Selasa, Mei 21, 2013

BENTUK KERAJAAN BUKAN MELALUI RAMPASAN KUASA

Sebarang usaha untuk menukar kerajaan melalui rampasan kuasa adalah jelas di luar proses demokratik dan polis akan memberikan tindak balas yang sesuai, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi. Katanya, semua pihak bersetuju bahawa pembentukkan kerajaan mesti berlaku dengan cara yang demokratik dan tidak pernah berlaku di Malaysia pertukaran secara rampasan kuasa. Menurut Zahid lagi, rampasan kuasa dianggap terkeluar daripada proses demokrasi dan mengetepikan autoriti Yang di-Pertuan Agong. Beliau merujuk penangkapan aktivis mahasiswa Adam Adli ekoran ucapannya dalam sebuah forum di Kuala Lumpur minggu lalu, yang menyebabkannya direman lima hari bawah Akta Hasutan.