibrahim berkata, pihaknya bimbang fenomena itu mendorong individu bertindak di luar undang-undang kerana tidak berpuas hati. Menurutnya lagi, tindakan itu juga seolah-olah mengetepikan mahkamah kerana pihak terlibat hanya perlu meminta maaf dan terlepas. "Kerajaan kena tegas kalau nak kekal keyakinan majoriti rakyat yang senyap; dan rakyat tak hormat undang-undang lagi," katanya yang juga anggota Parlimen Pasir Mas.

Rabu, Ogos 08, 2012

PERKASA PERSOAL HUKUM AHLI PAS UNDI DAP

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini mempersoalkan hukum dalam Islam mengenai tindakan ahli Pas mengundi DAP pada Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang. Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, persoalan itu perlu dijawab oleh Pas kerana jelas Pengerusi DAP, Karpal Singh dan keseluruhan pemimpin parti tersebut ketika ini menentang keras penubuhan sebuah negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud. Beliau berkata, begitu juga dengan hukum daripada sudut syarak mengenai arahan yang dikeluarkan oleh pemimpin tertinggi Pas seperti Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang meminta ahli-ahli parti mereka mengundi DAP. ''Adakah ia dibolehkan atau tidak, memandangkan DAP terang-terang mengecam penubuhan negara Islam dan hukum hudud. Ini bukan soal Pas, tetapi kecaman yang dibuat oleh Karpal itu jelas melibatkan kesucian Islam dan kepentingan umat Islam. ''Satu perkara lagi, dahulu ada kepercayaan di kalangan ahli Pas khususnya semasa diadakan kempen-kempen pilihan raya iaitu mengundi Pas masuk syurga, namun kini timbul pula persoalan apa pula hukum mengundi DAP dalam keadaan DAP menolak negara Islam,'' katanya
di sini. Beliau mengulas ketegasan Karpal bahawa DAP akan menentang habis-habisan sebarang cubaan melaksanakan hukum hudud jika pembangkang menang pada pilihan raya akan datang. Kontroversi pelaksanaan hukum hudud timbul semula berikutan dakwaan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hasan kononnya DAP kini memahami dan menerima pendirian parti itu mengenai negara Islam tetapi ia segera disanggah Karpal dengan menegaskan beliau tidak akan bertolak-ansur dalam isu pelaksanaan hukum tersebut. Dalam perkembangan berkaitan, Ibrahim menyeru umat Islam negara ini bangkit mempertahankan Islam daripada terus diperlekehkan oleh DAP melalui kenyataan-kenyataan yang melampau daripada Karpal. Beliau berkata, langkah itu wajar memandangkan Karpal ketika ini langsung tidak menghormati Islam dan undang-undang yang terkandung di dalamnya. Apatah lagi, katanya, dalam keadaan Pas yang kononnya memperjuangkan Islam sudah tidak mampu melakukan apa-apa tindakan terhadap DAP dan Karpal walaupun kecaman tersebut jelas menyentuh kesucian Islam. ''Pembentukan sebuah negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud merupakan asas akidah umat Islam dan ia tidak boleh dipersoalkan oleh sesiapa pun. Soal pelaksanaan itu soal lain tetapi yang penting dua perkara ini merupakan asas akidah Islam ''Siapa Karpal mahu mempersoalkan perkara itu. Oleh itu, kita wajib bangkit mempertahankan. Ini merupakan satu jihad. Pas tidak lagi boleh diharapkan. Mereka nampaknya terlalu taat dan takut kepada DAP,'' katanya. Menyentuh isu sama, Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail berkata, tiada jalan lain yang harus diambil oleh parti itu kecuali segera keluar daripada pakatan pembangkang. Beliau berkata, berdasarkan sejarah yang berlaku di Perak selepas pilihan raya umum 2008. Pas hanya sekadar menjadi 'pak turut' kepada DAP walaupun Menteri Besar ketika itu merupakan wakil rakyat daripada Pas. ''Inilah yang berlaku sebenarnya. Dalam isu pemerintahan di Perak ketika pakatan memerintah, DAP lebih berkuasa dan dominan. Pas tidak mampu berbuat apa-apa dan parti itu tidak lebih hanya sebagai 'pak turut','' katanya.

Rabu, Ogos 01, 2012

ADAKAH LAJIM KING MAKER?

