Selasa, Ogos 31, 2021

POK YA DALAM KENANGAN

 


Pagi ini jam 12.20 saya terima berita kematian Zakaria Yaacob bekas pegawai TDC daripada anaknya Wahida.


Arwah yang lebih dikenali sebagai Pok Ya pencen awal apabila beliau ditawarkan jawatan pegawai khas kepada Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman pada tahun 2014.


Ketika di TDC beliau pernah bertugas di Jakarta selama dua tahun. Berasal dari Kelantan tetapi beliau lama menetap di Terengganu.


Arwah pernah menjadi ahli jawatankuasa pemuda Umno Bahagian Marang pada awal 80an sewaktu pemuda diketuai Datuk Abdul Rahman Bakar.


Saya kenali Pok Ya melalui kawan saya Izam yg juga pegawai TDC org Terengganu juga. Saya pernah berkunjung ke rumah Izam di Kg Baru pada tahun 1985. Di situ saya kenali Rahman Bakar yg masih menjadi guru ketika itu. Kebetulan Rahman datang menemui kawannya di rumah sewa tersebut. 


Pok Ya seorang yang peramah. Setiap kali bertemu di restoran Nagas macam macam kisah yang arwah cerita sejarah Umno di zaman Wan Mokhtar, Idris Jusoh dan Ahmad Said.


Arwah adalah pencerita yang baik. Selepas berpindah ke Terengganu pada tahun 2014 saya jarang bertemunya tetapi dia selalu berhubung dengan saya melalui wasap.


Selepas arwah dipotong kaki kerana kencing manis pada tahun lepas, saya tak sempat menemui arwah kerana pkp tidak mengizinkan saya merentas negeri tetapi kami tetap berhubung melalui wasap.


Saya kehilangan sahabat yang baik. Semoga arwah tenang di sana. Alfatihah buat Pok Ya.


Isnin, Ogos 30, 2021

TUN SAKARAN DANDAI DALAM KENANGAN

 



Saya mengenali Tun Sakaran Dandai ketika beliau masih ahli parlimen Semporna pada tahun 1986-1990. Saya pernah wawancaranya di parlimen pada tahun 1987 ketika bertugas dengan akhbar watan.


Selepas wawancara, beliau pesan supaya akhbar Watan jangan kutuk Presiden Usno, Tun Datu Mustapha. Arwah adalah timbalan president Usno.


Pada tahun 1990 apabila PBS keluar dari BN, arwah dilantik menteri tanah dan koperasi yang dikosongkan oleh Tan Sri Kasitah Gadam.


Saya sibuk di Kota Kinabalu jarang ikuti majlis arwah apabila beliau balik  ke Sabah. 


Beliau seorang yg tenang dan jarang keluarkan kenyataan yang controversi yang menyebabkan Watan kurang minat membuat liputan majlis beliau.


Apabila saya balik ke Kuala Lumpur pada tahun 1991, ada kawan nak temui arwah. Saya terus bawaknya ke pejabatnya di Wisma Tanah di Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Kebetulan hari itu arwah tidak sibuk tanpa buat temujanji terus kawan saya dapat temuinya arwah. Seronok kawan saya dapat jumpa menteri tanpa buat temujanji.


Ketika arwah di kementerian tersebut saya selalu temui setiausaha politiknya, Shafie Apdal dan Setiausaha Akhbarnya, Taufik Abdullah.


Apabila Taufik letak jawatan setiausaha akhbar beliau rekomen nama saya untuk gantinya kepada Shafie Apdal. Shafie setuju dan suruh saya lapor diri pada 21 Mac 1994 tetapi saya tak sempat lapor diri kerana arwah dilantik Ketua Menteri Sabah pada 17 Mac 1994.


Beliau dipanggil balik ke Sabah apabila PBS tumbang selepas Datuk Lajim Okin menyertai Umno.


Pada tahun 1985 arwah dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah. Beliau adalah ahli politik yang tidak controversi. 


Walaupun anak saudaranya menerajui parti Warisan, arwah tetap bersama Umno hingga ke akhir hayat. 

