Isnin, September 26, 2011

BN TETAP KALAH DI PULAU PINANG WALAUPUN NAJIB DATANG


Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau berbangga dengan peranan dan sumbangan kaum Cina di negara ini dalam menjadikan pendidikan lebih baik di Malaysia.

Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan masih menyokong dan memberikan bantuan kepada sekolah Cina sejak negara ini mencapai kemerdekaan.

Katanya, semasa beliau menjadi menteri pelajaran, beliau mengambil tindakan berani dengan menggugurkan kuasa Menteri Pelajaran untuk menukar sekolah jenis kebangsaan kepada sekolah kebangsaan dan salah satu hasil positif daripada penukaran ini adalah meluaskan diversiti dalam sistem persekolan Malaysia.

azlan"Sekolah jenis kebangsaan Cina kini menarik hampir 56,000 pelajar bumiputera daripada jumlah 612,000 keseluruhan pelajar dan pada hari ini lebih ramai orang Melayu bertutur dalam bahasa Mandarin.

"Ini adalah sebahagian daripada transformasi bagi membantu kita dalam pentingnya kelebihan perniagaan pada masa akan datang kerana China menyatukan kuasa ekonominya.

"Anak lelaki saya mempelajari bahasa Mandarin di Georgetown University (di Amerika Syarikat).

"Tahun lalu saya hantar dia ke Beijing (China) sebulan untuk belajar Mandarin. Kini dia mengucapkan terima kasih kepada saya kerana ini," katanya pada pelancaran Berbasikal Amal 1Malaysia untuk Pendidikan di Penang Straits Quay, Tanjong Tokong di Georgetown hari ini.

Turut hadir Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang juga Presiden Gerakan dan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen yang juga Naib Presiden MCA.

china and malaysia relations 110405 tun razak and maoNajib berkata, ayah beliau Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein mengambil langkah penting dengan membina hubungan baik dengan China dan beliau (Najib) meneruskan usaha itu.

"Kita perlukan lebih ramai rakyat Malaysia, dari setiap latar belakang dan warisan untuk memperoleh perniagaan untuk kita dengan China dan sehubungan itu, kita perlukan lebih ramai penutur dalam Mandarin bagi membantu kita meneroka lapangan baru dalam kita hubungan dengan China sebagai sebuah kuasa besar ekonomi global," kata beliau.

Beliau berkata, masyarakat Cina Malaysia sangat terkenal dengan ketekunannya, rajin bekerja dan berjimat-jimat dan hari ini kita perlu menambah dengan nilai-nilai tidak mementingkan diri dan dedikasi untuk mempelajari.

"Saya teringat dengan kata-kata Cina, Sejauh Mana Pun Kita Miskin, Kita Tidak Kompromi Pendidikan." katanya.

NONEBeliau berkata, kerajaan akan terus memberikan tumpuan mengenai pendidikan sebagai sebahagian daripada program bagi membangunkan negara ini.

Najib berkata, masa hadapan Malaysia bergantung kepada semua rakyat Malaysia khasnya orang muda dan menerusi pendidikan kita boleh membina masa hadapan yang lebih baik untuk negara kita dan semua rakyat Malaysia.

"Menerusi pendidikan kita boleh mengatasi semua halangan. Kita boleh mempunyai kemakmuran dengan lebih besar untuk semua rakyat Malaysia. Pendidikan adalah medium yang kita harapkan bersama.

Sama ada sekolah Cina, sekolah India atau sekolah agama...kita perlu membantu anak-anak kita untuk berjaya. Saya percaya pendidikan adalah satu aset dan pelaburan," kata beliau.

Perdana Menteri berkata, selain China, Malaysia juga perlu membina hubungan baik dengan India, negara-negara Timur Tengah dan Barat dan ini boleh dilakukan menerusi pendidikan.

Ulasan saya, kedatangan Najib ke majlis basikal amal itu telah mengutip sebanyak RM15 juta untuk tabung pendidikan sekolah Cina.Lihatlah tengok betapa korporat Cina bersatu demi kemajuan kaum mereka. Ketua Menteri,Lim Guan Eng sanggup hadiri majlis PM kerana demi kepentingan pendidikan kaum Cina di Pulau Pinang.

Buat apalah Najib hadiri majlis itu kerana BN tak mungkin dapat menawan semula Pulau Pinang dari tangan DAP.Pengundi Cina tetap mengundi DAP.Kedatangan Najib ke majlis amal itu tidak menguntungkan BN.

Selepas Gerakan mengusir MCA pada tahun 1969, Gerakan bertapak di Pulau Pinang selama 39 tahun. DAP pun akan mengambil masa yang panjang memerintah Pulau Pinang walaupun Ketua Menterinya orang Melaka.Sebab itu Najib tak perlu buang masa tawan Pulau Pinang dan Kelantan. Lebih baiktumpu tawan Kedah,Perak dan Selangor sahaja dalam pilihanraya umum akan datang.