Datuk Seri Lajim Haji Okin pernah menjadi king maker kepada penubuhan kerajaan baru, kerajaan BN apabila dia meninggalkan kerajaan PBS pada tahun 1994.Kini beliau meletakkan jawatan sebagai Ketua Umno Bahagian Umno Beaufort dan Ahli Majlis Tertinggi Umno. Adakah Lajim akan menjadi king maker kepada kerajaan baru pula pada pilihanraya umum akan datang? Sama-samalah kita tunggu tarikh pilihanraya sama ada beliau akan jadi king maker sekali lagi. Beliau adalah Timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan yang telah dibatalkan jawatannya. Kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak tercemar apabila seorang timbalan menteri melepaskan jawatan dalam Umno walaupun dia masih kekal sebagai ahli Umno. Dia bukan kecil anak. Dia adalah seorang ahli majlis tertinggi Umno. Sudah dua penggal berada dalam Majlis Tertinggi Umno. Umno telah menghantar surat tunjuk sebab kenapa beliau tidak boleh dipecat dari Umno. Adakah Lajim akan menjadi hero seperti Datuk Seri Pairin Kitingan dipecat dari jawatan menteri dalam kerajaan Berjaya oleh Datuk haris Salleh? Lajim dijangka bertanding dua kerusi parlimen dan DUN Klias kawasan lamanya. Jika Pakatan Rakyat menangt di Sabah, adakah Lajim akan menjadi Ketua Menteri Sabah? Beliau pernah melobi jawatan itu tetapi ia menjadi milik Datuk Seri Musa Aman yang dikatakan orang kuat Pak Lah ketika itu. Politik Musa begitu licik. Dari jawatan Ketua Menteri digilirkan setiap dua tahun sekali, akhirnya dengan tipu helahnya Musa kekal sebagai Ketua Menteri sampai sekarang dah masuk 10 tahun. Musa dikatakan mahu mencantas Lajim sebaggai calon Bn pada pilihanraya umum akan datang, maka Lajim ambil keputusan yang lebih ceoat declare melepaskan semua jawatan dalam parti. Pengaruh Lajim di Beaufort begitu kukuh kerana dia bukannya orang yang kedekut. Dia pandai jaga hati para pengundinya. Oleh itu tidak mustahil Lajim akan menang di Beaufort walaupun dia tidak bertanding sebagai calon BN. BN kena kerja kuat untuk mengekalkan kerusi parlimen dan DUN Klias yang bakal ditandingi Lajim nanti. Saya mengenali Lajim ketika bertugas sebagai wartawan Watan di sabah pada tahun 1989. Sejak itu kami tak putus bersahabat. Oleh itu saya doakan beliau berjaya dalam pilihanraya umum nanti.

Sabtu, Julai 28, 2012

BELUM MEMERINTAH SUDAH GILA

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar membayangkan kemungkinan negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat akan mengadakan hari kemerdekaan dengan tema yang berlainan, kata Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar. Bercakap dalam sidang akhbar di ibupejabat PAS di ibunegara hari ini, Mahfuz berkata, tema tersebut masih belum diputuskan memandangkan pertandingan merekacipta tema dan logo hari kebangsaan akan diadakan. Beliau menegaskan demikian ketika diminta mengulas mengenai tema hari kemerdekaan tahun ini ''Janji Ditepati'', yang dianggap berat sebelah. "Kita akan mengadakan satu tema lain dan juga akan mengadakan pertandingan untuk cipta tema dan logo. "Kita juga akan melantik panel bagi pertandingan ini. Ia akan dilancarkan dalam dua tiga hari lagi. Dan pertandingan ini akan melalui Facebook," kata Mahfuz. Jelas Mahfuz, tema yang perlu direka mestilah bersifat patriotik dan mengajak orang ramai agar cintakan negara dan bukan melambangkan mana-mana parti. "Tema itu mestilah patriotik yang mengajak orang ramai. Bukan macam 'Janji Ditepati' yang orang akan terbayang BN. "Itu slogan BN tapi pakai untuk hari merdeka," katanya. Ulasan saya, kenyataan mahfuz Omar ini menunjukkan Pakatan rakyat belum memerintah tapi sudah gila.macam mana tak gila, kerajaan sudah umumkan janji ditepati tema hari kebangsaan tetapi mahfuz kata empat negeri akan guna tema lain. hai macam macam gila nampaknya pemimpin pakatan rakyat.