Kesetiaannya kepada Umno menyebabkan anaknya Nasir kalah bertanding sebagai calon BN kepada calon Warisan pada pru 2018. Takziah kepada keluarga arwah. Al fatihah




Ahad, Ogos 29, 2021

DATUK LAJIM DALAM KENANGAN

 


Sewaktu bertugas sebagai wakil akhbar Watan di Sabah pada tahun 1989-1991, saya dibawa pegawai Datuk Zaki Gusmiah (arwah Datuk Khusairi Talib) wawancara Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Lajim Okin.


Ketika itu beliau kalah prn 1986 tapi dilantik ADUN. Perlembagaan Sabah membenarkan Ketua Menteri melantik 6 orang ADUN. Terengganu pun ada 6 ADUN dilantik tapi Menteri Besar tak melantik semua cuma melantik ADUN wanita.


Lajim pemimpin Islam dalam kerajaan PBS yang jaga Majlis Ugama Islam Sabah(Muis). Ketua Menteri. Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan dianggap sebagai anti Islam tetapi setiap kali perasmian tilawah alquran beliau hadir sampai habis mendengar qari membaca alquran.


Saya rapat dengan Lajim selalu ikutnya ke rumahnya di Beaufort dan tidur di rumahnya kerana esoknya ada majlis beliau yang mana saya kena buat liputan.


Sebagai pemimpin suku kaum Bisaya, Lajim adalah presiden persatuan Bisaya. Pada pru 1990 beliau menang di DUN Klias. 


Seterusnya beliau mencabar Datuk Baharom  bagi jawatan Timbalan Presiden PBS tapi beliau kalah. Beliau kekal sebagai pembantu menteri.


Selain itu beliau adalah pemimpin persatuan belia Sabah (SANYA). 


Lajim dikenang sebagai pembentuk kerajaan BN Sabah apabila beliau melompat ke Umno pada tahun 1994. Kerajaan PBS tumbang dan  Menteri Tanah dan Koperasi, Tun Sakaran Dandai balik ke Sabah sebagai Ketua Menteri Sabah.


Lajim dilantik timbalan ketua menteri. Beliau juga melobi dengan Pak Lah nak jadi Ketua Menteri Sabah tetapi Pak Lah pilih Tan Sri Musa Aman.


Pak Lah bawa Lajim ke kabinet Persekutuan sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan kerajaan Tempatan. Masa itu arwah suruh cari oraƱg untuk jadi pegawai media beliau. Saya rekomen kawan saya Abdullah Karim untuk bekerja dengan Lajim.


Lajim tidak puas hati dengan Musa maka beliau sertai PKR tetapi kalah dlm pru 2014. Selepas itu beliau tubuh parti baru tapi gagal tawan hati rakyat Sabah.


Ketika beliau menjadi pengerusi eksekutif Amanah Ikhtiar Malaysia saya tak sempat menemui beliau. Saya kehilangan sahabat yg baik yang banyak membantu saya selepas saya tak jadi wartawan. Alfatihah


Sabtu, Ogos 28, 2021

PM TIADA TELUR

 


Teringat pd ucapan wakil Wilayah Persekutuan dalam perhimpunan agung Umno dahulu, arwah Datuk Azman Attar yg berkata if you are in power make sure you are powerful, if not you are damn bloodyful.


Ini yang dapat disimpulkan kpd PM kita Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob (ISY) selepas mengumumkan barisan kabinet pada jam 11 pagi tadi.


Ia adalah kabinet recycle Tan Sri Mahiaddin Yasin (TSMY) Mengekalkan ramai menteri TSMY dlm kabinet ISY bukti ISY tiada telur tak berani buat perubahan.


Tak guna menggunakan slogan baru Keluarga Malaysia sedangkan beliau masih mengekalkan muka lama. Sepatutnya beliau menaikkan orang baru dalam kabinet.


Dari satu segi memang bagus ia adalah kesinambungan dasar lama menteri tetapi mengekalkan muka lama seperti Azmin Ali, Radzi Jidin yang dimarahi rakyat amat mengejutkan.


