Sabtu, November 19, 2016

POLIS PATUT TAHAN JUGA DR MAHATHIR DAN MUHYIDIN YASIN



Walaupun mempunyai agenda lain di luar negara semalam, Tun Dr Mahathir Mohamad tetap pulang untuk bersama-sama ribuan rakyat Malaysia dalam perhimpunan BERSIH5 di ibu negara.

Perdana menteri keempat itu menyertai kumpulan Baju Kuning di stesen kereta api LRT di Bangsar, Kuala Lumpur kira-kira jam 2 petang semalam.

Berbaju rasmi BERSIH 5 dan bertopi putih, beliau diiringi oleh bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas menteri Umno Datuk Seri Mukhriz, yang juga anaknya.

“Ramai orang hadir hari ini tetapi kerajaan pengecut, mahu halang demonstrasi yang menjadi hak rakyat, yang dijamin dalam perlembagaan,” katanya

Ditanya sama ada perhimpunan hari ini kebanyakannya dihadiri oleh orang Cina, Mahathir berkata persoalan kaum tidak berbangkit dalam isu itu.

“Semua orang bimbang dengan kerajaan kerajaan yang ada sekarang,” katanya.

Mahathir sebelum ini dirakam turut daripada pesawat setelah dikatakan pulang daripada menghadiri acara lain di Sudan.

Kehadirannya pasti mengejutkan sesetengah pihak setelah beliau membayangkan tidak hadir acara hari ini, dalam temu bual bersama radio atas talian Radio Bangsar Utama.

Mahathir menyeru orang ramai menyertai himpunan itu bagi memberi tekanan kepada pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang berdepan dakwaan skandal 1MDB dan kemasukan wang berbilion ringgit ke dalam akaun peribadinya.

Ketika lautan manusia membanjiri ibu kota hari ini, Najib sedang menghadiri acara rasmi di Peru bersama isterinya Rosmah Rosmah.

Ulasan saya, polis juga patut menahan bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad dan bekas tim balan perdana menteri, Muhyiddin Yasin di bawah SOSMA.

Ini adalah kerana mereka berucap di majlis haram semalam. Kalau dahulu mereka menentang BERSIH, kini mereka bersekongkol dengan BERSIH maka pihak polis perlu menahan juga mereka berdua kerana mereka menghasut rakyat menggulingkan kerajaan yang sah.

ANWAR MAHU ISA JADI KETUA PEMUDA 1996

KUALA LUMPUR: Selama ini orang menganggap bahawa Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia 1996-1998, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai orang kuat bekas TPM, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebaliknya pada pertandingan Ketua Pemuda 1996, Anwar yang juga Timbalan Presiden Umno mahu MB Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad yang menjadi Ketua Pemuda yang baharu.

Mendedahkan perkara ini dalam Majlis Makan Malam Perwakilan Pergerakan Pemuda Umno Malaysia 1996 bersama Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di sebuah hotel terkemuka di sini malam tadi, Zahid berkata, " yang ini boleh tulis".

"Kalau saya tulis autobiografi saya, yang ini saya akan tulis," katanya yang sama sekali menyangkal dakwaan beliau ditaja oleh Anwar untuk menentang penyandang Tan Sri Rahim Thamby Chik pada 9 Oktober 1996. Dalam pertandingan lima penjuru itu, Zahid mendapat 199 undi;Tan Sri Annuar Musa (135 undi); Rahim Thamby Chik (103 undi); Isa Samad (72 undi) dan Abdul Rahman Salleh (1 undi).

Zahid yang ketika itu Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda Umno Malaysia mendedahkan bahawa ketika beliau berada di Kangar beliau dipanggil ke Pulau Pinang untuk menemui Anwar yang berada di situ. Mereka bertemu  dalam jet rasmi kerajaan di lapangan terbang antarabangsa Bayan Lepas yang turut dihadiri Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Anwar suruh Zahid tarik diri dari pertandingan ketua pemuda dan beri laluan kepada Isa Samad yang kalah tipis kepada Rahim pada pemilihan 1993. Dalam pemilihan dua penjuru pada tahun 1993, bekas Ketua Menteri Melaka itu menang dengan majoriti 44 undi. Rahim mendapat 264 undi manakala Isa dapat 220 undi.