Jumaat, Julai 27, 2012

KERAJAAN PAKATAN RAKYAT TAKKAN KEKAL LAMA

Pas tetap berkeras akan melaksanakan hukum hudud jika pembangkang berjaya memerintah selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 meskipun tidak dipersetujui oleh rakan sekutunya, DAP. Menurut Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kaum Cina terutama yang kaya-raya akan mendapat manfaat daripada pelaksanaan hukum tersebut kerana ia dapat menjaga keselamatan dan harta benda mereka. Menurutnya, kebanyakan kes kecurian yang berlaku di negara ini melibatkan orang kaya dan jika dilihat taraf sosial masyarakat, lebih ramai individu kaya datang daripada kaum Cina berbanding Melayu. "Seperti saya sebut di Ipoh mula-mula dulu, kalau pencuri, dia curi rumah orang miskin ke orang kaya? Sudah tentu curi rumah orang kaya. "Melayu dengan Cina ini, kaya Cina lagi, jadi mereka lebih mustahak untuk hukum hudud ini kerana mereka ramai orang kaya," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu hukum hudud yang timbul sekali lagi antara pemimpin pembangkang terutama Pengerusi DAP, Karpal Singh dan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan. Karpal baru-baru ini menafikan dakwaan Nasrudin kononnya beliau sedia berkompromi dalam soal hudud. Ia berikutan kenyataan Nasrudin ketika berdebat dengan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya minggu lalu yang mendakwa Karpal bersedia melaksanakan hukum berkenaan bersama Pas. Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi menyifatkan kenyataan Nasrudin bahawa Karpal menyokong hukum hudud merupakan satu sindrom keyakinan palsu. Jelas Mohd. Puad, ia bukan sekadar sindrom keyakinan palsu sebaliknya satu pembohongan yang menyebabkan Pas kelihatan selalu dibuli oleh DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Mengulas lanjut, Nik Abdul Aziz berkata, isu tersebut tidak akan selesai selagi DAP tidak memberi persetujuan, namun ia bukan halangan untuk Pas melaksanakannya. ''Saya tegaskan sekali lagi hukum gantung lagi kejam daripada hukum kerat tangan tetapi tiada siapa bantah. Jadi kalau hukum gantung orang boleh terima, kerat tangan apa salahnya (hudud dilaksanakan). ''Karpal tidak setuju apa boleh buat, tetapi kami nak laksanakan hudud kami untuk orang Islam. Bukan Islam, kalau dia mahu guna hudud tidak mengapa," katanya. Ulasan saya, jika Pakatan Rakyat menang dalam pilihanraya umum ke 13, kerajaan Pakatan Rakyat tak akan kekal lama kerana mereka akan bergaduh sesama sendiri. PAS kata tetap nak buat hukum hudud sedangkan DAP tentang. Jadi DAP akan keluar dari Pakatan Rakyat maka tumbanglah kerajaan Pakaran Rakyat. Pada masa itu kerajaan BN akan memerintah semula negara kecuali BN tidak cukup untuk bentuk kerajaan maka perlu adakan kerajaan campuran dengan PAS. MCA mungkin tidak setuju jika PAS masuk dalam BN kerana bimbang PAS desak buat hukum hudud. Atau adakah ini gimik PAS semata-mata untuk menang pilihanraya sedangkan mereka tahu mereka tak mapu laksanakan hukum hudud.

Rabu, Julai 25, 2012

KERAJAAN MAHU STRUKTUR SEMULA SUBSIDI

Kerajaan sedang meneliti untuk menstruktur semula pemberian pelbagai bentuk subsidi terutama berkaitan minyak dan gas, agar dapat memenuhi matlamat membantu golongan berpendapatan rendah. Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata setakat ini kerajaan belum memutuskan mekanisme terbaik mengenai perkara itu. "Kita mengalu-alukan sebarang bentuk cadangan daripada mana-mana pihak untuk dimasukkan dalam pembentangan bajet tahun 2013," katanya kepada pemberita selepas menemui penduduk di Kampung Perupuk, Bachok.
Beliau berkata demikian ketika mengulas cadangan Pergerakan Pemuda Umno yang mahu kerajaan menstruktur semula pemberian subsidi kepada rakyat bagi membolehkannya disalur terus kepada golongan sasar. Ketuanya Khairy Jamaludin dilapor berkata langkah itu perlu memandangkan kaedah sedia ada dilihat tidak begitu proaktif kerana lebih memberi faedah kepada golongan berpendapatan tinggi terutama subsidi petrol dan diesel. Mengulas lanjut, Awang Adek yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan berkata banyak pihak bersuara mengenai perkara itu namun tidak mengemukakan cadangan mereka. Katanya langkah kerajaan mengapungkan petrol RON97 dan mengekalkan subsidi bagi RON95 dengan harapan dapat membantu golongan berpendapatan rendah juga tidak banyak membantu. Ini kerana katanya sebilangan besar golongan berpendapatan tinggi turut menggunakan RON95 untuk kereta mewah mereka yang memerlukan petrol pada kuantiti besar. Akibatnya kerajaan terpaksa membelanjakan peruntukan besar kira-kira RM30 bilion setahun manakala RM20 bilion daripada itu bagi tujuan subsidi minyak dan gas, kata beliau.- Bernama

