Sabtu, Jun 06, 2015

PAHLAWAN BUGIS KENA ADA TELOR

Sebagai ahli Umno saya malu apabila presiden saya, Najib Razak tidak hadiri majlis Nothing To Hide di PWTC semalam. Kononnya polis dapati dua kumpulan bakal bergaduh maka forum itu terpaksa dibatalkan. Bekas Presiden Umno, Dr Mahathir Mohamad tepat jam 9 sampai di PWTC untuk bertanya soalan 10 kepada Najib.

Setelah 2,500 peserta menunggu Najib selama dua jam, maka Dr Mahathir naik ke pentas berucap selama 10 minit sebelum diarah berhenti oleh pihak polis.
Najib dipersenda dalam Facebook kerana beliau adalah pahlawan Bugis yang tiada telur dan ada yang menganggap Najib sebagai joker sebaliknya pahlawan mamak berani datang ke PWTC.

Majlis Nothing To Hide akhirnya menjadi majlis Hide and Seek antara Dr Mahathir dengan Najib. Kenapa Najib takut disoal oleh Mahathir? Adakah kerana Najib tidak tahu menjawab soalan Dr Mahathir?

Ini menunjukkan bukan ada pemimpin Umno yang mampu berhujah dengan Mahathir. Hanya bekas pemimpinnya, Anwar Ibrahim yang mampu berhujah dengan Mahathir. Maklumlah keturunan mereka berdua datang dalam satu kapal dari India.

Dr Mahathir selamat kerana Najib sudah menghapuskan ISA. Jika ISA masih ada, sudah tentu Najib sudah tahan Dr Mahathir di bawah ISA seperti mana Dr Mahathir menahan Anwar Ibrahim di bawah ISA.

Dr Mahathir yang bawa Anwar masuk Umno pada Mac 1982. Mahathir sokong Anwar dalam pertandingan Ketua Pemuda 1982 walaupun Anwar masih baru dalam Umno.Anwar menang. Mahathir melantik Anwar sebagai menteri pelajaran pada tahun 1986 yang menyebabkan Anwar menang Naib Presiden Umno pada tahun 1987. Mahathir melantik Anwar sebagai Menteri Kewangan pada tahun 1991 menyebabkan Anwar menag jawatan Timbalan Presiden Umno pada tahun 1993.

Naungan politik Mahathir kepada Anwar menyebabkan Musa Hitam merajuk, Tengku Razaleigh tersingkir dari Umno dan Ghafar Baba membawa diri. Apabila Anwar cuba melawan Mahathir, maka Mahathir memecat Anwar dari Umno pada tahun 1998 dan beliau menahan Anwar di bawah ISA yang menyebabkan Malaysia menerima kritikan antarabangsa.




 Dr Mahathir tidak setuju ISA dihapuskan tetapi Najib hapuskan kerana desakan pihak pembangkang.

Dr Mahathir patut berterima kasih kepada Najib yang menghapuskan ISA. Jika tidak, Dr Mahathir sudah ditahan di bawah ISA kerana cuba menggulingkan kerajaan BN. Isu 1MDB benar benar membuatkan Mahathir tidak dapat menerima kepimpinan Najib lagi.

Mahathir terhutang budi kepada ayah Najib yang melantiknya sebagai menteri pelajaran pada tahun 1974. dengan jawatan itu Mahathir menangi naib presiden Umno pada tahun 1975. Apabila Razak meninggal dunia pada tahun 1976, timbalannya Husein Onn yang menjadi PM baru melantik Mahathir sebagai TPM yang menyebabkan Ghafar Baba merajuk dan enggan menyertai kabinet Hussein Onn.

Pada tahun 1978 Mahathir menang jawatan timbalan presiden Umno dan pada tahun 1981 beliau menng jawatan presiden Umno tanpa bertanding. Mahathir terhutang budi kepada Razak yang melantiknya sebagai menteri pelajaran. Tanpa jawatan itu mungkin beliau gagal jadi naib presiden Umno dan layak dilantik TPM dan seterusnya menjadi PM Malaysia yang keempat.

Sebagai membalas budi Razak, mahathir groom najib untuk jadi bakal PM. Najib diasuh jadi timbalan menteri pelajaran, timbalan menteri  kewangan, menteri besar Pahang, menteri belia dan sukan, menteri pertahanan, menteri pelajaran dan seterusnya TPM dan Menteri Kewangan dan menjadi PM yang keenam pada tahun 2009.

Mahathir sudah membalas jasa Razak. Jadi beliau kecewa apabila Najib gagal menunjukkan dia sehebat bapanya. RM42 billion hilang gara-gara Najib menubuhkan IMDB yang diambilalih dari Terengganu Investment Authority.

Inilah punca sebenar kemarahan Mahathir kepada Najib dan beliau minta Najib berundur supaya pengganti Najib ada masa untuk memulihkan imej Umno sebelum PRU 2018.

Mahathir mengadakan road show ke seluruh negara. Maka najib pun buat road show dengan mengatakan selagi darah Bugis mengalir dalam tubuhnya, beliau tidak akan tunduk kepada mana-mana desakan untuk meletakkan jawatan.

Semalam ternyata Najib pengecut dan tidak berani bersemuka dengan Mahathir dalam forum Nothing To Hide. Kononnya atas faktor keselamatan, maka beliau tidak jadi datang. Ahli Umno di seluruh negara malu dengan sikap Najib itu.

Najib berkata beliau sedia hadiri majlis forum jika ia diadakan dalam suasana aman. Dalam suasana ini, rakyat sudah tidak menghormati beliau lagi. Maka untuk pulihkan imejnya Najib sebagai pahlawan Bugis kena tunjuk dia ada telur.

Langkah pertama menahan Mahathir di bawah akta hasutan kerana Mahathir menghasut rakyat membenci kerajaan BN.. Kedua beliau kena pecat semua menteri yang tidak menyokongnya seperti Muhyiddin Yasin, Shafie Apdal dan Khairy jamaluddin. Dan ketiga mengarahkan SPRM menahan bekas Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said di bawah akta rasuah.

Semalam Ahmad Said yang juga Ketua Umno bahagian kemaman turut berada di sisi Dr Mahathir. Oleh itu najib kena tunjuk bahawa dia ada telur dengan memecat Dr Mahathir dan Ahmad Said dari Umno. Jika Najib berani bertindak seperti di atas beliau akan dikagumi sebagai pahla
wan Bugis yang ada telur.