Isnin, Januari 09, 2017

DAH PENCEN PUN SPRM KEJAR LAGI



KUALA LUMPUR 8 Jan. - Bekas Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini kerana terlibat dalam kes menerima wang suapan bernilai RM36,000 dua tahun lalu.


Difahamkan, suspek berusia 62 tahun itu telah didakwa sebelum ini atas pertuduhan menggunakan jawatannya untuk mendapatkan suapan dengan meluluskan permohonan pinjaman program perintis Tekun Nasional berjumlah RM200,000 kepada sebuah syarikat e-learning yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengannya.

Menurut sumber, suspek ditahan kira-kira pukul 5.15 petang hari ini di kediamannya di Bukit Bandaraya, Shah Alam, Selangor.

“Suspek dipercayai telah menerima wang suapan RM36,000 pada 15 Januari 2015 ketika masih memegang jawatan dalam TEKUN Nasional sebagai dorongan membantu mempercepatkan proses bayaran tuntutan sebuah syarikat pemungut hutang berjumlah RM360,009,” katanya

ulasan saya, penjawat awam harus ingat dengan keberanian SPRM mutakhir ini. Jika anda sudah pencen anda ingat anda sudah selamat tetapi rupa-rupanya SPRM masih mencari anda. Ketegasan SPRM menangani gejala rasuah di bawah kepimpinan Datuk Mustafa Ali wajar diberi pujian. Syabas SPRM