Nampak sangat Isy tak berani buat perubahan radikal. Punca kenaikan kadar harian covid19 kerana Azmin enggan menutup kilang. Sepatutnya Azmin dibuang dari kabinet.


Nabi Muhammad pernah bersabda jika jawatan diberi kepada bukan ahlinya maka tunggulah saat kehancurannya. KJ bukan seorang doktor tetapi dilantik menteri kesihatan.


Seorang ulama seperti Dr Zulkifli dibuang tetapi Tengku Zafrol yg pro bank dikekalkan. Pelik juga kabinet Isy. Kita tunggu 100 hari beranikah Isy buat rombakan kabinet.


Jawatan TPM yg baru 45 hari diwujudkan dikosongkan semula. Yg melobi jawatan tersebut ialah Azmin tapi mungkin Yang Dipertuan Agong tidak berkenan atau ia akan menimbulkan kemarahan Timbalan Presiden Bersatu, Pejal.

 

Pejal dah tua untuk jadi Menteri Belia dan Sukan tetapi kementerian ini sudah melahirkan 3 org PM iaitu Najib, Mahiaddin dan Isy.


Oleh itu Pejal lebih layak jadi TPM daripada Azmin. Isy menunggu 45 hari sebelum beliau berundur dari jawatan PM untuk angkat Pejal sebagai TPM yg baru.

Ahad, Ogos 22, 2021

ANAK PETANI JADI PM

 BEGITULAH KEHENDAK TUHAN


Akhirnya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (ISY) diumumkan sebagai PM yg kesembilan semlm.


Siapa sangka anak Pahang itu diangkat sebagai PM baru. Ini melengkapkan politik PJK yg sering digunakan oleh wartawan terkenal Subky Latif.


Yg dimaksudkan politik PJK ialah PM dari Pahang Johor Kedah. Dari Pahang Tun Razak, Datuk Seri Najib dan ISY. Dari Johor Tun Hussein Onn dan Tan Sri Mahiaddin Yasin manakala dari Kedah Tunku Abdul Rahman dan Tun Dr Mahathir (dua kali).


Isy adalah org baru dlm politik. Bertanding pru buat kali pertama pd pru 2004. Tp dah lama jadi ketua pemuda Temerloh sejak tahun 1993. 


Inilah kali pertama seorg setiausaha politik menjadi PM. Jika arwah Sabaruddin Chik masih hidup, beliau bangga dgn pencapaian anak muridnya itu.


Isy baru dipilih Naib Presiden Umno setelah BN kalah pru 2018. Jika Datuk Seri Hishamuddin mempertahankan jawatan Naib Presiden Umno pd pemilihan 2018 mungkin beliau yg jadi PM hari ini. 


Begitu juga jika Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiada kes mahkamah, beliau yg jadi PM hari ini.


Zahid,Hishamudin dan Anwar tiada rezeki jadi PM. Betul kata Dr Mahathir tanpa sokongan beliau Anwar tak ke mana.


PH menang kerana rakyat nak Mahathir pada pru 2018. Ku Li dikatakan calon pilihan majlis tertinggi Umno tetapi ahli majlis tertinggi bukannya boleh mengundi. Yang boleh mengundi ialah 222 ahli parlimen. Sebab itu 40 ahli parlimen BN undi Isy utk meneruskan kerajaan PN. Bersatu takkan nak pilih Ku Li maka Isy yg ditonjolkan Umno yg telah dipilih Mahiaddin sebagai TPM.


Hanya menjadi TPM selama sebulan terus diangkat sebagai PM. Sebagai menteri pertahanan dlm kabinet PN tidak nampak apa yg Isy buat tapi sebagai menteri kanan setiap hari beliau muncul dlm tv taklimat mengenai covid19.


Inilah kelebihan Isy yg berani menjawab soalan wartawan tidak seperti Mahiaddin yg tak pernah adakan sidang akhbar sepanjang jadi PM. Tahniah isy. Semoga isy berjaya menangani masalah covid19.