Zahid beritahu Anwar biar beliau buat solat istiqarah terlebih dahulu. Setiap malam Zahid melakukan solat istiqarah dan beliau bertekad untuk bertanding walaupun tidak direstui oleh pucuk pimpinan kecuali dilarang oleh ayah dan ibunya.

Seminggu kemudian setiausaha sulit Anwar, Azmin Ali memanggil Zahid ke pejabatnya. Azmin tanya dah dapat petunjuk dari solat istiqarah. Zahid jawab beliau tetap akan bertanding walaupun mendapat dua undi sahaja.

Azmin beri sampul surat yang mengandungi wang tunai tetapi  beliau menolak kerana jika beliau terima wang tunai sebanyak RM30 ribu beliau akan dituduh menerima RM3 juta kerana tarik diri dari pertandingan itu.

Apabila Azmin beritahu Anwar yang berada di dalam biliknya melalui interkom bahawa Zahid tolak duit itu, Zahid  terdengar suara Anwar yang mengatakan degil sungguh Zahid kerana beliau sudah kaya.

Zahid menegaskan beliau kaya bukan kerana dapat saham Hicom atau Proton dari Anwar tetapi kerana latar belakang korporatnya sendiri tanpa bantuan Anwar.

Oleh kerana ayah dan ibunya tidak melarang Zahid bertanding, maka beliau pun bertanding jawatan ketua pemuda kerana pemuda 1996 mahu ketuanya datang dari kilang pemuda sendiri.

Beliau hanya berseloroh sedia bertanding apabila ditanya pemberita adakah beliau akan bertanding ketua pemuda kerana Datuk Seri Nazri Aziz yang memangku jawatan ketua pemuda buat pengumuman di London enggan bertanding dan menyebut Zahid yang layak bertanding.

"Saya dedahkan semua ini untuk menunjukkan bahawa bukan mudah saya berada di sini sekarang kerana ia penuh dengan ranjau dan duri," katanya sambil disambut bekas perwakilan dan pemerhati pemuda 1996 seramai 600 orang.

Katanya, hanya beliau dan Tan Sri Syed Jaafar Albar ketua pemuda yang tidak ada jawatan dalam kerajaan. Zahid ketika itu hanya Pengerusi Bank Simpanan nasional (BSN).

"Sebagai ketua pemuda selama 22 bulan walaupun tiada jawatan dalam kerajaan, tetapi saya dapat laksanakan 222 buah program pemuda di seluruh negara," katanya sambil disambut tepukan gemuruh para hadirin.

Dalam ucapannya itu juga beliau berseloroh walaupun semua yang hadir pada malam ini bukannya semua mengundi beliau pada tahun 1996 kerana masing-masing cari rezeki di empat kolam.

Katanya, selepas menang beliau bawa semua 165 ketua pemuda yang undinya dan tidak undinya menunaikan umrah tetapi ia dijadikan senjata oleh bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjatuhkannya sedangkan beliau bawa mereka ke Mekah selepas pertandingan dan bukannya sebelum pertandingan. Sebaliknya bukan sahaja beliau bawa penyokongnya malah ketua pemuda yang tidak mengundinya.

Beliau berharap ahli Umno ambil ikhtibar dari perjalanan karier politiknya bahawa dalam politik kita jangan meminta jawatan.

"Saya tak pernah rancang semua ini tetapi saya bersyukur akhirnya saya dilantik TPM untuk bantu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya yang juga Naib Presiden Umno yang menjalankan tugas timbalan presiden.

Majlis berakhir pada jam 11 malam itu menyaksikan kemesraan Zahid dengan perwakilan pemuda 1996 yang sudah 20 tahun tidak ditemuinya. Malah ramai perwakilan pemuda 1996 sudah meninggal dunia. Zahid sanggup bersalam dengan semua 600 orang hadirin di pintu dewan. Ini jelas membuktikan bahawa Zahid masih mesra seperti dahulu walaupun kini beliau adalah seorang TPM