Selasa, Julai 24, 2012

JANGAN LAYAN ORANG GILA

Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan hari ini tetap mempertahankan fakta berhubung kesediaan Karpal Singh berkompromi untuk melaksanakan hukum hudud walaupun ia disanggah oleh Pengerusi DAP itu. Bukan itu sahaja, malah Nasrudin turut mempertahankan fakta yang menyatakan bahawa Pas merupakan parti dominan dalam pakatan pembangkang. Sehubungan itu beliau mencabar mana-mana pihak menganjurkan satu lagi perdebatan sekiranya mereka mendakwa dua fakta yang dikemukakannya itu ketika berdebat dengan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya pada Khamis lalu sebagai satu pembohongan. ''Kedua-dua fakta ini saya kemukakan dalam debat. Sepatutnya kalau ia satu pembohongan maka ia perlu dipatahkan dalam debat tersebut. Jika mereka tidak berpuas hati aturkan satu lagi siri debat terbuka dan jemput kami. Ulasan saya, tak payah layan orang gila. Kalau dilayan orang gila, kita jadi gila. Semua orang tahu karpal Singh kata langkah mayat aku dulu, baru boleh buat hudud tapi nasrudin gila kata karpal terima hudud. Bukankah gila namanya ini? Dia cabar adakan debat kedua pula. Tak payahlah Sunar harian layan orang gila nanti Sinar harian pun jadi gila. (dipetik dari www.pantangdicuit.blogspot.com)

Jumaat, Julai 20, 2012

SELAMAT BERPUASA

Saya mengucapkan selamat berpuasa kepada semua pembaca beragama Islam. Semoga ibadah puasa kita mulai esok diterima Allah.

Khamis, Julai 19, 2012

RAJESH KHANNA DI ZAMAN KEAGUNGANNYA

Pelakon filem Hindustan pertama yang mendapat gelaran Superstar, Rajesh Khanna meninggal dunia di Mumbai semalam dalam usia 69 tahun. Rajesh Khanna atau nama sebenarnya Jatin Khanna dilahirkan pada 29 Disember 1942 pernah menjadi produser filem dan ahli politik. Dia muncul dalam 163 buah filem yang mana menjadi hero dalam 128 buah filem. Rajesh Khanna menang tiga kali hadiah pelakon terbaik Filmfare Award.Pada tahun 1991, Filmfare menganugerahkannya hadiah Khas kerana berjaya berada dalam industri filem selama 25 tahun dengan 106 buah filem sebagai hero. Dia muncul kali pertama sebagai pelakon pada tahun 1966 dalam filem Aakhri Khat dan mucul dalam Raaz, Baharon ke sapne, Ittefaq dan aradhana. Sebanyak 73 filem lakonannya mendapat sambutan Golden Jubilee Hits manakala 22 Silver Jubilee Hits.
Saya mengenali rajesh Khanna atau kaka melalui filem Haathi Mere Saathi pada tahun 1972 ketika berusia 13 tahun. Saya rasa lima kali saya menontonnya di pawagam Rex, Kuala Terengganu. Sejak itu saya banyak menonton filem lakonan rajaesh Khanna seperti Amar prem, Apna Desh. Dia menjadi kegilaan ramai tetapi popularitinya merudum apabila dia berkahwin dengan pelakon Bobby, Dimple Kapadia. Dengan Dimple dia memperolehi dua orang anak, Twinkle dan Tina.Perkahwinannya dengan Dimple tidak kekal lama dan akhirnya mereka bercerai. Pelakon popular kini, Aksyay Kumar adalah menantu rajesh Khanna. Di zaman keagungannya sebanyak 15 buah filemnya mendapat sambutan box office berturut-turut yang jarang dibuat oleh pelakon masa kini. Rajesh Khanna lebih dikenali sebagai pelakon romantik dan kemunculan Amitabh bachchan menenggelamkan populariti Rajesh Khanna. Bila dia kahwin dengan Dimple, popularitinya jatuh mendadak yang menyebabkan ada gadis yang bunuh diri. Itulah kehebatan rajesh khanna di zaman kegemilangannya.

