Rabu, Ogos 26, 2009

BANTU ORANG SAKIT PUNCA MASUK GMC



Selama ini Puan Saleha binti Hassan,40, atau nama ringkasnya Seha tidak berminat menyertai multi level marketing (MLM). Sudah ramai rakan-rakannya yang berkempen dengannya untuk menyertai pelbagai jenama MLM, tetapi beliau menolak pelawaan rakan-rakannya itu.


Tetapi ia agak berlainan dengan GMC Network Sdn Bhd yang diceburinya secara sepenuh masa mulai 10 Julai lalu.


“Pada suatu hari saya ikut kawan saya ke Melaka. Di sana ada majlis taklimat GMC tetapi saya tidak berminat menyertainya,” cerita Seha kepada BUSINESS KINI.


Ibu tunggal kepada lima orang anak yang berusia antara dua tahun hingga 16 tahun ini akhirnya terpanggil menyertai GMC kerana melihat GMC banyak menolong orang yang sakit setelah mengenali Sifu@Khirul Anuar.


“Saya lihat ada rakan saya yang kena barah payu dara makin pulih bila minum NUTRIblend produk GMC. Oleh itu saya tertarik menyertai GMC kerana selain dapat menambah pendapatan ia dapat menolong orang yang sakit kritikal seperti kencing manis, sakit jantung dan sebagainya,” katanya.


Beliau yang bekerja dengan sebuah syarikat kecantikan terkemuka tidak menyesal meletakkan jawatan di mana pendapatannya sudah mencecah RM6,500 sebulan.


“Saya rasa saya tidak boleh buat bisnes ini secara separuh masa. Maka saya letak jawatan dan beri tumpuan kepada GMC,”katanya sambil mengatakan syukur kerana dalam tempoh sebulan pendapatannya sudah mencecah RM10,000 sebulan.


Secara begrgurau, beliau berkata orang lelaki boleh buka empat cawangan dalam satu masa tetapi perempuan tak boleh, maka beliau letakkan jawatan kerana beri tumpuan 100% kepada GMC.


Berasal dari Bukit Baru, Melaka, Seha mengatakan faktor kejayaannya ialah kerana beliau focus dalam bidang yang disertai dan mendapat bimbingan oleh Sifu@Khirul Anuar


“Dalam mana-mana bisnes, kita kena fokus untuk capai kejayaan. Ia tidak boleh dibuat sambil lewa,” katanya lagi.


Sambil memuji system, program HWWH dan produk GMC adalah bagus, menyebabkan beliau tertarik menyertai GMC.


“Jika produk bagus, tetapi sistem pemasarannya tidak bagus, ia tidak bermakna. Begitu juga jika sistem pemasaran bagus tetapi produknya tidak bagus, ia juga tidak bererti. Oleh itu kedua-duanya kena bagus, produk dan sistem pemasarannya,” tegasnya lagi.


Beliau menyeru golongan ibu tunggal sama ada yang baru bercerai atau sudah lama kematian suami menyertai GMC kerana baginya melalui GMC, kita dapat menambah pendapatan kita.


Katanya, kita jangan bersedih di atas kegagalan rumah tangga kita. Sebaliknya jadikan kegagalan itu sebagai tangga kejayaan kita dalam perniagaan ini.


Biasanya, beliau menambah, orang yang sudah bercerai, hilang keyakinan diri.


“Oleh itu melalui peerniagaan seperti ini kita dapat pulihkan semula semangat kita,’ katanya sambil berpegang teguh kepada falsafah hidupnya bahawa “ hatiku boleh dilukai tetapi semangatku tidak boleh pudar”.


Seha tidak pernah menyesal meninggalkan bidang kecantikan dengan menyertai bidang kesihatan ini.


“Dahulu saya buat orang jadi cantik sekarang saya buat orang tidak sihat jadi sihat,” katanya sambil mengatakan ia adalah satu kepuasan apabila melihat pelanggannya yang sakit kronik baik dari penyakit mereka.


(untuk mengetahui kisah penuh Seha, belilah majalah BUSINESS KINI edisi 8 yang akan berada di pasaran mulai minggu hadapan)

SHAHRIZAT KATA SISTEM SYARIAH ZALIM?


Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berharap Kartika Sari Dewi Shukarno akan memohon semakan bagi hukuman sebat yang dijatuhkan Mahkamah Syariah Kuantan.


Shahrizat berkata kes berkenaan menarik perhatian umum dan kementerian khuatir kes berkenaan akan menjadi contoh kes seumpamanya pada masa depan.


"Namun, terserah kepada beliau untuk memohon semakan, beliau boleh melakukannya dan saya berharap beliau akan melakukannya. Kita tidak boleh memaksa beliau untuk tidak disebat kerana beliau mungkin sudah bertaubat menyebabkan beliau menerima hukuman itu," kata Shahrizat kepada pemberita di pejabatnya di Kuala Lumpur.


Shahrizat berkata kementerian hanya ingin memastikan Kartika tahu mengenai haknya dan mempunyai kemudahan sumber perundangan.Kartika yang dijatuhkan hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Syariah Kuantan pada 18 Julai lepas kerana meminum arak di sebuah hotel di Cherating, Pahang pada 11 Julai tahun lepas.


Meskipun hukuman itu dianggap keterlaluan dan zalim oleh banyak pihak, Kartika menerima hukuman itu dan membayar denda serta memohon hukuman sebat itu dilaksanakan segera.


Shahrizat berkata Kartika mungkin menghadapi trauma akibat dijatuhkan hukuman tersebut dan tidak mendapat nasihat bahawa beliau boleh mengambil jalan lain bagi mengelakkan hukuman itu.


Merujuk kepada perkembangan terkini kes itu, Shahrizat berkata keputusan penangguhan hukuman oleh Mahkamah Syariah Pahang semalam merupakan satu langkah positif dan menunjukkan keprihatinan pihak terbabit.


"Kita tidak mahu sistem syariah di negara ini dikatakan zalim hanya kerana satu kes ini dan seterusnya mencemarkan imej negara di mata dunia," katanya.


Shahrizat tidak bersetuju dengan tanggapan sesetengah pihak yang meminta supaya hukuman tersebut diteruskan untuk melihat bagaimana sebenarnya hukuman rotan terhadap wanita dijalankan dalam hukum Syariah.


"Ini bukan isu bagaimana sebatan itu dijalankan, tetapi isu keadilan. Adakah hukuman itu dijatuhkan sebegitu rupa kerana Kartika seorang wanita," kata Sharizat.


Beliau berkata pihaknya tidak mempertikaikan kuasa hakim Mahkamah Syariah yang menjatuhkan hukuman itu tetapi terkilan kerana hakim telah menjatuhkan hukuman paling berat.


"Dalam Islam apabila menjatuhkan hukuman mesti bijaksana, adil, dan ada belas kasihan. Walaupun sebagai pengajaran kepada pesalah kita tak boleh aibkan seseorang, apatah lagi dia seorang wanita," katanya.


Terdahulu Pengarah Ekskutif Sisters In Islam, Dr Hamidah Merican yang mewakili The Joint Action Group for Gender Equality (JAG) menyerahkan memorandum bertajuk 'Justice For Kartika' kepada Shahrizat.


Memorandum itu antara lain meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengambil tindakan segera dalam menangani isu berkenaan.