Rabu, Januari 07, 2009

TV1 MARTABATKAN BAHASA MANDARIN


Adakah Bahasa Mandarin sudah jadi bahasa rasmi negara kita? Langkah TV1 memartabat bahasa mandarin dalam berita utama jam 8 malam amatlah menyedihkan. Sebaliknya berita perdana dalam bahasa malaysia telah disiarkan pada jam 9 malam.

Penjelasan Menteri Penerangan, Ahmad Shabery Cheek tidak memuaskan hati kita. Katanya, jam 9 lebih ramai orang bersedia menonton tv dan menikmati berita. Adakah langkah menukar siaran berita bahasa malaysia ini ke jam 9 malam menunjukkan tv1 menyerah kalah kepada buletin utama tv3.

Selama ini berita perdana tv1 gagal menyaingi buletin utama tv3. Rakyat Malaysia lebih memilih tv3 dari tv1 pada jam 8 malam kerana kandungan berita tv3 lebih menyegarkan. Dengan bertukarnya waktu siaran ini, ini bermakna tv1 mengaku bahawa ia kalah kepada tv3.

Soal asyik tukar siaran antara tv1 dan tv3 pada jam 8 malam tidak timbul kerana Bernama TV yang turut menyiarkan berita setiap jam pun tetap jadi pilihan penonton. Sebenarnya tv1 yang gagal memikat penonton. Adakah berita pada jam 9 malam dapat menarik penonton? Sedangkan masa itu ramai penonton sudah bersedia menonton drama di tv3 atau HBO atau Star Movies atau Cinemax di astro. Sebenarnya jam 8 malam adalah waktu yang tepat untuk menyiarkan berita dalam bahasa malaysia.

Menyiarkan berita mandarin pada waktu tersebut seolah-olah Tv1 memartabat bahasa tersebut pula. Orang Cina tak kan tengok berita tv3 atau tv1 (bahasa malaysia lagi) jika tv1 kekalkan jam 9 untuk berita malaysia. Sebaliknya ia menarik orang cina menonton berita cina sahaja.

Justru itu tv1 perlu mengkaji semula waktu siaran ini. Biarlah kalah bersaing dengan tv3, tetapi kekalkanlah berita bahasa malaysia pada jam 8 malam di tv1.