Rabu, Julai 18, 2012

MAHFUZ BATU API NOMBOR SATU

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mendakwa kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang membayangkan pilihan raya umum ke-13 (PRU 13) boleh diadakan tahun ini, menunjukkan bahawa timbalan perdana menteri itu “tidak sabar untuk menggantikan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri.” Ahli Parlimen Pokok Sena itu turut menegaskan, kenyataan yang dikeluarkan Muhyiddin, yang juga merupakan Timbalan Presiden Umno itu adalah jelas “bercanggah” dengan Najib yang menurutnya mahu melengkapkan tempoh mandat lima tahun yang tamat April tahun hadapan. “Timbalan perdana menteri mungkin ada perkiraan bahawa BN tidak akan menang dua pertiga majoriti. (Jadi) Najib mesti turun macam mana Pak Lah turun,” katanya. Muhyiddin sebelum ini melahirkan pandangannya PRU13 tidak akan diadakan tahun depan memandangkan tahun ini merupakan masa yang lebih sesuai. “Saya tak fikir ia akan berlarut sehingga tahun 2013, wallahua’lam. Tetapi itu terpulang kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak). “Tapi saya bagi tahu, saya kata yang paling baik adalah tahun inilah,” kata Muhyiddin dipetik Bernama Online. Tambah pemimpin PAS itu lagi, Muhyiddin juga berkemungkinan mempunyai perkiraan Barisan Nasional (BN) tidak akan memperolehi dua pertiga majoriti seperti pilihan raya umum 2008 yang menyaksikan perdana menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan kuasa kepada Najib. “Mungkin Muhyiddin juga mengharapkan BN tidak akan menang dengan majoriti besar, dan beliau akan menjatuhkan Najib seperti mana Najib jatuhkan Pak Lah. “Kenyataan timbalan perdana menteri itu seolah-olah mengulangi zaman peralihan kuasa Pak Lah selepas pilihan raya 2008,” katanya merujuk kepada Abdullah. Malah, Mahfuz juga turut menegaskan, Muhyiddin seharusnya menyokong kenyataan Najib selaku Presiden Umno dan bukan mengeluarkan sebaliknya. Beliau turut menambah, situasi ini juga bakal menimbulkan krisis kepimpinan dalaman kepada Umno dan Barisan Nasional (BN). “Ini pertentangan yang sangat jelas,” tambahnya lagi. Ulasan saya, Mahfuz adalah batu api nombor 1. Bila PM lambat bubar parlimen, orang PAS kata BN takut hadapi pilihanraya umum sehingga genapkan tempohnya pada tahun depan. Bila Muhyiddin kata pilihanraya akan diadakan pada tahun ini, Mahfuz kata Muhyiddin taksabar nak jadi PM. Nampaknya Mahfuz ni memang gila orangnya sedangkan dia sendiri lebih suka pilihanraya lebih cepat diadakan kerana pembangkang sudah lama menunggu mahu menduduki Putrajaya. Bagi saya, BN tetap akan dipilih rakyat kerana mereka tahu hanya kesederhanaan BN sahaja yang mempu memerintah Malaysia dengan lebih aman dan lebih adil.

Selasa, Julai 17, 2012

TAHNIAH KEPADA PASUKAN TERENGGANU

Bukannya mudah mengekalkan kejuaraan. Apatah lagi kalau menjadi juara untuk empat kali berturut-turut. Itu sudah menjadi kejayaan yamng luar biasa. Tahniah kepada pasukan Terengganu yang menjuarai Sukan Sukma untuk empat kali berturut-turut. tahniah kepada MB terengganu, Datuk Seri Haji Ahmad said yang memang peminat sukan nombor satu terengganu yang sentiasa memberi sokongan kepada atlet Terengganu. tahniah!

