Ahad, Julai 31, 2011

NAJIB PATUT PECAT IDRIS JALA


Pakatan Rakyat akan mengekalkan Padri Idris Jala dalam kabinetnya jika Pakatan berjaya membentuk kerajaan pada pilihanraya umum akan datang.Sepatutnya Datuk Seri Najib memecat Idris dari kabinetnya bila dia berkata sudah ada perjanjian dengan Pakatan.

Idris memang memalukan rakyat. Di majlis terbuka Pemandu beliau menjemput Tony Pua menghentam kerajaan. Beliau sengaja memberi peluang kepada pembangkang untuk menghentam kerajaan di majlis anjuran kerajaan. Kan gila namanya itu.

Apa perbezaan di antara Model Baru Ekonomi (MBE) kerajaan BN dengan Buku Jingga Pakatan Rakyat?

“Kemahuan politik (political will),” kata pengarah strategik PKR Rafizi Ramli dalam panel diskusi perbincangan Persidangan Pemimpin Pelajar ke-5 di Kuala Lumpur.

Katanya, besar kemungkinan Pakatan akan mengekalkan sesetengah elemen dalam MBE jika gabungan itu berjaya menguasai Putrajaya kerana kedua-dua rancangan itu mempunyai persamaan.

Menurut Rafizi, tindakan itu termasuk mengekalkan perkhidmatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala - yang dipilih oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib razak untuk melaksanakan pembaharuan ekonominya.

"Saya tidak boleh bercakap bagi pihak Pakatan, tetapi saya pasti jika kita berjaya ke Putrajaya, besar kemungkinan Idris Jala akan kekal di mana beliau berada,” katanya.

Namun, Rafizi menegaskan apa yang membezakan BN dan Pakatan ialah 'kemahuan politik' membawa perubahaan meskipun kepentingan parti masing-masing mungkin terjejas.

“Sebahagian besar prinsip asas MBE hampir sama (dengan Buku Jingga) tetapi ia bergantung kepada sama ada sesuatu kerajaan itu mempunyai kemahuan politik untuk merungkaikan perjanjian (yang berat sebelah dengan sektor swasta),” kata Rafizi.

Idris, yang juga menjadi ahli panel diskusi itu menyapa komen Rafizi dengan mengukirkan sebuah senyuman.

"Terima kasih, (sekurang-kurangnya) kita ada satu perjanjian di sini,” katanya.

Forum bertajuk 'Menjana Malaysia Ke Hadapan Melalui Program Transformasi' ini juga menyaksikan pertikaman lidah dan suasana hangat membabitkan Idris, Rafizi dan ahli parlimen PJ Utara Tony Pua berhubung apa yang perlu dilakukan Malaysia bagi melepasi perangkap menjadi negara penduduk berpendapatan sederhana.



Pua juga melahirkan sentimen yang sama dengan berkata program pembaharuan BN pada dasarnya baik, tetapi kerajaan seringkali gagal memastikan pelaksanaanya.

"Dokumen adalah hampir sama tetapi bezanya adalah kemahuan politik. Tanapa kemahuan politik, semua dokumen tidak berguna. Sebagai contoh, konsep 1Malaysia dalam GTP (Government Transformation Programme), saya pasti 99 peratus mereka di dalam bilik ini menerima konsepnya.

“Tetapi apabila kita mempunyai pemimpin kanan negara seperti timbalan perdana menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) berkata beliau mendahulukan bangsanya sebelum sebagai rakyat Malaysia, maka semua itu menjadi bercanggah. Ahli politik mesti mempercayai polisi yang digubal mereka sendiri jika mereka mahu melaksanakannya,” kata Pua.

MIC KALAH DAPAT DUA MENTERI


Apa nak jadi dengan BN? Parti yang kalah dapat dua menteri. Sepatutnya biar MIC menang dulu dalam pilihanraya umum akan datang, baru tambah satu lagi menteri.

Apa jasa Palanivel kepada BN? Dia yang bantah MP Sungai Siput, Dr D Jeyakumar yang dikaitkan dengan kominis ditahan di bawah perintah darurat.Kenapa MIC perlu bebaskan pemimpin PSM itu. Polis mesti punya bukti yang kukuh untuk menahan seseorang di bawah EO.Kenapa Najib harus tunduk kepada MIC? Hebat sangatkah MIC? MIC menang kerana undi Melayu sahaja.

Apa jaminan Palanivel MIC dapat dua menteri, masyarakat India akan menyokong semula BN?

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan bahawa presiden MIC Datuk G Palanivel akan dijadikan menteri penuh - iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Pengumuman itu dibuat buatnya semasa merasmikan mesyuarat agung tahunan MIC ke-65 di Pusat konvensyen Putrajaya (PICC).

Katanya, beliau akan mengikuti jejak zaman ayahandanya Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein apabila terdapat dua orang India dalam kabinet.

"Sekarang MIC perlu melakukan tugasnya dengan baik dan kami (kerajaan) boleh melakukannya dengan baik untuk menunjukkan keikhlasan kami.

"Selaras dengan komitmen kami untuk bekerjasama rapat dengan masyarakat India, saya mengusulkan untuk menjadikan G Palanivel sebagai menteri penuh," katanya sambil menambah presiden MIC akan mengangkat sumpah tidak lama lagi.

Menteri berbangsa India di kabinet Najib sekarang adalah Menteri Sumber Manusia Datuk S Subramaniam yang juga adalah timbalan presiden MIC.

Sejak beberapa dekad yang lalu, bekas presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu menjadi wakil tunggal masyarakat India dalam jemaah menteri kerajaan BN.

Palanivel, yang dilantik sebagai seorang senator, hilang kerusi parlimen Hulu Selangor pada pilihan raya umum 2008 selepas mendudukinya selama empat penggal.

Bagaimanapun pada pilihan raya kecil Hulu Selangor pada 25 April tahun lalu, Palanivel digugurkan pada saat terakhir kerana mendapat tentangan BN, hususnya Umno Hulu Selangor.


Sebaliknya, Ketua Penerangan MIC, P Kamalanathan dinamakan sebagai calon di kerusi parlimen Hulu Selangor yang menyaksikan beliau menang mengalahkan calon PKR dan menjadi ahli parlimen yang baru.

Palanivel kemudian merajuk seketika sehingga dilantik sebagai senator dan kemudiannya terus dilantik sebagai timbalan menteri industri perladangan dan komoditi.

Adalah dipercayai MIC akan melepaskan dua jawatan timbalan menteri yang disandangnya sekarang bagi mendapatkan kerusi tambahan di kabinet.

Satu lagi kerusi timbalan menteri milik MIC dipegang oleh bekas pemimpin PPP Datuk T Murugiah, yang menyertai parti itu selepas berlaku perebutan kuasa dengan presidennya Datuk M Kayveas. Tempoh Murugiah sebagai senator berakhir tiga bulan lalu.

Pengumuman itu dibuat pada akhir ucapan Najib yang berkata beliau bersedia menerima pertukaran itu sebagai menghargai sokongan masyarakat India.

"Saya dengan lantang dan jelas. (Ucapan dasar Palanivel) beri jaminan jika kerajaan selesaikan masyarakat India, mereka akan kembali menyokong BN,” katanya.

Mengulas pengumumannya pada sidang akhbar selepas itu, najib berkata MIC membuat “pertukaran dua jawatan timbalan menteri untuk sebuah jawatan menteri penuh.”