Sabtu, Julai 02, 2016

MANA BOLEH SAMAKAN KES LIM GUAN ENG DENGAN KES PM



Susulan dua pertuduhan rasuah, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng kini berdepan desakan supaya beliau bercuti atau mengosongkan jawatan disandangnya dalam kerajaan negeri.

Ditanya pendiriannya berhubung perkara itu, bekas pengerusi Majlis Peguam Ambiga Sreenevasan berkata:

“Tanya saya balik lepas perdana menteri buat (perkara sama).”

Beliau merujuk kepada sikap Datuk Seri Najib Razak berdepan desakan supaya beliau bercuti sehingga siasatan terhadapnya selesai.

“Dalam sebuah demokrasi sebenar, PM patut jadi orang pertama bercuti ketika berdepan dakwaan serius salah laku kewangan kerana tindakan terus menjadi menteri kewangan dan PM tidak dapat dipertahankan.

“Tetapi apa yang kita ada bukan demokrasi tetapi pemerintahan diktator/kleptokrasi.

“PM enggan ikut perkara ini sebaliknya campur tangan secara langsung dengan siasatan terhadapnya,” katanya.

Najib sudah berulang kali menafikan dakwaan salah guna dana awam untuk tujuan peribadi dan mendakwa terdapat konspirasi untuk menjatuhkannya.

Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali juga sudah membersihkannya daripada sebarang salah laku.

Lim semalam didakwa bawah dua pertuduhan di Mahkamah Tinggi George Town bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Pertuduhan itu dibuat susulan kelulusannya terhadap permohonan Magnificent Emblem Sdn Bhd untuk menukar sebidang tanah daripada status pertanian kepada perumahan.

Beliau juga berdepan kes pembelian banglo daripada ahli perniagaan Phang Li Koon, bawah harga pasaran RM4.27 juta.

Ulasan saya, nampaknya Ambiga sendiri tidak faham dengan kes PM. Adakah PM sudah didakwa di mahkamah? Sedangkan Peguam Negara dapati Najib Razak bersih untuk didakwa dalam kes 1MDB.

Oleh kerana beliau tidak didakwa di mahkamah, maka tidak perlu PM meletakkan jawatannya sedangkan Lim Guan Eng kini dibicarakan di mahkamah dan didesak untuk letak jawatan.

Kes macam ini pun Ambiga tak faham. Takkan kes mudah ini beliau tidak faham. Melainkan PM sudah didakwa dan enggan meletakkan jawatan bolehlah beliau memeberi jawapan seperti di atas.

Kedangkalan beliau dalam isu ini menunjukkan Ambiga seorang yang berat sebelah bila isu melibatkan pemimpin pembangkang.