Ahad, Oktober 16, 2011

UNDURLAH DR KOH


Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon telah menolak gesaan supaya beliau meletak jawatan, sambil menegaskan bahawa beliau akan kekal memimpin parti itu sehingga pilihan raya umum akan datang.

"Saya berhasrat untuk memimpin parti menghadapi pilihan raya umum akan datang," katanya dalam satu sidang akhbar, sambil menambah beliau akan umumkan kemudian jika dan di mana beliau bertanding.

Sidang akhbar itu dipanggil sebaik berakhirnya mesyuarat perwakilan Wanita Gerakan di mana ketuanya, Tan Lian Hoe - dalam ucapan dasarnya - membidas Dr Koh di atas kepimpinannya yang "lemah".

Tan menjelaskan kepada pemberita kemudiannya bahawa Dr Koh hanya mempunyai dua pilihan - perbaiki keadaan atau berundur.

Koh, sebaliknya menyebut, Tan kerap tidak menghadiri mesyuarat kepimpinan parti ,dan kerana itu, telah membuat penghakiman sedemikian.

"Mungkin jika lebih kerap menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) lebih kerap, dia akan lebih memahami apa yang sedang berlaku dan keputusan yang telah kami dibuat," katanya.

Dr Koh berkata Tan harus sedar bahawa ia adalah kepimpinan secara kolektif - merujuk kepada kedudukan Tan sebagai anggota CWC.

Mengenai dakwaan Tan bahawa beliau (Dr Koh) tidak mampu membuat keputusan yang sukar, presiden Gerakan berkat,a Tan berhak kepada pendapatnya.

Menurutnya, selepas persidangan perwakilan Gerakan ini, beliau akan membuat banyak keputusan yang sukar dan berharap Tan "boleh menerimanya dengan baik".

Ulasan saya, bila perwakilan telah mempertikai kepimpinan kita, buat apa kita tunggu lagi. Berundurlah. Apatah lagi yang mempertikaikan kepimpinan kita ialah seorang yang berjawatan ketua wanita dan timbalan menteri pula.

Pulau Pinang jatuh ke tangan DAP ketika Dr Koh Tsu Koon menjadi Ketua Menteri. Tetapi selaku Presiden Parti Gerakan yang baru, beliau dilantik sebagai senator dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Dr Koh sepatutnya dipertanggungjawabkan kerana selaku Pengerusi BN Pulau Pinang, BN tewas kepada DAP. Sepatutnya beliau dihukum tidak dilantik senator dan menteri. Bagaimana Gerakan mahu merampas kembali Pulau Pinang bila dalam Gerakan pun kepimpinan Dr Koh dipertikai?

Justru itu pilihan yang paling baik berundurlah Dr Koh dan memberi laluan kepada golongan muda untuk merampas kembali Pulau Pinang dari tangan DAP.