Selasa, Julai 10, 2018

BTN BUKAN DI BAWAH KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN, KENAPA SYED SADDIQ SIBUK?

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Biro Tatanegara (BTN) akan dimansuhkan dalam tempoh terdekat, kata Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini.

"Kita tidak mahu BTN, ia akan dimansuhkan," katanya pada forum bertajuk 'Perubahan Landskap Politik dan Aspirasi Belia' di Sunway University, di sini.

Syed Saddiq berkata demikian bagi mengulas langkah kerajaan untuk menutup BTN yang dikecam pihak tertentu sejak beberapa tahun lepas kerana mendakwa biro itu digunakan untuk memupuk doktrin perkauman serta ketaksuban dan hanya menguntungkan tuan politiknya.

Menyentuh mengenai perkara lain, Anggota Parlimen Muar itu berkata beliau komited terhadap cadangan agar usia layak mengundi diturunkan daripada 21 tahun kepada 18 tahun.

"Saya komited untuk menjadikannya suatu kenyataan dalam penggal pentadbiran Pakatan Harapan (PH) sekarang, "katanya.

Ulasan saya, BTN di bawah Kementerian Belia dan Sukan ke? Sepatutnya Syed Saddiq selaku menteri belia dan sukan tak perlu sibuk hal BTN. Biarlah menteri yang jaga BTN buat kenyataan. Beliau tak perlu campur urusan kementerian lain.