Rabu, Julai 11, 2012

DR HASSAN ALI GELI NAK KONGSI ISTERI

Malam tadi bertempat depan rumah saya di Taman Samudra, Batu Caves, Selangor Presiden Jalur Tiga (JATI), Datuk Dr Hassan Ali berceramah menerangkan kenapa dia bergiat dalam Jati selepas dipecat dari PAS. Katanya, dia memilih JATI (Islam, Melayu, Raja) sebagai asas perjuangan Jati kerana PAS sudah tidak mahu Islam lagi. PAS juga tidak mahu Melayu lagi. PAS juga tidak mahu Raja lagi bila bersengkongkol dengan DAP yang anti Raja. Saya kenali Dr hassan Ali pada tahun 1999 selepas PAS menang di Terengganu. Ketika itu saya bertugas dengan Yayasan pembangunan Keluarga terengganu (YPK)sebuah agensi kerajaaan negeri. Bila PAS menang, kami terpaksa bekerja dengan kerajaan PAS pula. Dr Hassan Ali ketika itu ADUN Sungai Burong dan Ketua Pembangkang di Selangor serta ahli parlimen Parit Buntar, Perak. Dia masih lagi mengendalikan syarikat motivasinya, Sabha ketika itu. Maka dengan YPK beliau cari makan. Sekali buat program YPK bayar RM8 ribu dan saya selaku Penolong Pengarah Program yang jadi pegawai pengiringnya sambut di airport dengan Volvo YPK. Sepanjang dua malam dia menjelajah setiap daerah di Terengganu setiap bulan maka sayalah pegawai pengiringnya. Maka rapatlah saya dengan dia. Setiap kali program YPK, penuh dewan. Dia memang pandai pidato. Sebab itu ramai yang nak dengar Dr Hassan Ali berceramah. Tapi di sebalik kehebatannya berpidato, dia orang yang kedekut.Setiap kali makan, saya yang bayar. Saya tak kesah saya yang bayar kerana bukan duit saya, itu duit YPK atau saya boleh claim semula dengan YPK tetapi belum pernah saya jumpa orang politik yang kedekut sepertinya. Ketika itu YPK beri tiket kapal terbang tapi dia tak ambil sebaliknya dia beli tiket kapal terbang sendiri. Rupa-rupanya selaku ahli parlimen dia boleh claim naik kereta dari Parit Buntar ke Kuala Terengganu berceramah motivasi. Dia claim pergi balik dengan naik kereta sedangkan dia datang naik kapalterbang. Apakah maksudnya ini? Adakah ia claim palsu? Apa hukum makan duit claim palsu? saya tak tahu nak jawab pasal dia kata dia hebat tak pernah terlibat dengan dosa besar. Kembali semula kepada ceramah Jati, Dr Hassan menjelaskan Jati tak nak bersuhabat dengan PAS dan PKR kerana Azmin Ali sanggup kongsi bininya, Shamsidar dengan Anwar Ibrahim. Tak geli ke Azmin, tanya Dr hassan. Katanya kalau kongsi berniaga bolehlah, ini bini pun nak kongsi sama. Di manakah letaknya maruah umat Islam bila berzina dengan bini orang? PAS pula bila Lim Guan Eng kata jangan cakap hal Islam pasal dalam buku Jingga tidak ada hukum hudud, pemimpin pAS semua senyap kecuali Ketua Ulamanya, Datuk Harun Taib.Bila Karpal Singh kata langkah mayatnya terlebih dahulu kalau PAS nak buat hukum hudud, pemimpin pAS tak berani bersuara. Malah bila DAP dilaporkan akan bertanding 90 kerusi melebihi PAS dan PKR, semua pemimpin pAS diam kecuali Harun Taib yang mengatakan kuota itu belum disahkan lagi. Bayangkan jika Pakatan menang, siapa yang jadi parti dominan? Sudah tentu DAP. Sudah tentu Lim Guan Eng jadi PM dan Karpal Singh yang jadi TPM. Dr Hassan Ali berkata usianya sudah 60an jadi dia harap dapat gunakan usia yang berbaki ini untuk mengajak anak-anak muda berfikir bagaimana masa depan orang Islam dan orang Melayu bila DAP memerintah Malaysia nanti. Sayangnya dalam ceramah itu beliau tidak menceritakan usaha pihak gereja mengkristiankan umat Islam di Selangor dan usaha Ronnie Liu yang membantah JAIS menyerbu kedai yang jual arak di Shah Alam. Sebagai bekas Pesuruhjaya PAS Selangor beliau puas hati pada tahun 2004, PAS menang 4 kerusi dan kini PAS ada 8 kerusi yang mana di bawah kepimpinannya PAS menang dengan peningkatan 100%. Ada yang mengatakan Dr Hassan Ali gila meroyan. Sebenarnya baguslah dia buat JATI kerana sebagai NGO dia akan pertahankan Islam, Melayu dan Raja sementara Perkasa dianggap rasis kerana berjuang hal ehwal orang Melayu sahaja. Akhir sekali dia mengajak semua pengundi Gombak Setia memilih calon yang boleh mempertahankan Islam, melayu dan Raja walaupun beliau tidak bertanding dalam pilihanraya umum akan datang. Katanya, satu undi amat penting dalam pilihanraya uumum 13 nanti supaya jangan sampai DAP menduduki Putrajaya. Bila DAP menang, maka nasib orang Melayu akan menjadi seperti Melayu Singapura.

