Isnin, April 24, 2017

ISKANDAR SAMAD TABUR WANG UNTUK HALANG PAS TAK KERJASAMA DENGAN PKR?



Kemelut kepimpinan dan jangka hayat Azmin Ali sebagai Menteri Besar dan Pakatan sebagai parti yang menjadi Kerajaan Negeri Selangor sebenarnya sudah sampai ke kemuncak.

Kedegilan PAS Pusat dan desakan daripada Dewan Pemuda PAS Selangor beberapa hari lepas agar hubungan PAS Selangor yang diketuai oleh Iskandar Samad dengan PKR, memberikan petanda perubahan besar yang akan berlaku di Selangor pada PRU-14 akan datang.

Di sebalik cakap besar dan sombong PKR kononnya mereka tidak lagi memerlukan PAS, rata-rata pemerhati politik menyifatkan cakap-cakap besar tersebut tidak ubah seperti menggali kubur sendiri.

Ini adalah kerana PKR tidak pernah dan tidak mampu berdiri sendiri. Dari mula PKR ditubuhkan pada tahun 1999, PAS adalah sandaran utama PKR untuk mendapatkan sokongan dan bantuan dalam pelbagai bentuk. Modal PKR menggunakan populariti Anwar Ibrahim tidak akan ke mana-mana sekiranya PAS tidak membantu menjayakannya. Manakala DAP pula hanya muncul selepas PAS bersusah payah membantu PKR untuk menguasai beberapa kerusi Parlimen dan DUN termasuklah mengorbankan kerusi-kerusi yang mereka tandingi secara tradisi.

Celupar mulut Azmin Ali yang berasa tercabar apabila Nik Abduh mengatakan PAS akan merampas Selangor dan memerintah negeri itu, membuatkan hubungan PAS dengan PKR menjadi bertambah renggang. Walaupun Azmin Ali tersedar daripada keceluparannya itu, tindakan Rafizi Ramli yang terus membiakkan permusuhan antara PKR dengan PAS, membuatkan Azmin Ali tidak senang duduk.

Tanda-tanda PAS Selangor akan memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR Selangor dan PKR Pusat secara keseluruhannya semakin jelas.

Sumber-sumber dari dalam PAS yang enggan namanya disebut menyatakan, kempen untuk mengekalkan Iskandar Samad sebagai Naib Presiden PAS dalam muktamar akan datang, semakin giat dijalankan oleh PKR Selangor. Untuk itu, sejumlah RM500,000 telah disediakan bagi membiayai gerakan mengekalkan Iskandar Samad.






Sebabnya, PKR dan DAP melihat Iskandar Samad sebagai medium yang paling mudah untuk menentang USUL MEMUTUSKAN TAHALUF SIYASI antara PAS dan PKR. Jawatan dan wang dijadikan sebagai imbalan dan tukaran sekiranya jawatan Naib Presiden berjaya dipertahankan oleh Iskandar Samad. Peruntukan berkenaan akan ditambah pada saat-saat akhir pemilihan dalam muktamar PAS nanti.

Agen-agen yang digunakan untuk melaksanakan gerakan tersebut terdiri daripada bekas atau ahli-ahli dan pimpinan PAS yang pro kepada PKR-DAP. Turut digunakan adalah mereka di dalam PAS yang mempunyai kepentingan material dengan PKR dan DAP termasuklah yang menjawat jawatan Ahli-Ahli Majlis PBT selain kontraktor-kontraktor PAS yang mendapat kontrak daripada PBT-PBT.

Agen-agen tersebut sudah pun memulakan gerak kerja mereka terutama di seluruh Selangor untuk berkempen mengekalkan jawatan Naib Presiden Iskandar Samad. Alasan yang mereka berikan ialah, salah seorang saingan Iskandar iaitu Nasruddin Hassan Tantawi masih muda dan baru di dalam PAS. Lagipun Nasruddin mempunyai banyak lagi peluang pada masa hadapan.

Turut dijanjikan adalah jawatan-jawatan dalam Kerajaan Negeri kepada PAS Selangor sekiranya Pakatan Harapan (PKR-DAP-PPBM-PAN) masih berkuasa.

Bagi memastikan perwakilan sasaran dari seluruh Malaysia dan Selangor khususnya memastikan Iskandar Samad mengekalkan jawatan Naib Presiden dalam pemilihan muktamar nanti, tajaan berupa penginapan, makan minum dan wang saku akan diberikan.

Iskandar Samad mungkin tidak tahu akan hal ini. Atau barangkali juga sudah maklum tetapi kerana sebab-sebab tertentu, maka dia memilih untuk mendiamkan diri. Apatah lagi minggu lepas, dia turut mengeluarkan kenyataan yang PAS Selangor tidak akan memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR walaupun menerima asakan dan desakan daripada PAS sendiri.

Ulasan saya, bila dah jadi Exco seronok pula. Maka iskandar tak nak PAS keluar dari kerajaan Pakatan Rakyat. Jika Muktamar PAS meluluskan usul tak nak bekerjasama dengan PKR maka Iskandar terpaksa memilih PKR atau PAN untuk kekal sebagai Exco.

JANGAN DOUBLE STANDARD NURUL IZZAH

KUALA TERENGGANU, 22 April (Bernama) -- Ketua Angkatan Muda Keadilan Ampang Datuk Adam Rosly mungkin berdepan tindakan disiplin oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) jika beliau terbukti bersalah bagi enam pertuduhan berkaitan rasuah.

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata pimpinan parti itu tidak akan berkompromi dengan isu yang membabitkan kes rasuah kerana agenda parti adalah berpegang teguh kepada integriti, telus dan akauntabiliti.

"Jawatankuasa Disiplin PKR akan mengambil tindakan terhadap mana-mana anggota parti yang didapati bersalah melanggar undang-undang terutamanya kes rasuah.

"Sudah tentu, kita mahu sesiapa sahaja yang didakwa diberi layanan saksama namun, jika didapati bersalah parti akan menjunjung (keputusan mahkamah) kerana agenda integriti, ketelusan dan akauntabiliti adalah utama bagi parti.

"Sesiapa sahaja yang didapati bersalah melanggar undang-undang Malaysia termasuk yang membabitkan kes rasuah sudah tentu akan diadili oleh jawatankuasa disiplin parti," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Konvensyen Keadilan Terengganu 2017 di sini.

Turut hadir Pengerusi PKR Terengganu Azan Ismail.

Nurul Izzah yang juga Anggota Parlimen Lembah Pantai berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Adam, yang juga ahli perniagaan, yang didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dua hari lepas bagi enam pertuduhan memberi pernyataan dan dokumen palsu dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pembelian banglo mewah di Ampang.

Mengulas kedudukan Adam sebagai sebagai Ketua Pemuda AMK Ampang, Nurul Izzah berkata perkara itu sudah dibincangkan di peringkat AMK tetapi ia akan dibincang dengan lebih lanjut di peringkat pusat tidak lama lagi.

Ulasan saya, kenapa pula PKR nak ambil tindakan disiplin kepada Adam jika didapati bersaah melakukan rasuah sedangkan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didapati bersalah meliwat Saiful Bahari tidak boleh dikenakan sebarang tindakan disiplin.'

Nampak sangat PKR parti anak beranak. Apabila ayahnya didapati bersalah oleh mahkamah Nurul Izzah tidak cadangkan pula ayahnya dipecat dari PKR.
.