Selasa, Julai 10, 2012

PEMBANGKANG SILAP CATUR

Pembangkang disifatkan sebagai tersilap percaturan sekiranya bercita-cita menawan Johor pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, rakyat di negeri ini sudah kenal dengan sikap sebenar parti berkenaan yang lebih dikenali sebagai ‘saudagar janji’. Katanya, pembangkang gagal melunaskan janji pada pilihan raya lalu, sebaliknya terus menabur janji baru sebagaimana yang terjadi di Perak dan Selangor. "Kita dapat tahu pemimpin parti pembangkang ini kerap turun ke Johor setiap minggu untuk ambil alih negeri ini, tetapi mereka silap percaturan sekiranya mahu menjadikan Johor seperti Perak dan Selangor. "Rakyat keseluruhannya sudah mula sedar dengan sikap sebenar ‘saudagar janji’ ini. Mereka hanya tahu menabur janji. Oleh itu, saya yakin Johor akan terus menjadi kubu kuat Umno dan Barisan Nasional (BN)," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Pasir Gudang di UniKL MITEC di sini, hari ini. Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata, Johor dilihat cukup kuat untuk mempertahankan negeri ini daripada dirampas pembangkang di bawah kepimpinan sedia ada serta jalinan di peringkat bahagian hingga ke akar umbi. “Apa berlaku di akar umbi, sokongan terhadap Umno dan BN kukuh. Biarpun diakui ada masalah sedikit, tapi sikap orang Johor berbeza. Mereka mungkin ada berbalah tetapi menjelang pilihan raya mereka akan bersatu. “Apa berlaku di Selangor dan Perak amat dikesalkan rakyat kerana program dirancang tidak dapat dilaksanakan. Saya harap Johor dengan kepimpinan yang ada terus kukuh kekalkan kerusi dan merebut kerusi yang kecundang pada PRU12,” katanya. Terdahulu, dalam ucapannya, beliau turut menggesa pemimpin dan ahli Umno agar bersatu kerana ia adalah asas kekuatan parti ini dalam menghadapi sebarang cabaran. Ahmad Zahid turut meminta jentera parti di semua peringkat supaya sentiasa bersiap sedia bagi menghadapi pilihan raya. "Pada pilihan raya lalu, pembangkang berjaya menawan beberapa negeri dan mereka mahu ia berulang pada pilihan raya akan datang. Justeru, kita harus melipatgandakan usaha bagi memastikan kemenangan di tangan BN," katanya.

Selasa, Julai 03, 2012

SHABERY MAHU ORANG MUDA TANDING DI KEMAMAN

Ahli parlimen Kemaman, Datuk Seri Ahmad Shabery berkata, jika diberi pilihan pada pilihan raya umum akan datang, dia berhasrat melihat orang muda mengambil alih posisi disandangnya sama ada sebagai anggota Parlimen Kemaman mahupun untuk portfolio menteri belia dan sukan. Katanya, tidak timbul isu sama ada beliau masih mahu bertanding atau pun tidak kerana siapa calon yang bertanding adalah pilihan pucuk pimpinan parti. Beliau yang juga Menteri Belia dan Sukan menyifatkan desas-desus kononnya beliau akan dilantik sebagai menteri besar Terengganu selepas pilihan raya umum (PRU) ke-13 nanti hanya khabar angin yang dicetuskan oleh pembangkang untuk memecah belahkan Umno negeri itu. Katanya beliau juga tidak berminat untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRU akan datang. "Itu bukan bidang saya dan saya percaya kepimpinan Datuk Seri Ahmad Said adalah yang terbaik yang patut diberikan peluang untuk meneruskan kepimpinannya pada penggal yang akan datang," kata anggota Parlimen Kemaman itu. "Berita itu sama sekali tidak berasas dan hanya khabar angin dari pembangkang untuk memecahkan Umno," katanya kepada pemberita, sekali gus menafikan laporan portal pembangkang, Harakahdaily semalam mengenai rancangan itu. Portal berita itu melaporkan kononnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dikatakan merancang melantik Ahmad Shabery bagi menggantikan Ahmad Said sebagai menteri besar sekiranya BN mengekalkan kerajaan negeri pada PRU kali ini. Ini kerana, Ahmad Shabery dianggap faktor pengimbang antara dua kumpulan Umno yang bertelingkah di negeri ini iaitu kumpulan Ahmad dan kumpulan bekas menteri besar, Datuk Seri Idris Jusoh. Selain Ahmad Shabery, turut disebut antara calon menteri besar Terengganu adalah anggota Parlimen Kuala Nerus, Datuk Nasir Ibrahim Fikri.
an saya lihat hanya orang yang sama dari dulu (yang memegang jawatan) walau usia sudah lanjut masih enggan melepaskan (jawatan) seolah-olah tiada ‘bintang' (calon) baharu. "Tetapi kepimpinan Umno Terengganu sentiasa ada pelapis di mana selepas kepimpinan Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad ada wajah-wajah baru (menjadi menteri besar)," katanya lagi. Menurutnya, di peringkat Kemaman sendiri sentiasa ada ramai pemimpin pelapis termasuk yang boleh menggantikan tempat beliau sendiri.

Isnin, Julai 02, 2012

DR CHUA YANG HILANG AKAL

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata ADUN Umno Johor yang mencadangkan supaya hukum hudud dilaksana ke atas orang Islam dan bukan Islam di negeri itu "hilang akal" kerana mengemukakan perkara tersebut. Dalam satu tulisannya di Twitter malam tadi, Chua berkata ADUN berkenaan, Datuk Ayub Rahmat juga telah kehabisan idea sehingga menimbulkan cadangan berkenaan. "ADUN Umno Johor itu tentu sudah kehabisan idea dan hilang akal untuk mencadangkan hudud di Johor meliputi bukan Islam," katanya. Tambahnya, MCA "pastinya" menentang usaha seperti itu. Ayub yang merupakan ADUN Kemelah membangkitkan cadangan itu 20 Jun lalu pada mesyuarat pertama penggal persidangan kelima Dewan Negeri Johor ke-12. Ketika diminta menjelaskan cadangannya itu, berkata beliau mahu melihat Johor mendahului negeri lain melaksanakan hukum hudud "sebenar" – yang menurutnya berbeza dengan hudud PAS. Hukum hudud sebenar meliputi semua kaum dalam sesuatu negara berbanding hudud PAS yang hanya tertakluk kepada orang Islam, kata Ayub yang memberi contoh Kanun Jenayah Syariah II (1993) (Hudud Kelantan). Beliau berpandangan bahawa undang-undang itu menimbulkan diskriminasi dari segi pelaksanaan di antara orang Islam dan bukan Islam. Pendiriannya itu meletakkan MCA sebagai parti kedua paling besar dalam BN dalam kedudukan sukar. MCA sebelum ini lantang mengkritik undang-undang hudud dan sentiasa menyerang PAS atas rancangan pelaksanaan undang-undang syarie yang didakwa akan menakutkan pelabur asing. MCA menjadikan kritikan ke atas hudud sebagai bahan kempen utamanya dalam menghadapi pilihan raya umum untuk menentang seterunya, DAP. Ulasan saya, nampaknya Dr Chua Soi Lek yang terlibat dengan skandal sex yang hilang akal bila menentng cadangan ADUN Umno yang mahu hukum hudud dilaksanakan di Johor. Hukum hudud adalah hukum Allah. Bila orang kafir macam Dr Chua menebtang hudud dengan sendirnya orang Islam tidak akan mengundi MCA dalam pilihanraya umum ini. Jadi siapa yang hilang akal, Dr Chua atau Ayub rahmat.